TAKLIMAT DAN PENERANGAN. TABIKA KEMAS PONDOK UPEH TAHUN 2022/2023 KHAMIS 17 MAC 2022.
OBJEKTIF TABIKA. Memberi pendedahan kepada ibubapa / penjaga murid tentang : Strategi Matlamat Pendekatan , Teknik dan kaedah Sumber pengajaran dan pembelajaran Harapan.
Latar belakang tabika kemas pondok upeh. Mempunyai 1 kelas . Menempatkan dalam 25 orang kanak-kanak iaitu kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun . Sesi persekolahan adalah pada waktu pagi sahaja . Setiap sesi seorang guru dan pembantu . Senarai nama guru dan pembantu ialah : Nursyahirah Farihah Binti Omar (guru) Siti Hajar Binti Mohamed ( pembantu ).
APA YANG MURID TABIKA KEMAS BELAJAR ?. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Awal Sains Awal Aktiviti Luar Aktiviti luar Main bebas Pembelajaran bersepadu seperti kemanusiaan , ketrampilan diri , dan perkembangan fizikal dan estetika . Fokus pembelajaran : Melahirkan kanak-kanak yang berprofil tinggi dalam akademik dan sahsiah . Berupaya bersaing di peringkat global..
RUTIN TABIKA KEMAS Susunan aktiviti dan masa adalah fleksibel Pada jam 7.45 pagi untuk sarapan pagi . Waktu belajar selama 4 jam iaitu dari jam 8.00 pagi – 12 Tengah hari . Kelas Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) selama ½ jam iaitu dari jam 12.00- 12.30 tengah hari dan waktu pulang kanak-kanak jam 12.30 tengah hari pada hari Isnin - Khamis manakala hari jumaat pulang pada pukul 12.00 tengahari ..
Peraturan am TABIKA KEMAS. WAKTU PEMBELAJARAN - Ibubapa tidak dibenarkan berada di tabika semasa waktu belajar . - Sila hantar anak sebelum 7.50 pagi . - Sila ambil kanak-kanak selepas tamat sesi belajar ( iaitu 5 minit awal sebelum tamat sesi 12-25 tgahari ) - Jadual aktiviti pembelajaran di tabika :.
PAKAIAN - Pastikan kanak-kanak berpakaian lengkap berkasut sekolah hitam dan berstoking hitam . Dilarang memakai selipar . - Jadual pakaian mengikut hari :.
BUKU LOG HARIAN KANAK-KANAK - Sila isi dan bawa buku log harian kanak-kanak setiap hari . - Merupakan catatan harian kanak-kanak mengenai fizikal dan kesihatan kanak-kanak . - Guru akan membuat pemeriksaan fizikal & kesihatan setiap pagi semasa kanak-kanak hadir ke tabika.
SISTEM E REKOD - Buku rekod keluar masuk kanak-kanak tidak digunakan lagi , jika kanak-kanak balik awal dan perlu di rekod di dalam buku ( Rekod Pergerakan Kanak-Kanak) Tabika Kemas . - Sistem E- Rekod digunakan secara online dan akan di scan oleh guru untuk memeriksa suhu kanak-kanak pada setiap hari dari awal tiba ke sekolah hingga waktu pulang . - Ibubapa dapat memantau suhu kanak-kanak dengan menggunakan aplikasi “My Tabika Waris ” dan akan di maklum oleh guru setelah sistem di kemaskini . - Sistem E- Rekod ini berbayar dan akan menggunakan wang sumbangan dan dikutip sebanyak 4 kali..
SUMBANGAN IBU BAPA - Sila bayar sumbangan ibubapa (RM 25.00) Selewat-lewatnya 15 haribulan setiap bulan ( digunakan oleh tabika untuk membayar utiliti dan penyelenggaraan tabika ). KESIHATAN KANAK-KANAK - Potong kuku kanak-kanak jika panjang . - Jika kanak-kanak tidak sihat pastikan kanak-kanak tidak hadir ke sekolah . Pihak Tabika tidak akan bertanggungjawab terhadap sesuatu yang berlaku . - Jika terdapat kesan lebam di rumah @ di rumah pengasuh sila maklum kepada guru di buku log harian kanak-kanak . - Pastikan sentiasa meneliti keadaan fizikal anak setiap masa ..
