PENCEMARAN UDARA. NAMA : LAVENYA SREE A/P POOBALAN NO.ID : DTL1221062.
Pengenalan. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia , jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera . Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida , sulfur dioksida , kloroflorokarbon , bau-bauan , logam toksik seperti sisa radioaktif ..
Faktor-faktor Pencemaran Udara. Pembakaran Terbuka - Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah , sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan , sisa perladangan , sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan . Industri Perkilangan - Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik . Namun , ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida , hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar ..
Kesan-kesan Pencemaran Udara. Penipisan lapisan ozon - Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari . Pemanasan global - Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau . Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia..
Strategi dalam menangani Pencemaran Alam Sekitar.