Slide 1

Published on
Scene 1 (0s)

KUMPULAN 1

Natasha Nurfihmie Danielea Nurlisa Azzwa

Scene 2 (8s)

Pembangunan dan Penerokaan

Subtajuk : Perkembangan Intelektual Tajuk : Perkembangan Ilmu Aqli dan Ilmu Naqli pada Zaman Khalifah Abbasiyah dan Umayyah di Andalusia dari Abad ke-11 Masihi hingga Abad ke-13 Masihi

Scene 3 (23s)

ILMU NAQLI

Scene 4 (29s)

PENDAHULUAN

Ilmu naqli bersumberkan wahyu Allah SWT iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW . Ilmu ini menduduki taraf fardu ain iaitu wajib dipelajari setiap umat Islam kerana ia mengandungi ajaran asas Islam berkaitan akidah,syariah dan akhlak . Pada zaman Khalifah Abbasiyah khasnya zaman Khalifah Harun al- Rasyid dan Khalifah al- Makmun , penulisan ilmiah oleh sarjana Islam aktif dalam bidang ilmu naqli dan aqli .

Scene 5 (51s)

Pada zaman Khalifah Ummayah di Andalusia, berlaku perkembangan dalam perbahasan dan penulisan ilmu naqli dan aqli dalam kalangan sarjana Islam . Pada abad ke-11 hingga 13 masihi , khalifah Ummayah di Andalusia berada di bawah pemerintahan kerajaan Murabitun dan Muhawiddun . Zaman ini dianggap zaman keemasan kegiatan keilmuan Islam di Andalusia.

Scene 6 (1m 9s)

Perkembangan Ilmu Naqli pada Zaman Khalifah Abbasiyah

1. Ilmu Tafsir al-Quran

2. Ilmu Kalam

3. Ilmu Tasawuf

4. Ilmu Fiqah

Scene 7 (1m 22s)

1. Ilmu Tafsir al-Quran

Ilmu tafsir Quran tidak hanya tertumpu kepada teks sahaja yang melahirkan tafsir bil matsur tetapi telah menekankan kepada kontekstual yang melahirkan tafsir birra ‘ yi seperti tafsir maudhui ( memisahkan ilmu ke dalam perkara tertentu mengikut mata pelajaran ), tafsir adaby ( kesusasteraan ), tafsir nuzuli ( sebab turun ayat aq -Quran) dan tafsir ilmu .

Scene 8 (1m 41s)

Antara tokoh tafsir zaman Khalifah Abbasiyah ialah Zamakjsyari , seorang ulama yang arif dalam bidang nahu , bahasa , tafsir , ma’ ani , dan bayan . Antara karangannya yang terkenal ialah al- Khasaf dan Ibn Taimiyyah dengan karyanya Majmu ’ al- Fatawa .

Scene 9 (1m 57s)

Ilmu Kalam adalah ilmu membicarakan tentang wujudnya Allah, cara mekrifat atau mengetahui secara mendalam tentang sifat-sifat Allah, para rasulNya dan alam akhirat dengan menggunakan dalil-dalil yang sah Pemikiran teologi ( ilmu berkaitan akidah ) berkembang pesat pada zaman Khalifah Abbasiyah merangkumi sistem , metodologi dan pokok kajiannya .

2. Ilmu Kalam

Scene 10 (2m 16s)

Imam al- Ghazali menghasilkan karya Iqtishad fi al- I’tiqad manakala Imam al- Qusairy an- Naisabury menghasilkan karya Risalatul Qusairiyah yang menentang keras doktrin-doktrin aliran Muktazilah , Karamitah , Mujassimah ( golongan yang membincangkan sifat tuhan secara fizikal ) dan Syiah .

Scene 11 (2m 31s)

3. Ilmu Tasawuf

Ilmu Tasawuf berkembang dengan kemunculan tokoh-tokoh tasawuf dan turut menyumbang kepada kemunculan istilah-istilah tasawuf seperti zuhud , mahabbah , makrifah dan al- ittihad ( penyatuan ). Ilmu tasawuf mengalami pencemaran dengan pengaruh asing seperti fahaman pantheisme ( menyerah kepada takdir tanpa usaha ). Suasana pencemaran diselamatkan dengan kemunculan Imam al- Ghazali melalui karyany Ihya Ulumuddin yang berjaya membersihkan fahaman asing dengan mengemukakan falsafah akhlak dan menentang teori pencantuman ( Wahdatul Wujud ) dn resapan .

