PERUBAHAN TERHADAP SAMBUTAN ‘GAWAI’ PUAK IBAN DI DAERAH TEMBURONG.
Kajian ini akan membincangkan tentang perubahan terhadap sambutan Gawai bagi puak Iban, di Daerah Temburong . Hari Gawai merupakan pesta utama bagi Puak Iban, iaitu sebagai satu upacara keagamaan dan kepercayaan asal bagi Puak Iban yang fungsinya adalah untuk menyembah para dewa , lazimnya disebut sebagai ‘ Petara ’. Perkataan gawai membawa maksud festival, dan terdapat beberapa jenis Hari Gawai iaitu seperti Gawai Dayak, Gawai Burung , Gawai Kenyalang , Gawai Tiang , Gawai Antu dengan upacara adat dan ritualnya tersendiri . Fokus kajian ini adalah Gawai Dayak yang disambut pada setiap 1 Jun oleh puak Iban, termasuklah masyarakat Iban di daerah Temburong . Kajian ini juga untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam sambutan Hari Gawai , disebabkan dorongan beberapa faktor seperti modenisasi , asimilasi budaya , dan migrasi ..
Isi Kandungan. Pengenalan. 01. Metodologi. 04. Tujuan & Objektif.
Hari Gawai merupakan satu upacara keugamaan bagi puak Iban, iaitu berfungsi sebagai memohon keberkatan dan kesihatan dari Petara . Selain itu , Hari Gawai ini juga telah dianggap sebagai lambang identiti bagi puak Iban. Perkataan gawai bermaksud festival atau hari besar , dan terdapat beberapa jenis hari Gawai seperti gawai antu , gawai burung , gawai tiang dan lain-lain, namun fokus kajian ini adalah hari Gawai Dayak yang juga bermaksud hari besar atau festival Dayak. Beberapa penyelidikan telah dilakukan menggunakan kaedah temubual dan kaedah perpustakaan bagi mengetahui tatacara sambutan hari Gawai ini dilakukan . Oleh itu , kajian ini akan menerangkan mengenai Hari Gawai Dayak pada setiap 31 Mei dan 1 Jun, dan fungsi miring dalam upacara sambutan tersebut . Seterusnya pengkaji juga akan mengenal pasti beberapa perubahan dan faktor yang mendorong perubahan tadi berlaku ..
2. Tujuan & Objektif. Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk mengkaji perubahan terhadap sambutan Gawai puak Iban Daerah Temburong . Bagi mencapai tujuan tersebut , empat objektif telah digariskan iaitu : Untuk mengenalpasti jenis sambutan Gawai yang diadakan di kalangan Puak Iban yang menetap di Daerah Temburong . Untuk mengenalpasti tatacara bagi sambutan Gawai yang pernah diadakan . Bagi mengkaji perubahan yang berlaku dalam sambutan Gawai , pada masa dahulu dan sekarang . Bagi menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan perubahan sambutan Gawai ..
3. Kerangka Konsep.
4. Metodologi – Pendekatan Kualitatif. Data Primer.
5. Hasil Kajian. 5.2. Kepercayaan Puak Iban & Fungsi Gawai.
5.1 Puak Iban Di Daerah Temburong. Bangsa Iban mulai menetap di daerah Temburong pada tahun 1980-an (Juliana Minggu 2016). Mula membina rumah panjang di kawasan Sungai Kenua , anak Sungai Pandaruan . Menurut tradisi lisan , penempatan ini bermula dari Batang Ai ( sebuah wilayah di Sarawak), kemudian berpindah ke tempat yang dipanggil ‘ Menoa ’ . Immigrasi disebabkan sosio-budaya puak ini yang bersawah padi , dan mencari kawasan baru untuk penanaman padi , serta berburu untuk menangkap ikan di kawasan hutan Temburong ..
Di Temburong – terdapat beberapa beberapa rumah panjang yang masih wujud – sebahagian besar terletak di Mukim Amo dan Mukim Bokok . Kebanyakkan mereka memiliki kemahiran membina dan memandu perahu , serta mempunyai pengetahuan ekologi untuk mengekploitasikan pelbagai sumber persekitaran ..
5.2 Kepercayaan Puak Iban & Fungsi Gawai. Puak Iban memiliki kepercayaan bahawa mimpi – satu alat hubung dengan dunia ghaib atau the realm of the spirits ( Petara dan roh pahlawan Iban terdahulu ). Selain itu , jalan untuk berhubung dengan Petara dan roh ini adalah dengan mengadakan upacara ritual atau gawai . Perkataan gawai bermaksud f estival atau besar . Kebanyakkan upacara gawai ini adalah melibatkan ritual pemujaan , penyembahan dan seruan kepada Petara , roh dan antu . Derek Freeman telah mengklasifikasikan ritual gawai ini kepada empat kategori iaitu , upacara ritual yang berkaitan dengan penanaman dan penuaian padi , ritual memohon kesihatan dan umur yang panjang , ritual memohon rezeki dan kekayaan , dan terakhir ritual berkaitan dengan pemburuan kepala dan prestij ( Freeman, 1953:71)..
Terdapat beberapa jenis gawai lain dengan fungsi dan ritual tersendiri , misalnya : Gawai Kelingkang Naga – untuk menyambut kepala musuh sewaktu aktiviti memburu kepala masih dilakukan & sebagai tanda keberanian seorang pahlawan itu , Gawai Burong – untuk menyembah Singalang Burong ( dewa perang ). Gawai Antu – untuk menghormati orang yang sudah meninggal dunia. Gawai Sakit – untuk mengubati pesakit dan memohon kesihatan dll Walau bagaimana pun, tatacara dalam sambutan gawai adalah hampir sama iaitu adanya ritual miring, dan bacaan doa atau mantera ( timang atau pengap ).
