Mpu 3372 kesenian islam seni anyaman mengkuang. NAMA : MUHAMMAD AFIQ AKMAL BIN ALIAS KURSUS : BBA NO. MATRIX : [email protected] FAKULTI : FAKULTI PENGURUSAN PENSYARAH : MADAM NORZAINIAKMAR BINTI OMAR.
PENGENALAN. Menganyam ialah proses menjalin helaian atau jaluran daun mengkuang atau daun pandan yang telah diproses mengikut tatacara tertentu . Seni anyaman ini telah terkenal sejak zaman dahulu lagi dalam masyarakat melayu terutamanya di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka. Corak anyaman umumnya disebut kelarai dan dirujuk sebagai ragi khususnya . Ia dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan , iaitu sebagai suatu ciri perhiasan . Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas ( menyeluruh ) atau disusun di dalam ruangan tertentu . Susunan menegak ( kelarai berdiri ), susunan sendeng ( kelarai serong ) manakala untuk hiasan pinggir atau birai tepi pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung atau nama yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan lain seperti kangkung dan sebagainya ..
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semulajadi . Dalam kalangan masyarakat melayu , motif tumbuhan menjadi pilihan utama . Daripada bentuk bunga , terdapat kelarai bunga atur , berembang , cengkih dan cengkih beranak , bunga cina , bunga durian, bunga kundur , bunga pecah lapan , bunga tanjung , bunga telur dan bunga rumput . Unsur-unsur tumbuhan lain termasuk akar , pucuk ( rebung ) dan tampuk ( jantung pisang , manggis , pinang ). Unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan seperti siput , kepala gajah , mata berkait , tapak anjing dan tapak harimau . Kelarai juga terdapat dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ikan , serangga dan unggas . Unsur ini amat jarang diterapkan kerana amat sukar untuk membentuknya dan memerlukan kemahiran yang tinggi bagi penganyamnya ..
Di Telok Bakong , anyaman jenis ragi atau kelarai bentuk bebas , seperti kelarai belah ketupat , kelarai kisar mengiri , kelarai beras patah dan kelarai madu manis . Perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan . Ia juga menetukan saiz sesuatu corak yang dihasilkan . Untuk menyerlahkan kelarai , bilah-bilah akan dicelupkan ke dalam dua warna agar tampak lebih menarik . Misalnya , kuning dan hijau , merah dan ungu atau putih dan perang . Bilah-bilah daun mengkuang berwarna yang dianyam tindih-menindihdan berselang-seli akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan ..
Peringkat anyaman. LAGANG. ANYAMAN. PEPEH/LEPIH. Merupakan asas atau tulang belakang kepada rekabentuk anyaman tikar mengkuang serta juga dapat menentukan panjang dan bentuk anyaman . Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan ‘ corak ’..
Peringkat anyaman. SISIP. KERAT. Hujung daun dipotong serong dan masukkan ke dalam bilah anyaman atau disisip supaya kelihatan kemas dan tidak terurai dari anyaman ..
Motif Kelarai Abstra k Kel.arai Tarnpuk Kelarai Mak Manggis i Bunga Kelarai Cik Kedah Kelarai Jari Kedidi Tapak Anji ng Kelarai Bunga Cina Kelarai Cik Kedah Kelarai Mata Køtitir Be raka r Kelarai Ernpat Kelarai Bunga Pec.ah KelaraE Sarnbas.