PowerPoint Presentation

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

BML 3132 PENGANTAR BAHASA DAN LINGUISTIK. TULISAN JAWI DALAM KARYA AGUNG.

Scene 2 (16s)

SENARAI KANDUNGAN. BAB 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Objektif Kajian 1.4 Pernyataan Masalah 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Batasan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Definisi Konsep BAB 2.0 HURAIAN DAN PERBINCANGAN 2.1 Mengenal Pasti Sistem Ejaan yang Digunakan dalam Karya Agung 2.2 Menganalisis Sistem Ejaan yang Digunakan dalam Karya Agung BAB 3.0 KESIMPULAN 3.1 Rumusan 3.2 Keberkesanan 3.3 Cadangan BIBLIOGRAFI.

Scene 3 (37s)

1.1 PENGENALAN. BAHASA Edward Sapir dalam Zulkeflee Haji Yaacob (2021) - Bahasa merupakan kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar. Albert B. Cook dalam Zulkeflee Haji Yaacob (2021) - Bahasa merupakan satu sistem lambang pertuturan dan tanda tatabahasa yang arbitrari yang digunakan oleh komuniti bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan pewarisan kebudayaan. LINGUISTIK Langacker dalam Zulkeflee Haji Yaacob (2021) _ mengatakan bahawa linguistik itu ialah kajian terhadap bahasa manusia “the study of human language”. David Crystal (1973) - linguistik ialah kajian bahasa secara ilmiah/saintifik “the scientific way of studying language”..

Scene 4 (1m 4s)

1.2 LATAR BELAKANG. Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu ketika itu. Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu. Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Malah, dikatakan Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi..

Scene 5 (1m 36s)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN. Mengenal pasti sistem ejaan yang digunakan dalam karya agung. Menganalisis sistem ejaan yang digunakan dalam karya agung..

Scene 6 (1m 47s)

1.4 PERNYATAAN MASALAH. Kekurangan sumber kajian dan bahan rujukan ilmiah berkaitan tajuk yang dikaji. Kebanyakan bahan ilmiah yang berkaitan tajuk hanya membincangkan fakta yang ringkas dan tidak menyeluruh..

Scene 7 (1m 59s)

1.5 PERSOALAN KAJIAN. Apakah sistem ejaan yang digunakan dalam karya agung Apakah sistem ejaan jawi yang terdapat dalam karya agung.

Scene 8 (2m 9s)

1.6 BATASAN KAJIAN. Kajian ini akan memfokuskan kepada sistem ejaan jawi dalam karya agung. Kajian ini akan mengehadkan penggunaan karya agung iaitu kepada satu karya sahaja. Kajian ini akan mengehadkan halaman muka surat kajian iaitu bermula halaman 1 sehingga halaman 20..

Scene 9 (2m 23s)

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN. 1 .7.1 Mengetahui sistem ejaan jawi yang digunakan dalam karya agung. 1.7.2 Sebagai sumber rujukan kepada pelajar berkaitan tulisan jawi dalam karya agung..

Scene 10 (2m 36s)

1.8 DEFINISI KONSEP. Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan “Jawi” (جاوي) berasal daripada bahasa Arab “Jawah” (جاوة) Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu ditulis oleh Hashim Hj Musa, 1999; perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini..

Scene 11 (2m 59s)

2.0 HURAIAN DAN PERBINCANGAN. 2 .1 MENGENAL PASTI SISTEM EJAAN YANG DIGUNAKAN DALAM KARYA AGUNG Sistem Ejaan Jawi Za’ba ini diperkenalkan oleh Allahyarham Zainal Abidin Wahid atau dikenali sebagai Za’ba. Penglibatan beliau dalam bidang bahasa telah menambahkan lagi minatnya terhadap tulisan jawi menyebabkan terhasilnya karya-karya mengenai jawi. Antaranya termasuklah “ Rahsia Tulisan Jawi” dan “ Daftar Ejaan Melayu : Jawi-Rumi ”. Mengenai kaedah Jawi yang digunakan, Za’aba membahagikan sistem ejaan kepada dua bahagian iaitu ejaan pada perkataan asal dan ejaan pada perkataan bertambah. Ejaan bagi perkataan asal terbahagi kepada lapan bahagian kecil seperti ejaan dua bunyi sejenis, dua bunyi berlainan, bunyi di atas berpadu, bunyi berkait, alif, wau dan ya saksi berjumpa dengan alif, wau dan ya yang bukan saksi, ejaan tua, perkataan yang dipinjam daripada Arab dan memakai jenis tanda..