Scene 12 (2m 54s)

Ilmu Fiqah adalah bidang berkaitan perundangan dan hukum-hakam Islam. Walaupun terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang jelas di dalam al-Quran dan as- sunnah seperti hukum qisas , hudud , pewarisan dan sebagainya , namun masih banyak bidang perundangan yang memerlukan kepada interpretasi . Secara teknikalnya , bidang ini dikenali dengan nama ijtihad . Antara tokoh ilmu fiqh ialah Imam an- Nawawi dengan Kitab Hadis 40 dan Imam Ibn Taimiyyah dengan karyanya Majmu ’ al- Fatawa . Dari segi Sejarah , ijtihad memang telah digunakan oleh umat Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

4. Ilmu Fiqah

Scene 13 (3m 23s)

Perkembangan Ilmu Naqli pada Zaman Khalifah Ummayah di Andalusia

1. Ilmu Tafsir al-Quran

2. Ilmu Hadis

4. Ilmu Fiqh

3. Ilmu Kalam

5. Ilmu Tasawuf

Scene 14 (3m 39s)

Perkembangan ilmu tafsir al-Quran di Andalusia sebagai satu komponen disiplin ilmu tersusun telah berlaku secara serentak dengan perkembangan ilmu-ilmu lain. Situasi ini mendorong para sarjana Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu secara menyeluruh . Pengajian Islam termasuk pengajian al-Quran dan tafsir mula diserap masuk ke dalam sistem pendidikan di Andalusia setelah bertapaknya Islam.

1. Ilmu Tafsir al-Quran

Scene 15 (4m 0s)

Ibn ‘ Atiyyah ( meninggal 1146M) merupakan tokoh mussafir berpengaruh telah menghasilkan kitab tafsir 30 juzuk iaitu Al- Muharrar al- Wajiz . Beliau menggunakan kaedah Tafsir bi al- Ma’thur yang berpandukan al- Quran,hadis dan athar ( riwayat sahabat ) dalam mentafsirkan ayat al-Quran. Muhy al-Din Ibn ‘ Arabi (1165-1240M) melalui karyanya Tafsir al-Quran al- Karim dengan memuatkan aliran Tafsir al-Sufi. Imam al- Qurtubi (1214-1273M) melalui karya tafsirnya berjudul Al-Jami’ li Ahkam al-Quran dengan mendedahkan alirah fiqh al- Maliki ketika membahaskan ayat-ayat hukum .

Scene 16 (4m 27s)

Ibn Rushd (1126-1198M) mengetengahkan aliran Tafsir bi al-Ra’ y al- Falsafi di dalam karyanya Al- Fasl al- Maqal . Perkembangan aliran pemikiran pada era pemerintahan Muwahiddun memberi impak kepada corak penafsiran al-Quran

Scene 17 (4m 41s)

= Perkembangan bidang hadis dapat dikesan dengan kemunculan tokoh hadis terkemuka seperti Ibn Abd al-Barr (978-1070M). = Ibn Abd al-Barr seorang ulama hadis terkenal di Andalusia dan Afrika Utara. Beliau mendalami sejarah para sahabat nabi dan ilmu Mustalah Hadis . Karya ulung beliau ialah Al- Istiab li Sahabah .

