ALY 64. NAAVIN 10DKM20F2066. ROSHAN 10DKM20F2068.
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT. NILAI MASYARAKAT MALAYSIA (MPU 23042 ) TAJUK : TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT.
Video Tanggungjawab Individu Terhadap Masyarakat.
Soalan Video Tanggungjawab Individu Terhadap Masyarakat.
Jawapan Video Tanggungjawab Individu Terhadap Masyarakat.
Tanggungjawab Individu terhadap Masyarakat. Masyarakat Madani Greatnesia.
1) Menjaga Kebajikan Golongan Remaja. Masyarakat yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat . Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja yang merancang dan menyusun pelbagai aktiviti seperti kem motivasi dan program jati diri untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja ..
2) SEMANGAT BERGOTONG-ROYONG. Kita hendaklah mengadakan aktiviti gotong-royong secara kerap . Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan . Apabila berkumpul dan berbincang , mereka akan dapat mengenali antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat . Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta ”. Sebagai contoh , aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong -royong ialah membersihkan kawasan taman , menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara , dan sebagainya . Melalui cara ini , kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran ..
3) Budaya Kunjung-Mengunjungi. Kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan . Dalam hidup bermasyarakat , kita digalakkan menziarahi jiran kita . Melalui aktiviti ini , kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita . Sebagai contoh , kita perlu m elawat ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan . Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya , namun sebagai jiran , kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri , paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi , kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita . Jadi, melalui lawatan kita itu , sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu ..
Bertegur Sapa Dengan Jiran. 4) Amalan Bertegur Sapa.
5)Tanggungjawab individu terhadap masyarakat. • Tanggungjawab adalah sikap dan perilaku seseorang untuk melaksanakan tugas dan kewajibannya , yang seharusnya dia lakukan , baik terhadap diri sendiri , keluarga , masyarakat , lingkungan ( alam , sosial , dan budaya ), negara. • Mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. • Generasi muda dapat meneruskan pembelajaran di luar negara. • Mengadakan hubungan baik dengan masyarakat dan jiran . • Mengadakan kempen kesedaran untuk rakyat Malaysia. • Mewujudkan kerjasama antara masyarakat dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan setiap kaum di dunia..
Kesimpulan. Secara kesimpulannya , kita dapati bahawa setiap individu yang di atas muka bumi harus melaksanakan segala tanggungjawab yang penting terhadap diri sendiri , keluarga , masyarakat dan negara dengan tepat dan teliti untuk menjamin segala kebahagian dalam kehidupan mereka sendiri dan dalam kehidupan orang lain. Seandainya kita mengabaikan dan tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga , masyarakat dan negara, maka akan timbul pelbagai masalah social yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat seluruhnya di samping wujud penyesalan dalam diri sendiri ..
Cadangan dan Pandangan. Kita seharusnya melaksanakan tanggungjawab kita dengan berkesan berlandaskan nilai murni dan etika di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh agama, budaya masing-masing serta negara. Tanggungjawab juga haruslah selaras dengan aspirasi utuk mewujudkan sebuah keluarga , masyarakat dan negara yang bermoral sepenuhnya supaya segala matlamat dapat dicapai . Kita mestilah sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan hidup dalam keadaan aman dan damai , harmoni dan sejahter a Melalui melaksanakan segala tanggungjawab , kita juga boleh membaiki diri kita . Contohnya dapat menanamkan disiplin yang tinggi dalam diri kita . Selain itu , kita juga boleh mengahargai waktu kita dan dapat menghabiskan masa lapang kita dengan perkara-perkara yang sangat berguna selaras dengan peribahasa masa itu emas . Seterusnya orang lain juga akan percaya dengan kita jika kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan tepat dan kita akan berpandamg tinggi oleh orang ramai . Dengan ini kita boleh simpulkan bahawa melalui melaksanakan segala tanggungjawab dengan tepat dan teliti hanya bukan satu perkara yang dapat menolong orang lain tetapi dapat membantu diri sendiri untuk kearah yang lebih cemerlang ..
QUIZZIZ. https://quizizz.com/admin/quiz/619c541839a109001d61da73.
SOALAN. Adakah tanggungjawab terhadap masyarakat penting bagi setiap individu ? Bagaimanakah seorang boleh menjadi individu yang bertanggungjawab ? Perbuatan yang manakah boleh menjadikan seseorang untuk menjadi individu yang bertanggungjawab ? Nyatakan cara melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat Aktivii dibawah menunjukkan individu masyarakat yang bertanggungjawab kecuali ?.
JAWAPAN. Betul Disiplinkan diri sendiri Menolong Bercakap benar Membuang sampah di tempat awam.