Audio Recording 22 Apr 2022 at 4:15:58 PM. TEORI TEKNOLOGI KOMUNIKASI (TEORI PENERIMAAN TEKNOLOGI).
Audio Recording 22 Apr 2022 at 4:16:32 PM. hos. KUMPULAN 25 DISEDIAKAN OLEH: D’ZIE AZRAL BIN BASIR (284001) FERRO ANAK FRANKISTANT (283738) MOHD IZWAN BIN MD ZIN (283805) SITI SALMI BINTI WAHID (283339) MUHD ZULHILMI BIN KASSIM (283846).
Audio Recording 22 Apr 2022 at 4:10:51 PM. Satu proses perpindahan maklumat , perasaan , idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain” ini yang ditafsirkan sebagai komunikasi . Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan menghantar matklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman . (" Komunikasi ", 2020) . Teknologi komunikasi telah membuktikan bahawa cara berkomunikasi kini telah berubah dan mula diterima umum sebagai medium perantaraan untuk menyampaikan maklumat sekaligus dapat menggantikan komunikasi bersemuka . Penyelidikan terhadap teknologi komunikasi sentiasa berubah dan sering di naiktaraf . Hal ini telah dibuktikan dengan terhasilnya jaringan komputer berinternet , laman web sosial serta sistem sokong an elektronik . (Rogers ,1991) Lanjutan daripada itu , pembangunan teknologi komunikasi juga menjadi semakin pesat dengan adanya penciptaan internet dengan pelbagai aplikasi seperti contoh Word Wide Web (Willian and Sawyer, 2011)..
Audio Recording 22 Apr 2022 at 4:12:49 PM. TEORI PENERIMAAN TEKNOLOGI (Technological Acceptance Model - TAM).
Audio Recording 22 Apr 2022 at 4:13:38 PM. Anggapan bahawa teknologi itu berguna (Perceived Usefulness).
Audio Recording 22 Apr 2022 at 4:14:48 PM. Berdasarkan pada Rajah 1, penggunaan sesuatu teknologi itu berlaku apabila wujudnya keinginan untuk menggunakannya . Ianya terbentuk hasil daripada sikap seseorang terhadap teknologi tesebut dan pengguna bertingkah laku terhadap penggunaan teknologi tersebut samada menerima atau sebaliknya . Di dalam model ini , wujud pembolehubah luaran yang mampu meransang pembentukan tanggapan seseorang terhadap teknologi tersebut , iaitu teknologi itu berguna (PU) dan teknologi itu memudahkan (PEU) (Davis, 1989). Di samping itu , tanggapan bahawa teknologi itu berguna di dalam model ini merujuk kepada sejauh mana penggunaan sesuatu teknologi itu akan meningkatkan prestasi serta kualiti kerja mereka . Manakala tanggapan terhadap mudah guna teknologi tersebut merujuk kepada sejauh mana individu percaya bahawa melalui penggunaan teknologi tersebut , ia akan memudahkan urusan kerja mereka . . Pemboleh ubah luaran atau faktor luaran seperti faktor sosial , budaya dan politik dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi aggapan terhadap teknologi tersebut ( Sazanah Ali & Zamzuri Ali, 2019)..
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 11.17.26 PM (4).mp3.
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 11.17.26 PM (6).aac.
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 11.17.26 PM (5).mp3.
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 11.17.21 PM (1).aac.
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 11.17.19 PM (1).aac.
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 12.14.36 AM (2).mp3.
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 12.35.18 PM.mp3. Menurut Akmal (2018), teknologi adalah salah satu alat yang boleh mengubah dan mempengaruhi dalam setiap sudut kehidupan di masa ini terutamanya pada sektor pekerjaan . Teknologi membolehkan seseorang individu untuk berfungsi dan bertindak dengan cepat , mudah malah efisien . ( Farhad Nejadirani Al, 2011). Menurut Sazanah Ali & Zamzuri Ali (2019), faktor dalam teknologi amatlah penting bagi mengkaji sesuatu penerimaan terhadap teknologi yang didirikan . Dalam konteks organisasi awam , perkembangan teknologi melalui sistem atau aplikasi yang wujud mampu mengoptimumkan penggunaannya bagi memperoleh kualiti kerja yang baik sjak berlakunya pandemik Covid-19 . Contoh yang kita dapat lihat adalah melalui penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan , e- pembelajaran . Teknologi dalam pembelajaran atau e- pembelajaran adalah salah sebuah idea inovasi dalam sistem pembelajaran dan pendidikan yang diberi nafas baru atas dasar bagi menggantikan sistem pembelajaran dan pendidikan yang sedia ada (WS Lai & Noradilah Aziz 2019)..
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 12.35.27 PM.mp3. 5.0 Hubungan antara Teori dan Realiti dalam konteks organisasi awam atau korporat..
WhatsApp Audio 2022-04-21 at 12.35.35 PM.mp3. 5.0 Hubungan antara Teori dan Realiti dalam konteks organisasi awam atau korporat..
WhatsApp Audio 2022-04-22 at 11.02.25 AM.mp3. 6.0 ANALISIS / KRITIKAN TERHADAP TEORI PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM).
WhatsApp Audio 2022-04-22 at 11.02.37 AM.mp3. 6.0 ANALISIS / KRITIKAN TERHADAP TEORI PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM).
WhatsApp Audio 2022-04-22 at 11.02.47 AM.mp3. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sistem ekonomi digital dalam Teori Penerimaan Teknologi (TAM) di Malaysia amatlah penting kepada semua masyarakat yang menggunakannya . Ia telah digunakan secara meluas untuk membantu memahami serta menjelaskan setiap tingkah laku pengguna dalam menggunakan sesuatu sistem maklumat . Fungsi teknologi juga dilihat semakin berkembang pesat di dalam sesebuah organisasi sama ada di sektor awam mahupun korporat . Penggunaan teknologi di sektor ini mampu meningkatkan kecekapan kepada semua pihak pengurusan dalam pelbagai aspek terutamanya yang melibatkan segala kos pengeluaran di dalam mana-mana syarikat . Melalui penggunaan teknologi , ia dapat mengurangkan berlakunya kesilapan seperti yang dilakukan melalui kaedah manual dan sekaligus akan membantu meningkatkan mutu kerja dengan lebih efisien dan efektif . Oleh yang demikian , jelaslah menunjukkan bahawa sistem teknologi bukan sahaja berguna dalam meningkatkan hasil mutu kerja , malah ia juga turut membantu dalam memudahkan segala urusan seharian kita ..