2. Ilmu Hadis

Scene 18 (5m 0s)

Ilmu Kalam merupakan ilmu yang membicarakan tentang wujudnya Allah, cara bermakrifat atau mengetahui secara mendalam tentang sifat-sifat Allah, para rasulNya dan alam akhirat dengan menggunakan dalil-dalil yang sah . Serentak dengan kemasukan aliran Asya ‘ irah oleh Muhammad ibn Tumart di Andalusia pada zaman kerajaan Muwahiddun , secara tidak langsung bibit-bibit ilmu kalam mula bertapak dan seterusnya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan sarjana Islam

3. Ilmu Kalam

Scene 19 (5m 22s)

Kemasukan aliran-aliran sufi , zahiri , ahli kalam dan sebagainya membuktikan kerajaan Muwahiddun mengamalkan dasar keterbukaan dan demokratik dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan . Hal ini berbeza dengan kerajaan Islam sebelumnya iaitu kerajaan Murabitun yang rata-rata berpegang pada fahaman dan fiqh al- Maliki dan kurang meraikan perkembangan aliran lain , bahkan menentang kemasukan aliran ilmu kalam .

Scene 20 (5m 42s)

Setelah kerajaan Muwahiddun mengambil alih pemerintahan Andalusia daripada kerajaan Murabitun , berlaku senario keterbukaan masyarakat dalam berpegang pada mazhab tertentu . Pengaruh ulama Maliki yang sebelum ini mendominasi mulai berkurangan pada zaman kerajaan Muwahiddun . Kemunculan Imam al- Qurtubi melalui karya tafsir Al-Jami’ li Ahkam al-Quran mencerminkan fenomena keterbukan mazhab apabila beliau tidak bersikap fanatik kepada mazhab Maliki , bahkan adakalanya beliau turut mentarjih pandangan mazhab lain .

4. Ilmu Fiqh

Scene 21 (6m 5s)

Abu al- Qasim Abdullah dari Granada menghasilkan Kitab al- Tashil li Ulum al- Tanzil , Kitab al-Anwar al- Saniyyah fi al- Alfaz al- Saniyyah , Kitab Masa ’ il Usul al- Fiqh dan Kitab al- Ahkam fi Usul al- Ahkam . Ibn Hazm (994-1065M) dianggap imam dalam ilmu fiqah di Andalusia telah menghasilkan karya al- Fasl fi al- Milal wa ‘ i-Ahwa ’ wa ‘ i-Nithal . Antara ulama berpengaruh lain yang turut mewarnai perkembangan ilmu fiqh di Andalusia ialah Ziyad Ibn Abdul Rahman yang mengajar fiqh menurut Mazhab Maliki , Ibn Yahya , Abu Bakar Ibn al- Quthiyah , Munzir Ibn Said al- Baluthi dan Ibn Rushd .

Scene 22 (6m 36s)

Ilmu tasawuf turut berkembang di bumi Andalusia. Kemunculan tokoh-tokoh tasawuf menyumbang kepada perkembangan istilah-istilah berkaitan tasawuf seperti zuhud , mahabbah dan makrifah . Antara tokoh tasawuf berpengaruh termasuk Ibn Sab’in (1217-1269M) melalui karyanya Budd al- Arif dan Asrar al- Hikmah al- Mashriqiyya . Ibn ‘ Arabi (1165-1240M) melalui karyanya Al- Insan al- Kamil .

5. Ilmu Tasawuf

Scene 23 (6m 56s)

Satu fenomena yang dapat dikesan daripada perkembangan intelektual di zaman Khalifah Abbasiyah ialah pencernaan ilmu kepada bidang-bidang tertentu seperti tafsir al-Quran, hadis , fiqah dan sebagainya . Kegiatan ilmu naqli zaman Khalifah Umayyah di Andalusia mencapai kemuncaknya pada zaman kerajaan Muwahiddun berikutan dasar keilmuan lebih liberal dan demokratik . Perkembangan intelektual ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Islam adalah agama progresif dan dinamik .

PENUTUP

Scene 25 (7m 24s)

Ilmu aqli adalah ilmu bersumberkan akal dan dibahagikan kepada ilmu sains tabii , sains sosial dan sains kemanusiaan . Ilmu aqli menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana ilmu ini bersumberkan pemikiran yang ada kalanya benar dan ada kalanya salah . Galakan pemerintah dan minat terhadap bidang intelektual menyebabkan berlaku perkembangan pesat dalam bidang ilmu aqli di Baghdad dan Andalusia pada abad ke-11 hingga 13 Masihi .