Scene 12 (3m 34s)

Berdasarkan dari sistem ejaan Jawi Za’ba ini dilihat ia mempunyai pelbagai undang-undang dan cara penggunaannya. Sistem ejaan Za’ba dianggap sebagai satu sistem ejaan yang bersistematik dan meliputi pelbagai ejaan kecuali perkataan-perkataan Inggeris dan kata-kata singkatan. Terdapat beberapa bentuk kekangan dan kekurangan seperti terlalu banyak pengecualian, masih banyak ejaan lama yang dikekalkan, masih banyak perkataan mempunyai ejaan yang sama tetapi sebutan berbeza dan sebagainya. Sepanjang pembacaan, penelitian dan penganalisisan karya ini bermula halaman 1 sehingga halaman 20, dapatlah dikenalpasti bahawa terdapat 37 huruf terkini di dalam tulisan Jawi..

Scene 13 (3m 59s)

Sistem ejaan ini juga dikenali sebagai Tulisan Arab Gandul. Kelebihan tulisan ini adalah lebih mudah untuk para penulis dan mereka juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menulis satu atau lebih perkataan. Sebagai contoh, pada halaman yang pertama, perkataan ‘jilid’ dieja dengan menggunakan Sistem Ejaan Za’ba. Dalam halaman tersebut, perkataan jilid dieja tanpa menggunakan sebarang huruf vokal iaitu menggunakan huruf Jim ( ج ), Lam ( ل ) dan Dal ( د ). Jika dibandingkan dengan sistem ejaan yang terkini, ejaan jilid telah berubah dari جلد kepada جيليد . Hal ini dikatakan demikian kerana ejaan yang terkini telah banyak menggunakan huruf-huruf vokal seperti alif ( ا ), Wau ( و ) dan Ya ( ي )..

Scene 14 (4m 27s)

2.2 MENGANALISIS SISTEM EJAAN DALAM KARYA AGUNG Karya agung ini keseluruhannya menggunakan tulisan jawi dan kini telah diubah suai atau dirumikan kembali karya agung tersebut. Melalui pemerhatian pengkaji, Hikayat Hang Tuah jilid 1 tersebut tidak dirumikan dan terdapat karyanya di laman sesawang. Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan perkataan dalam hikayat tersebut menggunakan sistem ejaan jawi Za’ba. Pengkaji juga telah melakukan kaedah penjadualan data bagi menganalisis perkataan yang menggunakan sistem ejaan jawi Za’ba tersebut..

Scene 15 (4m 48s)

Pengkaji mendapati bahawa terdapat lebih kurang 30 perkataan yang menggunakan sistem ejaan jawi Za’ba daripada muka surat satu sampai enam. Jadual tersebut menunjukkan sebahagian perkataan yang menggunakan sistem ejaan jawi Za’ba.

Scene 16 (5m 4s)

Sistem ejaan jenis ini berlaku pengguguran huruf seperti huruf vokal jawi iaitu alif ( ا ) , wau ( و ), dan ya ( ي ). Sebagai contoh perkataan dalam Hikayat Hang Tuah tersebut pada muka surat satu baris pertama iaitu perkataan ‘bahawa’ yang dieja باهوا. Sepatutnya mengikut ejaan jawi moden, perkataan tersebut perlulah disertakan huruf vokal alif selepas daripada huruf ha ( باهاوا ). Perkataan ‘suatu’ yang dieja dalam hikayat tersebut menggunakan ejaan Za’ba akan digugurkan huruf wau di hadapan huruf ta (سوات ). Ejaan tersebut sepatutnya dieja dengan menambahkan huruf wau di belakang ta ( سواتو )..

