Sains Bab 6: Jadual Berkala

Published on
Scene 1 (0s)

[Audio] Hai, semua! Salam sejahtera dan selamat pagi. Hari ini kita akan belajar tentang Sains Bab 6: Jadual Berkala iaitu Campuran.

Sains Bab 6 : Jadual Berkala

6.2 Campuran

Tingkatan 1

Scene 2 (13s)

[Audio] Dalam topik kali ini, kita akan belajar untuk Berkomunikasi mengenai contoh campuran dalam kehidupan harian. Menyelesaikan masalah untuk mengasingkan campuran melalui aktiviti berdasarkan perbezaan ciri bahan dengan kaedah fizikal.

Mari kita belajar..

Berkomunikasi mengenai contoh campuran dalam kehidupan harian. Menyelesaikan masalah untuk mengasingkan campuran melalui aktiviti berdasarkan perbezaan ciri bahan dengan kaedah fizikal.

Scene 3 (31s)

[Audio] Jom ingat semula! Apakah yang kita sudah belajar dalam 6.1 Pengelasan Unsur?

Jom ingat semula !

Scene 4 (40s)

[Audio] Dalam PdPR yang lalu, kita sudah belajar tentang unsur. Apakah itu unsur? Unsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis zarah sahaja. Sebgai contoh, baldi zink diperbuat daripada unsur zink dan pensel yang kita guna untuk menulis diperbuat daripada unsur karbon.

UNSUR

U nsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis zarah sahaja .

ooc ooc ooc

Scene 5 (1m 1s)

[Audio] Sebatian pula terdiri daripada dua atau lebih unsur yang terhasil daripada tindak balas kimia. Sebagai contoh, aluminium oksida yang terdiri daripada unsur aluminium dan unsur oksigen yang terikat secara kimia. Antara contoh yang lain adalah zink sulfida, besi klorida, gula, air dan garam.

SEBATIAN

Sebatian pula terdiri daripada dua atau lebih unsur yang terhasil daripada tindak balas kimia .

Scene 6 (1m 23s)

[Audio] Topik pembelajaran kita pada hari ini adalah campuran. Apakah kaitan antara unsur dan sebatian dengan campuran? Jom kita tengok contoh campuran dalam kehidupan harian.

Campuran ?

Scene 7 (1m 37s)

[Audio] Wah! Sedapnya! Kamu selalu minum dan makan ini? Jangan terlalu kerap ya, nanti kandungan gula dalam badan berlebihan boleh menyebabkan diabetes di usia muda. Baiklah, seperti kamu lihat ini adalah campuran pepejal dan cecair. Contohnya adalah ais batu campur (ABC), sirap bandung cincau dan smoothies.

Campuran pepejal dan cecair

Contohnya: ABC Sirap bandung cincau Smoothies

Ewan

USA 1996

Scene 8 (2m 4s)

[Audio] Campuran ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal. Senang mahu ingatkan? Sebatian terbentuk secara kimia, manakala campuran terbentuk secara fizikal.

Campuran ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal .

Scene 9 (2m 20s)

[Audio] Contoh lain bagi campuran dalam kehidupan harian kita adalah air laut dan udara.

Air laut

Udara

Scene 10 (2m 28s)

[Audio] Baiklah, contoh ini pula menunjukkan campuran yang terbentuk dan boleh diasingkan secara fizikal.

Sandwich

Salad

Scene 11 (2m 35s)

[Audio] Terdapat banyak contoh campuran dalam kehidupan harian kita. Termasuklah bagaimanakah bendasing dalam tepung boleh diasingkan? Kita boleh menapis bendasing dengan mengayak tepung tersebut seperti dalam gambar yang ditunjukkan.

Bagaimanakah bendasing dalam tepung boleh diasingkan?

Dengan mengayak tepung.

Scene 12 (2m 52s)

[Audio] Bagaimanakah kita boleh mengesan racun dalam makanan yang berwarna? Kita boleh mengesan racun dalam pewarna makanan yang digunakan melalui kaedah kromatografi. Sebenarnya, berapakah kaedah pengasingan yang ada?

Bagaimanakah kita boleh mengesan racun dalam makanan yang berwarna?

Dengan melakukan kaedah kromatografi.

Scene 13 (3m 8s)

[Audio] Teknik Pengasingan Campuran bergantung kepada 1. Sifat – sifat fizik dan keadaan jirim bahan – bahan yang terkandung dalam campuran. 2. Bahan yang hendak diperolehi.

02

01

Sifat – sifat fizik dan keadaan jirim bahan – bahan yang terkandung dalam campuran.

Bahan yang hendak diperolehi.

Teknik Pengasingan Campuran

Scene 14 (3m 23s)

[Audio] Sila tonton video youtube ini untuk melihat kaedah – kaedah pengasingan.

Sila tonton video youtube ini untuk melihat kaedah – kaedah pengasingan: https://youtu.be/6yLSoVCDoYg?t=191

Sila tonton video youtube ini untuk melihat kaedah – kaedah pengasingan: https://youtu.be/6yLSoVCDoYg?t=191