PENDAHULUAN

Scene 26 (7m 46s)

Pada era pentadbiran Khalifah Abbasiyah di Baghdad dan Khalifah Umayyah di Andalusia, wujudnya kegiatan penulisan ilmiah dalam kalangan sarjana Islam dalam semua bidang ilmu pengetahuan . Ini termasuk kegiatan terjemahan falsafah dan sains dari Greek ke dalam bahasa Arab.

Scene 27 (8m 1s)

Perkembangan Ilmu Aqli pada Zaman Khalifah Abbasiyah

1. Ilmu Falsafah

6. Ilmu Seni Sastera

4. Matematik

5. Ilmu Sejarah

2. Ilmu Perubatan

3. Ilmu Astronomi

Scene 28 (8m 15s)

Bidang falsafah ialah induk kepada ilmu aqli kerana daripada ilmu falsafah ini , maka berkembanglah ilmu-ilmu lain yang diperlukan oleh manusia . Bagi memahami fungsi falsafah,maka para sarjana Islam telah merungkai dan cuba meneroka bidang falsafah , antaranya Imam al- Ghazali (1091-1095M).

1. Ilmu Falsafah

Scene 29 (8m 32s)

Kebanyakan karyanya berbentuk falsafah . Antaranya , karya Maqasid Falasifah dan Tahafut al- Falasifah yang membicarakan teori falsafah dan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan metafizik . Pertembungan antara kerajaan Abbasiyah dengan kebudayaan luar ( Parsi dan Yunani ) membawa pelbagai perubahan dan perkembangan terutama dalam bidang ilmu aqli .

Scene 30 (8m 49s)

Ilmu perubatan merupakan salah satu ilmu paling menyerlah pada zaman Khalifah Abbasiyah . Ilmu kedoktoran berasal dari Yunani dan dibawaa ke dunia Islam oleh Sarji resh-aini pada tahun 536 Masihi . Perkembangan ilmu kedoktoran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu zaman permulaan , kemajuan dan kemunduran kerajaan Khalifah Abbasiyah .

2. Ilmu Perubatan

Scene 31 (9m 7s)

Antara tokoh perubatan terkenal ialah Al-Hazen (960-1034M). Beliau digelar Ibn al- Haytham atau Alhacen merupakan pakar sakit mata . Antara karyanya ialah Kitab al- Manazir ( Book of Optics) dan Risalah fi I-Daw’ (Treatise on Light) iaitu ilmu yang mengkaji pengaruh cahaya terhadap mata . Ibn Sina atau Aviceena (980-1037M) merupakan tokoh perubatan paling berpengaruh dalam dunia Islam. Karya terkemukanya , al- Qanun fit- Tibb (The Canon of Medicine) telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa asing dan menjadi rujukan primer ilmu kedoktoran . Beliau turut menghasilkan Kitab as- Syifa ’ ( Penyembuhan ).

Scene 32 (9m 35s)

Nasiruddin Ath-Thusi (1201-1274M) telah menghasilkan 16 buah buku astronomi , 14 buah buku matematik serta pelbagai bidang ilmu lain seperti biologi , kimia , matematik dan falsafah . Antara karya astronominya ialah Al- Mutawassithat Bain Al- Handasa wal Hai ’a, Al- Tahsil fil an- Nujum , Mukhtasar fi al- Ilm at- Tanjim wa Ma’ rifat ( ringkasan tentang astrologi dan takwim ) dan Kitab al-Bari fi Ulum at- Taqwim wa Harakat al- Afak wa Ahkam an- Nujum ( buku terunggul tentang almanak , pergerakan bintang dan astrologi .

3. Ilmu Astronomi

Scene 33 (10m 2s)

Abu Raihan al- Biruni (973-1048M) melalui karya agungnya , Rasa’ il al- Biruni ( ensiklopedia astronomi dan matematik ). Kejayaan terpentingnya ialah menentukan musim dan pasang surut air laut , kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi , mencipta jam dan kalendar , mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan .

Scene 34 (10m 19s)

Tokoh matematik terkenal ialah Umar Khayyam (1048-1131M). Sumbangan utamanya adalah dalam bidang algebra di mana beliau menawarkan penyelesaian untuk beberapa masalah algebra termasuk geometrik bagi persamaan kiub . Kitab ‘ Mazalat fi al- Jabr wa al- Muqabila ’ merupakan karya algebra teragungnya dan menjadi rujukan penting dalam perkembangan bidang algebra.

