PENGAJIAN ISLAM (MPU23012) MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD FAAIZUL NAIM (04DPM20F2080 ) KELAS : DPM2C TAJUK: NIKAH MUT‘AH NAMA PENSYARAH: ROHANA BINTI ABDULLAH.
Maksud Nikah Mut'ah atau Kahwin Kontrak. Nikah mut'ah atau kahwin kontrak ialah nikah bertempoh . Ini jelas dari lafaz akad nikah mut'ah , menurut Imam Syiah Ja'afar Al- Sadiq , seperti berikut : " Aku berkahwinimu selama satu bulan atau satu tahun ." Kemudian , wanita itu menjawab , " Aku terima ." Itu adalah takrif perkahwinan muta'ah menurut jumhur ulama . Nikah mut'ah menyamai nikah biasa dalam beberapa perkara , seperti ada ijab-kabul dan mahar . Nikah Mut'ah juga berbeza dari nikah biasa dalam beberapa perkara , seperti tak perlu ada wali atau saksi . Nikah mut'ah pernah dibenarkan di zaman Rasulullah , tapi , menurut hadith, Rasulullah telah mengharamkannya selepas perang Khaibar . Oleh itu , baiklah nikah cara biasa , atau nikah siri ..
HUKUM NIKAH MUT‘AH. Golongan Syiah Al-Imam dua belas menganggap hukum nikah mut'ah sebagai sah dan mereka mengamalkannya sehingga hari ini ..
Nikah mut'ah dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah . Nikah mut ah juga diperdebatkan di dalam bidang fiqh ; ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk perkahwinan ini . Mut’ah dalam Syiah berpunca daripada ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman " seks bebas " di kalangan penganut-penganutnya . Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8 Syiah ) menyatakan bahawa Mut’ah itu tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram kepada orang yang jahil tentangnya ..
Dalam akad nikah mut'ah menurut golongan ini , tempoh nikah dan mahar hendaklah ditetapkan . Selain itu , ada beberapa syarat lain, seperti berikut : Pasangan perempuan . Bukan isteri orang. Bukan dalam iddah . Bukan seorang gadis , kecuali diizinkan walinya . Seorang wanita suci , bukan seorang pezina . Seorang Islam atau Ahli Kitab , bukan kafir . Pengakuan perempuan itu sendiri sudah memadai untuk menentukan status di atas ..
Wali dan saksi . Saksi dan wali tidak diperlukan . Mahar . Nilai mahar hendaklah sesuai dengan tempoh yang dipersetujui . Tempoh Iddah . Nikah mut'ah boleh disambung tempohnya dengan persetujuan kedua pasangan , tanpa iddah . Kalau mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas tempoh yang dipersetujui , maka perempuan yang terlibat perlu melalui tempoh iddah selama 2 kali suci ( atau 45 hari bagi perempuan yang sudah putus haid ), sebelum boleh mut'ah dengan lelaki lain . Jika hamil dalam Mut'ah . Anak yang lahir dalam mut'ah mempunyai hak yang sama dengan anak yang lahir dalam nikah biasa ..
KESIMPULAN. Sebagai kesimpulannya , tiada bezanya antara nikah Mut’ah dengan nikah biasa . Malah kedudukannya mungkin lebih rendah berbanding dengan nikah biasa jika kadar mas kahwin yang dipersetujui oleh pasangan jauh lebih kecil dengan bayaran yang diterimanya . Dalam maqasid al- Shariah yang ada antaranya ialah maruah , bukan nikmat atau keseronokan . Ini kerana syariat Islam adalah bermatlamatkan kemaslahatan umat Islam. Jika keseronokan menjadi tujuan utama , nescaya masyarakat akan menjadi rosak kerana implikasi yang berlaku sama sahaja dengan kesan yang timbul disebabkan aktiviti pelacuran . Apabila masyarakat rosak , maka rosaklah negara . Tentunya setiap dari kita boleh membayangkan situasinya jika negara kita rosak dan hancur ..