Penguasaan Intervensi Matematik Tahun 4 & 5 International Innovation and Innvention Challenge 2026 Dr. Ling Song Kai SK ST MARY SIBU SARAWAK

Published on
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

Penguasaan Intervensi Matematik Tahun 4 & 5 International Innovation and Innvention Challenge 2026 Dr. Ling Song Kai SK ST MARY SIBU SARAWAK.

Scene 2 (32s)

Pengenalan. Peningkatan pencapaian murid serta pencapaian objektif pengajaran guru bergantung kepada minat dan kefahaman murid dalam pembelajaran Matematik (Lesseig et al. 2016). Di samping itu, Lesseig et al. (2016) menegaskan pembelajaran secara interaktif dapat membantu murid yang berpencapaian rendah dalam menguasai permasalahan Matematik yang sukar. Oleh yang demikian, salah satu kaedah untuk melihat cara murid belajar, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah Matematik adalah menerusi penggunaan inovatif seperti Module Made4Math..

Scene 3 (1m 30s)

OBJEKTIF KAJIAN. Kajian ini adalah untuk memenuhi objektif-objektif berikut: Mengenal pasti tahap kefahaman murid terhadap pembelajaran Matematik. Menentukan hubungan kefahaman murid terhadap pembelajaran Matematik sebelum module dan selepas module..

Scene 4 (2m 0s)

TINJAUAN LITERATUR. Minat merujuk kepada tahap keseronokan apabila seseorang individu terlibat dengan sesuatu perkara dan pengetahuan yang bermakna diperoleh apabila murid seronok dan berminat dalam aktiviti pembelajaran (Hong et. al 2014). Di samping itu, kefahaman murid meningkat selepas menggunakan video dan teknologi dalam pembelajaran Matematik (Li, Snow & White 2015)..

Scene 5 (2m 40s)

METODOLOGI KAJIAN. Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada murid tahun empat dan lima di sebuah sekolah rendah di Sibu. Sarawak. Rasional pemilihan sampel dalam kalangan murid adalah kerana responden bakal menghadapi Ujian PBD dan Ujian Sumatif pada tahun 2025. Teknik persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini kerana hanya melibatkan responden murid tahun empat dan lima di daerah Sibu, Sarawak. Kajian yang menggunakan teknik persampelan bertujuan tidak menyelidik sebarangan orang tetapi memilih sampel yang dapat memberikan data berasaskan pengetahuan yang dimiliki (Noraini 2013)..

Scene 6 (3m 37s)

Hasil Kajian Jadual 1. Persoalan Kajian, Instrumen dan Kaedah Analisis Tahun 4.

Scene 7 (3m 58s)

Jadual 2. Persoalan Kajian, Instrumen dan Kaedah Analisis Tahun 5.

Scene 8 (4m 1s)

Perbincangan dan Kesimpulan. Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka tahap kefahaman murid terhadap pembelajaran Matematik menggunakan Modul Pembelajaran Interaktif M4M. Berdasarkan dapatan kajian, kajian ini telah berjaya merungkai persoalan-persoalan kajian yang disenaraikan. Tahap minat dan kefahaman murid terhadap pembelajaran Matematik Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Modul Pembelajaran Interaktif M4M telah berjaya meningkatkan minat dan kefahaman murid dalam pembelajaran Matematik..

Scene 9 (4m 2s)

Rujukan. Abdullah, A. H., Abidin, N. L. Z., & Ali, M. (2015). Analysis of Students’ Errors in Solving Higher Order Thinking Skills (HOTS) Problems for the Topic of Fraction. Asian Social Science, 11(21), 133. Abu, N. E. B., & Eu, L. K. (2017). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik , 2(1), 1-10. Abykanova, B., Nugumanova, S., Yelezhanova, S., Kabylkhamit, Z., & Sabirova, Z. (2016). The Use of Interactive Learning Technology in Institutions of Higher Learning. International Journal of Environmental and Science Education, 11(18), 12528-12539. Agyei, D. D., & Keengwe, J. (2014). Using technology pedagogical content knowledge development to enhance learning outcomes. Education and Information Technologies, 19(1), 155-171..