4. Matematik

Scene 35 (10m 38s)

Umar Khayyam telah mengenalpasti 13 jenis bentuk persamaan kiub . Nasiruddin al- Thusi (1201-1274M) merupakan tokoh matematik pertama mengolahkan trigonometri sebagai satu bidang ilmu matematik yang berasingan .

Scene 36 (10m 50s)

Kajian mendalam terhadap al-Quran dan Sunnah telah mengilhamkan beberapa ulam untuk menerokai bidang ilmu sejarah . Tokoh sejarawan terkenal seperti Miskawayh (932-1030M) melalui karya Tarajib al- Umam ( pengalaman bangsa ). Beliau antara sejarawan Islam terawal menulis peristiwa-peristiwa yang dilihat sendiri . Ibn al- Athir al- Jazari (1160-1234M) melalui karyanya al- Kamil fi al- Tarikh dan Abu al- Fida ’ (1273-1331M) melalui karyanya Mukhtasar Tarikh al- Bashar dan Taqwim al- Buldan .

5. Ilmu Sejarah

Scene 37 (11m 14s)

Pada zaman Khalifah Abbasiyah , lahir tokoh sasterawan berpengaruh . Farid al-Din al- ‘ Aththar (1142-1220M) merupakan penyair sufi terhebat pada zamannya . Karya popularnya Mantiq al- Thayr dan Tadzkirat al- Awliya mempengaruhi hampir semua sufi generasi selepasnya termasuk Jalaluddin al- Rumi . Tema penulisannya berkaitan ‘ penderitaan suci ’ , ‘ kerinduan Ilahi ’ dan ‘ pencarian rohani yang tiada henti ’. Semua karyanya berbentuk syair kecuali Tadzkirah al- Awliya ( Kenangan Para Wali Allah).

6. Ilmu Seni Sastera

Scene 38 (11m 38s)

Umar Khayyam (1048-1131M) merupakan antara penyair terhebat pada zamannya . Beliau menjadi terkenal di dunia Barat sejak tahun 1839M apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris bagi kitabnya Rubaiyat .

Scene 39 (11m 51s)

Perkembangan Ilmu Aqli pada Zaman Khalifah Ummayah di Andalusia

1. Ilmu Falsafah

2. Ilmu Perubatan

3. Ilmu Sejarah

6. Ilmu Botani

5. Ilmu Astronomi

4. Ilmu Geografi

8. Ilmu Fizik

7. Ilmu Matematik

Scene 40 (12m 7s)

Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani dengan ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di Andalusia ketika masyarakat Eropah berada dalam Zaman Gelap . Karya-karya ilmiah dan falsafah didatangkan dari Timur dalam jumlah yang besar sehingga Cordova mempunyai perpustakaan dan universiti yang dapat menyaingi kemegahan Baghdad sebagai pusat ilmu .

1. Ilmu Falsafah

Scene 41 (12m 27s)

Tokoh falsafah terkemuka Andalusia ialah Said Ibn Fattuh dengan karyanya Shajarat al- Hikmah ( pohon ilmu ) yang berkisar tentang pengenalan ilmu falsafah manakala Ibn Hazm (994-1064M) melalui Kitab al- Taqrib li Hadd al- Mantiq wa al- Madkhal Ilayh . Ibn Tumlus (1164-1223M) telah menulis Kitab al- Madkhal li Sina ‘at- Mantiq ( pengenalan terhadap logik ) di mana kitab ini memberi satu pengenalan panjang lebar mengenai bidang falsafah dan kepentingannya di Andalusia. Abad ke-12M menyaksikan zaman keagungan ilmu falsafah di Andalusia. Ibn Bajjah atau Avempace (1095-1138M) terkenal dengan karya falsafahnya , Tadbir al- Mutawahhid . Beliau menulis huraian tentang logik,metafizik dan mengulas karya Aristotle.