Scene 17 (5m 28s)

Pemajmukan kata dalam ejaan jawi juga berlaku di dalam sistem ejaan Za’ba ini. Pada zaman dahulu masyarakat peka dengan huruf jawi dan jika huruf tersebut dicantumkan , penutur masih boleh menyebut perkataan tersebut dengan baik Sebagai contoh, pada muka surat keempat baris ke-70 iaitu perkataan ‘ahlil nujum’.Perkataan ini jika diikut dalam ejaan bahasa melayu kini dieja jarak tetapi sebaliknya berlaku pada sistem ejaan jawi Za’ba ini yang membolehkan perkataan ahlil nujum itu dieja rapat ( اهل انجوم ). Perkataan ‘ahlil nujum’ tersebut jika dieja mengikut zaman moden pada masa kini perlulah dieja dengan menambahkan huruf vokal jawi ya diantara huruf ha dan lam dan seterusnya huruf alif tersebut perlulah digugurkan dengan perkataan nujum tersebut seperti اهليل نوجوم ..

Scene 18 (5m 58s)

Perubahan pada sistem ejaan jawi iaitu pada ejaan huruf diftong. Bunyi diftong adalah deretan dua bunyi vokal yang diucapkan dengan satu tekanan nafas menjadikan unsur yang kedua diftong itu kedengaran tidak sempurna. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat dalam tiga bentuk ejaan sahaja, iaitu bunyi [au], [ai], dan [oi]. Sebagai contoh, perkataan ‘pulau’ di dalam karya itu telah digugurkan huruf wau di belakang sekali dan menjadikan ejaan pulau tersebut menjadi ( ڤولو ) . Jika dibaca dengan lebih teliti, perkataan tersebut dapat dibaca atau disebut sebagai ‘pulu’ yang tiada maknanya. Hal ini seterusnya menunjukkan sekiranya penggunaan ejaan diftong ini berlaku dalam karya tersebut, ejaan pulau yang betul adalah ( ڤولاو )..

Scene 19 (6m 27s)

3.1 RUMUSAN Dapat disimpulkan bahawa karya-karya agung terdahulu banyak menggunakan tulisan jawi dan setiap karya mempunyai sistem ejaan jawi yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah mengkaji tulisan jawi dalam karya agung Hikayat Hang Tuah. Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti jenis sistem ejaan jawi yang digunakan dalam karya agung Hikayat Hang Tuah..

Scene 20 (6m 45s)

Sistem ejaan jawi yang digunakan dalam karya agung Hikayat Hang Tuah ialah Sistem Ejaan Jawi Za’ba. Antara ciri Sistem Ejaan Jawi Za’ba yag terdapat dalam karya agung Hikayat Hang Tuah iaitu pengguguran huruf vokal, pencantuman kata dan perubahan pada ejaan huruf diftong. Penggunaan Sistem Ejaan Jawi Za’ba memudahkan pembaca untuk membaca karya agung tersebut kerana memiliki baris dan sebutannya sesuai mengikut ejaan nya..

Scene 21 (7m 4s)

BIBLIOGRAFI Ahmad Faisal bin Abdul Hamid dan Faizuri bt Abdul Latif, 2014. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok . Diakses pada 17 Disember 2021. Pautan http://commonrepo.um.edu.my/12610/1/Page%201-15.pdf Dieni Purwandari dan Iryani Syahrir, 2013. Hikayat Hang Tuah Jilid 1. Diakses pada 15 Disember 2021. Pautan https://www.scribd.com/embeds/481162492/content?start_page_1&view_mode=scroll&access_key=key- fFexxf7r1bEfWu3HKwf.

Scene 22 (7m 27s)

Hajah Noresah bt.Baharom, BSc (UM), MA (Birmingham), 2021. Kamus Dewan Edisi Keempat . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kang Kyoung Seok, 1990. Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kang Kyoung Seok ,1985. “Tulisan Jawi Dalam Konteks Pengajian Melayu” .Seminar Kebangsaan Pengajian Melayu-Antara Tradisi dan Perubahan. Kuala Lumpur. Muhammad Bukhari Lubis, et.al (2006), Tulisan Jawi Sehimpunan Kajian, Shah Universiti (UPENA). Zulkeflee Haji Yaacob, 2021. Pengajian Bahasa dan Linguistik . Kota Bharu : Bunga Melayu Solution..