PENGLIBATAN AKTIF IBUBAPA - Ibubapa yang mendaftar anak di tabika perlu melibatkan diri secara aktif di tabika . - Perlu hadir dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di tabika . - Mengambil berat tentang pembelajaran anak di tabika mahupun di rumah ..
Ibubapa digalakkan mengambil suhu anak terlebih dahulu dan catat dalam buku log murid di dalam ruangan catatan ibubapa . Pastikan tahap kesihatan anak sebelum di hantar ke TABIKA. Suhu badan anak mestilah bawah 37.5c Membasuh tangan sebelum naik kenderaan . Ibubapa dan anak wajib memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di kawasan TABIKA. Ibubapa / penjaga yang menghantar anak ke TABIKA perlu dalam keadaan sihat dan bukan bergejala demam . Anak-anak yang demam dan suhu melebihi 37.5c tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu dapatkan rawatan doktor ..
Murid hadir mengikut giliran yang disediakan guru bermula 7.30pagi – 8.00 Pagi. Guru/ pembantu mengambil suhu murid di hadapan ibubapa . Jika suhu melebihi 37.5c murid diminta untuk pulang dan mendapatkan rawatan doktor . Ibubapa perlu mengisi buku rekod hantar dan ambil kanak-kanak . Kerap membasuh tangan sebelum dan selepas berurusan di TABIKA..
SEMASA PULANG DARI TABIKA. Ibubapa hadir mengikut garis giliran yang disediakan . Guru/ pembantu akan mengambil suhu sebelum kanak-kanak pulang . Kerap mencuci tangan sebelum dan selepas berurusan di TABIKA. Ibubapa harus sampai 5minit sebelum waktu giliran yang ditetapkan . Elakkan aktiviti kumpulan semasa mengambil anak di TABIKA..
GARIS PANDUAN DAN SOP BAGI PERLAKSANAAN PENGOPERASIAN TABIKA KEMAS.
MINGGU ORIENTASI. Sesi perkenalan antara kanak-kanak dengan guru,rakan sebaya dan persekitaran tempat belajar . Dilaksanakan pada minggu pertama dan ke dua persekolahan . Ibubapa tidak dibenarkan menunggu kanak-kanak di tabika ..
MENU TABIKA. Menu TABIKA ditetapkan oleh KEMAS Malaysia dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berkhasiat dan mengandungi semua gizi seimbang . Dimasak oleh pembantu yang terlatih yang telah menjalani kursus penyediaan makanan dan telah mendapat suntikan Thypod . Waktu makan sebanyak 2 kali pada setiap hari : - 7.50 Pagi – Minum pagi - 9.40 Pagi – Sarapan Pagi.
PERANCANGAN AKTIVITI 2022. Tarikh Aktiviti 18/3/2022 Taklimat Penerangan Kelas 16/4/2022 Mesyuarat Agung TABIKA 3/5/2022 Sambutan Hari guru dan Hari Raya Aidilfitri 19/5/2022 Gotong royong keceriaan 24/6/2022 Sambutan Hari Lahir Jan – Jun 27/6/2022 Hari terbuka siri 1 BULAN JULAI Hari Potensi Parlimen,Daerah,Negeri 31/8/2022 Sambutan Kemerdekaan 5/9/2022 Bulan Sukan Negara 4-6/10/2022 Penilaian kanak-kanak 25/11/2022 Hari terbuka siri 2 BULAN 1/2023 Hari Apresiasi Parlimen (6Tahun) BULAN 2/2023 Hari Apresiasi TABIKA.
TAKWIM BPAK • Sambutan Bulan Kobangsaan • PINTAR BOTANI • AIMPAK 2021 • Kempen Seronoknya Membaca • Penutupan Bulan Kobangsaan 2022 • Minggu STREAM @ KEMAS • Majlis Pelancaran Buku C2C & T2C • Bulan PEERS @ KEMAS • Hari Terbuka • KEMAS Usahawan Cilik • KEMAS Berselawat • Hari Terbuka • Hari POTENSI • My Digital Makor Fair • Bulan Kesedaran Sivik @ KEMAS • STREAM Camp • Kolokium PAK.