Scene 42 (12m 58s)

Ibn Tufail (1105-1185M), ahli falsafah masyhur di Granada menghasilkan karya Hayy Ibn Yazqan yang menjelaskan evolusi manusia dari saat seorang itu dilahirkan sehingga mencapai usi a dewasa . Dalam karyanya , beliau memaparkan aliran-aliran pemikiran sezaman menerusi kaedah penceritaan . Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Belanda , Inggeris , Jerman dan Perancis . Ibn Rushd atau Averros (1105-1185M) merupakan ahli falsafah terkenal dari Cordova dan disanjung tinggi kerana usahanya mengharmonikan antara falsafah dan agama. Beliau menafsir dan memperkenalkan hasil karya Aristotle kepada dunia Barat. Karya falsafah beliau , Thafut al- Tahafut masih diguna pakai dan menjadi kajian di institusi pengajian tinggi Barat. Pengaruh Ibn Rushd yang meluas telh menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali sebagai Averoisme .

Scene 43 (13m 32s)

Ibn Zuhr (1094-1162M) merupakan ahli perubatan , pakar klinikal dan parasitologi paling terkenal pada zaman pertengahan . Beliau menekankan aspek pemerhatian dan uji kaji . Beliau doktor pertama yang menguji ubat-ubatan ke atas haiwan sebelum memberinya kepada manusia . Dianggap ahli parasitologi pertama kerana menerangkan tentang kudis dan hama gatal dengan mendalam . Beliau juga doktor pertama memberikan penerangan penuh mengenai pembedahan trakeotomi dan mempraktikkan pemberian makanan secara terus melalui tekak dalam kes-kes tertentu apabila pemberian makanan secara biasa tidk dapat dilakukan . Sebagai pakar klinikal , beliau menyediakan penerangan klinikal mengenai phthisis usus dan radang di bahagian tengah telinga . Beliau dianggap doktor muslim pertama berjaya memberi penjelasan tentang penyakit barah dalam perut dan rawatan penyakit pinggang .

2. Ilmu Perubatan

Scene 44 (14m 7s)

Ibn Zuhr menghasilkan banyak karya perubatan termasuk Kitab al- Taysir fi al- Mudawat wa al- Tadbir dan Kitab al- Aghaziyah yng diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Hebrew. Pengaruh Ibn Zuhr ke atas kemajuan sains perubatan kekal untuk berabad lamanya di seluruh dunia . Terdapat tokoh perubatan lain seperti Ahmad Ibn Ibas , pakar dalam bidang ubat-ubatan dari Cordova dan Umm al- Hasan Abi Ja ’ afar, pakar dalam bidang kedoktoran . Abu al- Qasim al- Zahrawi atau Abulcasis (936-1013M) iaitu doktor peribadi Khalifah al- Hakam II telah menulis sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al- Tasrif . Kitab ini menerangkan tentang pembedahan , pemotongan anggota badan serta pembedahan gigi dan mata . Karya beliau menjadi rujukan penting dalam bidang surgeri pada zaman pertengahan .

Scene 45 (14m 42s)

Ibn Rushd (1126-1198M) terkenal dalam bidang falsafah turut menghasilkan karya perubatan , antaranya al- Kuliyyat fi al- Tibb yang membicarakan tentang anatomi fisiologi , penyakit-penyakit,simptom-simptom serta rawatannya,ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan .

Scene 46 (14m 56s)

Ilmu sejarah antara bidang ilmu paling berkembang di Andalusia. Marwan Ibn Hayyan Ibn Khalaf (987-1075M) dilaporkan menulis tidak kurang 50 buah karya sejarah . Antaranya ialah al- Muqtabis fi Tarikh Rijal al- Andalus yang menceritakan sejarah tokoh-tokoh ilmuwan,para pemerintah dan umat Islam Andalusia sejak Andalusia dibuka hinggalah ke zamannya . Karya beliau , al- Matin terdiri daripada 60 jilid menyentuh semua aspek sejarah Andalusia pada zamannya . Abu al- Qasim Said Ibn Ahmad (1029-1070M) merupakan ahli sejarah terkenal di Andalusia. Karyanya , Tabaqat al- Umam yang menyentuh perihal cendekiawan Islam Andalusia manakala Jami al- Umam menerangkan sejarah pelbagai bangsa yang tinggal di Andalusia.