5.3 Gawai Dayak. Gawai Dayak ialah festival atau perayaan tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak pada setiap 3 Mei dan 1 Jun. Hari Gawai Dayak ini hanya diiktiraf secara rasmi di Sarawak pada 1 Jun 1965 , yang merangkumi kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Ia turut diperkenalkan di Kalimantan dan seterusnya di Brunei (Victor & Magne , 2021). Secara tradisinya , festival ini diadakan sempena musim menuai padi dan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah kepada Petara . Lazimnya , akan diadakan upacara miring , dan dituruti dengan bebiau dan besampi yang akan dilakukan oleh lemambang . Manakala bagi memeriahkan acara sambutan Gawai Dayak ini akan diadakan acara-acara tradisi seperti minum Ai Pengayuh , pertandingan ratu cantik , pendirian pohon ranyai , sambil diiringi dengan alunan muzik tradisional seperti gulingtangan , tawak dan gong. Tidak lupa juga tarian ngajat dan air tuak setiap kali perayaan Gawai Dayak ini diadakan ..
5.4 Hasil Temubual. A group of people sitting on a couch Description automatically generated with low confidence.
6. ANALISIS KAJIAN. ….
Hasil perolehan kajian akan dibincangkan dalam bahagian ini yang memberikan tumpuan kepada beberapa aspek termasuklah perbincangan tentang ritual ‘Miring’, perubahan dalam sambutan ‘ gawai ’ dan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan berlaku ..
Salah satu adat tradisi yang tidak pernah ditinggalkan dalam setiap upacara sambutan gawai dan masih diamalkan hingga pada masa kini ialah upacara miring. Miring merupakan upacara persembahan dan pemujaan kepada Tuhan atau Petara dengan bertujuan untuk memohon keberkatan dan perlindungan dari suatu ancaman ( Bibiana Motey 2019). Piring miring adalah terdiri dari sajian buah pinang, kapur sirih , sagun , letup, garam, telur rebus, nasi pulut , nasi putih , dan makanan tradisi seperti penyaram , ketupat, kelupis , dan kuih-muih lain letup – bertih padi ..
Sewaktu upacara miring ini , ketua acara atau lemambang akan bebiau , iaitu melafazkan doa dan mantera untuk memanggil para dewa dan Petara . Bagi upacara bebiau ini akan digunakan seekor ayam jantan yang kemudian akan disembelih . Bulu ayam tadi akan dicabut dan disapukan dengan darah ayam , kemudian akan diletakkan di atas piring miring. Menurut Awang Hujan , ia berfungsi – persembahan korban ditujukan kepada Petara & bertujuan untuk memohon keberkatan dan kesejahteraan bagi keluarga mereka . Upacara miring ini merupakan upacara kemuncak dan paling utama dalam sambutan gawai puak Iban. Ia haruslah dikekalkan kerana upacara ini merupakan suatu warisan dari nenek moyang mereka . Tambahan lagi , upacara miring ini tidak ada dalam budaya puak lain dan merupakan satu lambang kebudayaan etnik tersebut ..
Leaf. Leaf. Leaf. Berdasarkan hasil dapatan kajian iaitu melalui sesi temubual dan kajian-kajian lepas , pengkaji telah mengenal pasti terdapatnya beberapa perubahan yang telah berlaku dalam sambutan gawai di Temburong . Perubahan yang ketara – kemerosotan dalam jumlah lemambang untuk upacara bebiau dan besampi . Majoriti lemambang yang masih ada di daerah Temburong adalah terdiri dari warga emas . Kemahiran ngajat dan kuntau juga semakin berkurangan di kalangan anak-anak muda . Pada masa sekarang , kebanyakkan acara untuk memeriahkan Hari Gawai adalah seperti sukan ria keluarga , pertandingan karaoke dan kadang kala diadakan upacara menetas renyai . Perubahan sewaktu upacara penyajian miring - makanan tradisional diganti dengan kek dan biskut , dan minuman berbagai perisa dalam bentuk tin atau botol ..
6.3.1. Faktor Modenisasi. Sistem Pendidikan Teknologi Moden.
Modernisasi diertikan sebagai suatu bentuk transformasi dari keadaan yang kurang maju atau kurang berkembang , ke arah yang lebih baik beserta dengan harapan akan tercapainya kehidupan masyarakat yang lebih maju , berkembang , dan makmur . Modenisasi terjadi disebabkan berlakunya proses perubahan menuju ke arah kemajuan dan pembangunan di sesebuah negara (Windy Inki 2007). Seiring dengan kemajuan teknologi dan sistem pendidikan telah mampu mengubah pola dan gaya hidup individu dan masyarakat di sekelilingnya ..
Sutlive (1992) – pertengahan tahun 1950an – meningkatnya kesedaran di kalangan ibu bapa akan kepentingan pendidikan dan mula menghantar anak mereka ke sekolah . Sistem pendidikan – memberi peluang generasi muda menceburi & menerokai pelbagai cabang ilmu . Secara tidak langsung mengubah pola pemikiran masyarakat Iban di Temburong . Ilmu berbentuk ritual kurang diajarkan kepada generasi muda – menyebabkan kemerosotan jumlah lemambang Kesannya , nilai & pengetahuan tentang adat tradisi di kalangan generasi muda adalah pada tahap yang kurang memuaskan ..