BAYARAN AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN TABIKA KEMAS. BAHAGIAN B . BAYARAN T LAIN KOS ( RM ) CATATAN BAHAN BANTU MENGAJAR TANDA NAMA PELITup KANAK-KANAK JUMLAH JUMLAH KeseLtJRuHAN Tandatangan wariS. Tarikh : 15.00 Oiuruakan eoh Pomaiu Masyarakat OiuruSkan KEMAS 120.00 Pornaiu Masyarakat YANG OLEH KANAK - KANAK OiletaKKan ai TabiKa ) 3. AlatuIiS warna. . ) gig' gigi Sapu.
Hari Orientasi TABIKA KEMAS bagi Sesi 2022/2023 (18.03.2022) Sila lakukan Pembayaran mengikut jumlah pembayaran yang telah di tetapkan . Pembayaran perlu dibayar secara wang tunai sahaja . Ukur tinggi dan berat kanak-kanak pada sesi orientasi Sesi Suai kenal guru, pembantu dan rakan-rakan . Penerimaan Resit bayaran akan diberi pada hari buka sekolah . Penerimaan Pamplet Tabika Kemas dan note pakaian harian hari persekolahan . Peralatan alat tulis tabika akan sediakan kepada kanak-kanak ..
PERATURAN KELAS TABIKA Masa Bermula jam 8M pagi sehingga 12.30 tengahari. Murid-murid TABIKA dikehendaki berada di Tabika pada jam 7.45 pagi untuk sarapan pagi. 2. Perjumpaan ibu bapa dan Guru Diadakan mengikut keperluan dan akan dimaklumkan Oleh pihak TABIKA dari masa ke semasa. 3. Kesihatan dan keselamatan Kanak-kanak Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak TABIKA sekiranya murid TABIKA mempunyai masalah kesihatan (dari semasa ke semasa). Mohon keriasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak Sihat semasa hadir ke sekolah. 5. Murid TABIKA TIDAK DIBENARKAN membawa barang permainan ke Tabika (kecuali jika diarahkan). 6. Hana Benda Murid TABIKA Ibu bapa diminta memastikan SEMUA harta murid TABIKA ditanda atau dilabel dengan nama murid sendiri (termasuk kasut sekolah, stoking, botol air. baju Seragam, baju sukan. alat.alat tulis). Pihak TABIKA tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan harta benda murid TABIKA sekiranya berpunca daripada kecuaian murid sendiri. KOMITMEN IBU BAPA Pihak TABIKA memohon kerjasama dan kornitmen semua ibu bapa murid TABIKA dalam semua aktiviti yang dianjurkan Oleh pihak TABIKA. Mohon kerjasama daripada ibu bapa untuk sentiasa memantau kerja sekolah anak masing-masing (sekiranya ada). Pihak TABIKA berharap ibu bapa dapat sama-sama membimbing serta membantu anak TAB IKA masing• masing di rumah. Pastikan anak-anak sentiasa hadir ke TABIKA sepanjang sesi persekolahan. LAFAZ IKRAR IBU BAPA Kami. ibubapa kepada anak-anak murid vang akan bersekolah diTABlKA dengan ini berikrar, Selamat Datang SESI TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN KEMASUKAN 2022/2023 ovo •o 1. 2. 3. 4. 5. ovo Akan memastikan anak saya hadir ke TABIKA pada setiap hari dan memaklumkan sekiranya anak saya tidak Akan memastikan anak sava membawa peralatan menulis dan mewarna dengan lengkap. Akan memastikan anak saya menyiaokan kerja sekolah sekiranva ada. Akan bersama-sama membimbing dan memantau pembelaiaran anak sava ketika di rumah dan tidak bergantung kepada pihak TABIKA sahaia. Akan turut Serta dalam semua aktiviti yang dianjurkan Oleh pihak Sekian lafaz ikrar Saya. o.
SOALAN?. \ SS.
AKHIR KATA. Ibu bapa / penjaga dapat bersama-sama melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diadakan . Ibu bapa bersama-sama mendidik anak – anak di rumah . Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah terus berjumpa guru. Semoga kita semua dijauhi daripada wabak penyakit . Jaga kesihatan dan Jaga diri ..
iita.