3. Ilmu Sejarah

Scene 47 (15m 29s)

Tokoh sejarah yang lain adalah Ibn Said al- Maghribi dengan karyanya Kitab al- Maghrib dan Abu al-Rashid dengan karyanya Kitab l- Mu’jib fi Talkhis al- Maghrib . Kedua-dua karya ini menceritakan sejarah pemerintahan Khalifah Muwahiddun di Andalusia. Ibn Hazm (994-1064M) menghasilkan karya Jamharah yang berkait dengan salasilah orang-orang Arab termsuk keluarga Nabi Muhammad SAW,para khalifah dan keluarga mereka . Ibn Idhari al- Marrakushi dengan karyanya al- Bayan al- Mughrib berkaitan Afrika Utara dan Andalusia.

Scene 48 (15m 53s)

Ilmu geografi penting atas sebab-sebab dan keperluan keagamaan , ketenteraan dan pemerintahan di samping semangat intelektual serta sifat ingin tahu tentang dunia . Bidang geografi dan sejarah saling berkaitan . Meskipun bidang geografi sangat dipengarui pandangan Ptolemy, namun ahli geografi muslim telah memberi sumbangan besar melalui pemerhatian dan pengkajian lanjutan . Antaranya , para sarjana geografi Islam Andalusia telah mengkritik dan menambah baik teori-teori Ptolemy dalam karya Almagest. Abad ke-11M merupakan zaman kegemilangan Andalusia dalam bidang geografi . Al- Bakri (1014-1094M) merupakan tokoh geografi terkenal Andalusia. Karyanya Kitab al- Masalik wa al- Mamalik merupakan sebuah penulisan berkenaan jalan-jalan yang ditempuhinya di setiap negeri dan maklumat tentang kerajaan yang memerintah . Karya beliau membantu memudahkan urusan penghantaran surat dan utusan rasmi kerajaan . Beliau turut menghasilkan sebuah kamus geografi bertajuk Mu’jam ma Isti’jam yang menerangkan nama-nama tempat yang berikatan dengan Semenanjung Arab. Kitab ini disusun mengikut abjad dan mengandungi pelbagai istilah geografi seperti gunung-ganang,sungai dan sebagainya .

4. Ilmu Geografi

Scene 49 (16m 38s)

Abdullah al- Hijari ( meninggal 1188M) melalu i karyanya Mushib menghuraikan tentang geografi kebudayaan dan gambaran umum tentang Andalusia. Al- Idrisi (1100-1165M) merupakan ahli geografi profesional . Beliau merupakan pencipta peta terpenting pada zaman pertengahan . Selama 350 tahun ahli geografi Barat hanya menyalin karya-karya yang dibuat oleh Al- Idrisi tanpa membuat sebarang perubahan . Sumbangan Andalusia yang terbanyak dalam bidang geografi adalah dari segi pengembaraan . Ibn Jubair (1145-1217M) yang terkenal dengan karyanya Rihlah Ibn Jubair yang menceritakn tentang perjalanannya dari Valencia ke Makkah . Antara tempat yang dilawatinya termasuklah Iskandariah , Cairo, Kufah , Baghdad, Aleppo, Damascus dan Sicily.

Scene 50 (17m 8s)

Bidang astronomi berkembang pesat di Andalusia apabila sarjana Islam berjaya mencipta alat-alat astrolab dan membolehkan bangsa Eropah menentukan saiz bumi dengan lebih tepat berbanding pengiraan dilakukan oleh ahli astronomi Greek. Sebuah sekolah astronomi di Andalusia telah dibangunkan Abu al- Qasim Maslama al- Majriti (950-1007M). Beliau menghasilkan karya tentang astrolab , arithmethik perdagangan dan daftar astronomi Khwarizmi. Di Andalusia, menara masjid digunakan sebagai tempat untuk melakukan pencerapan . Sebagi balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran Masjid Serville pada tahun 1190M.

5. Ilmu Astronomi