DUA6022 KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM PROJEK NAMA PENSYARAH: PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR

Published on
Scene 1 (0s)

DUA6022 KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM PROJEK NAMA PENSYARAH: PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR

Logo, company name Description automatically generated

NAMA NO.PENDAFTARAN ABANG FARHANNASSAR 20DKA18F2061 MARX KEITH 20DKA18F2045 MUHAMMAD NUR IMAN 20DKA18F2027 MAUREEN STEPHEN 20DKA18F2053 SCARLETT KIJAN 20DKA18F2024

Scene 2 (15s)

PERANAN PENYIARAN ISLAM

2

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM PENYIARAN ISLAM

Scene 3 (23s)

Media massa merupakan wahana yang paling berkesan untuk menyampaikan informasi dan maklumat terkini terhadap orang ramai.

3

Ia juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting serta amanah yang sangat berat dalam menyampaikan maklumat yang benar, tepat dan berfaedah kepada masyarakat.

Scene 4 (39s)

PERANAN PENYIARAN ISLAM

Antara peranan utama penyiaran Islam di Malaysia ialah:

4

Pendidik (Muaddib) A gen informasi (Musaddid) Pembaharu (Mujaddid) Penyatu (Muwahhid) Pejuang (Mujahid)

Scene 5 (51s)

Penyiaran Islam berperanan sebagai pendidik (Muaddib) kepada masyarakat agar melaksanakan segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Tugas pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul. Penyiaran Islam berperanan sebagai agen informasi (Musaddid), iaitu menjadi penghalang dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsirkan oleh pihak orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, tugas penyiaran Islam adalah sebagai agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab meningkatkan masyarakat tentang kefahaman Islam. Penyiaran Islam berperanan sebagai pembaharu (Mujaddid) iaitu penyebar fahaman pembaharuan akan pemahaman dan pengajaran amalan Islam. Penyiaran Islam berperanan sebagai penyatu (Muwahhid) yang mana harus mampu menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak bersatu padu, mereka ini mampu membina kembali hubungan di antara kedua belah pihak yang bertelagah. Penyiaran Islam berperanan sebagai pejuang (Mujahid) iaitu berjuang dan membela Islam. Melalui penyiaran dan bidang media lain, pengamal bidang penyiaran dan media yang lain seharusnya bekerja keras membentuk pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai Islam.

5

Scene 6 (1m 40s)

6

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran Kewajipan sesama insan untuk saling tegur-menegur dan mengingatkan ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Surah Ali ‘Imran 3:104)

Scene 7 (2m 12s)

7

“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya). (Surah al-Maidah : ayat 2) Berdasarkan ayat di atas : “Media penyiaran Islam mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan dan kebajikan serta memastikan tiada unsur maksiat dalam setiap program dan rancangan yang hendak disiarkan.”

FIRMAN ALLAH SWT

Scene 8 (2m 36s)

CONTOH TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM BIDANG PENYIARAN

Nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain. Kewajipan sesama insan untuk saling tegur-menegur dan mengingatkan ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Stesen televisyen dan badan penyiaran bertanggungjawab memastikan program televisyen yang disiarkan mampu membina jati diri warganegara yang cemerlang.

8

Scene 9 (2m 54s)

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN

9

Scene 10 (3m 0s)

10

Dapat mengetahui masalah-masalah yang bukan sahaja berkaitan dengan Islam berlaku dalam dan luar negara . Melalui bidang penyiaran, masyarakat lebih betanggungjwab antara satu sama lain. Dapat mengajak masyarakat untuk lebih mengenali Islam. Masyarakat dapat mengembangkan ideologi melalui penyiaran. Masyarakat lebih mengetahui tanggungjawab mereka melalui iklan-iklan ataupun cerita-cerita yang dipaparkan.

KELEBIHAN

Scene 11 (3m 20s)

11

Medium untuk menulis fitnah dengan sewenang-wenangnya. Menyebarkan propaganda untuk memecah belahkan masyarakat. Perubahan tingkah laku dan gaya hidup kerana terpengaruh. Terikut dengan perkara negatif yang disiarkan. Mendapat berita dan informasi yang salah.

KEBURUKAN

Scene 12 (3m 35s)

RANCANGAN DAN BAHAN BERCETAK HENDAKLAH MEMENUHI BEBERAPA OBJEKTIF. Di antaranya :

Untuk menguatkan akidah umat Islam. Untuk memupuk semangat cintakan Allah, Rasul dan Negara. Memupuk semangat perpaduan, muhibah dan toleransi dalam konteks Islam agama untuk kesejahteraan. Mendorong manusia untuk berusaha, berdikari dan mengejar setiap lapangan kemajuan.

Scene 13 (3m 53s)

Mempunyai media penyiaran yang berkonsepkan semata-mata untuk penyebaran Islam seperti TV Alhijrah, Astro Oasis, IKIM f.m. dan SALAM f.m. Melalui media-media penyiaran ini, ianya dapat memantu masyarakat memahami Islam lebih mendalam dan mudah. TV Alhijrah merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia yang bertujuan merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran percuma seluruh negara dan menerbitkan pelbagai variasi rancangan televisyen melalui media yang berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

MEDIA PENYIARAN ISLAM

Scene 14 (4m 18s)

14

Memperbaiki interaksi dan komunikasi antara sesama manusia. Membanteras keyakinan palsu dan salah faham. Menggunakan konsep keagamaan untuk menyakinkan masyarakat mengenai idea-idea baru dan isu-isu semasa. Memperkukuhkan kecenderungan masyarakat Islam dalam melaksanakan ibadah.

Menggunakan hakikat dan fakta-fakta keagamaan, membimbing media massa secara tetap. Memberi kefahaman tentang hakikat agama Islam untuk melindungi masyarakat Islam dari segi kejahilan terhadap ajaran agama. Membentuk suasana media massa yang sesuai dengan tuntutan agama dan membentuk akhlak.

MEDIA PENYIARAN ISLAM BERPERANAN MENGGALAS TANGGUNNGJAWAB-TANGGUNGJAWAB BERIKUT :

Scene 15 (4m 45s)

15

Penerimaan sesuatu maklumat yang disiarkan oleh stesen-stesen televisyen perlu ditapis dan dikenalpasti setiap kesahihan dan sumbernya untuk mengelakkan berlakunya berita palsu. Rancangan televisyen yang disiarkan juga perlu berorientasikan ilmu dan bertujuan untuk mendidik. Selain itu, genre kandungan program TV perlu mengikutkan tahap yang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan tidak mengira umur. Mengetahui bahawa sifat tanggungjawab dalam diri masyarakat amat penting agar negara dapat hidup dalam keharmonian yang diharapkan.

KESIMPULAN

Scene 16 (5m 9s)

TERIMA KASIH!