KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DI ERA PANDEMIK COVID-19 : ANALISIS SOAL SELIDIK DARIPADA ALUMNI

Published on
Scene 2 (8s)

MALAYSIA TVET ON RESEARCH via EXPOSITION 2021

KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DI ERA PANDEMIK COVID-19 : ANALISIS SOAL SELIDIK DARIPADA ALUMNI

Nor Syahadataini Binti Awang | Noriah Binti Razali | Aida Azmila Binti Azmi Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi , Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

A person with a pink head scarf Description automatically generated with low confidence

A person with pink hair Description automatically generated with low confidence

A person wearing a pink head scarf Description automatically generated with medium confidence

Scene 3 (37s)

Kandungan

Pengenalan Sorotan Kajian Metodologi Kajian Dapatan Kajian Kesimpulan

Scene 4 (51s)

Penularan wabak COVID-19 memberi kesan yang sangat besar kepada Malaysia kerana semua sektor ekonomi seperti perindustrian , penerbangan , pelancongan dan perkhidmatan ditutup dan dilakukan sekatan ke atas pengoperasiannya menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan diarah bercuti tanpa gaji .

Kebolehpasaran graduan adalah merujuk kepada graduan yang mendapat pekerjaan , menjadi usahawan , melanjutkan pengajian , meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pada tahun konvokesyen ( JPPKK, 2018 ).

Kebolehpasaran graduan juga merujuk kepada kebolehan seseorang graduan untuk menguasai pelbagai kemahiran sama ada teknikal atau insaniah bagi menempatkan diri mereka dibidang pekerjaan yang diingini dan pihak majikan dapat merasakan dengan kehadiran mereka mampu memberi pesaingan dan nilai tambah kepada kemajuan organisasi ( Enah , Ridzwan , Mohd Adib , & Mohd Azlan , 2018).

1

Pengenalan

Scene 5 (1m 45s)

Mengikut Laporan Kajian Pengesanan Graduan PSMZA, bagi Program Diploma Teknologi Maklumat, kadar kebolehpasaran graduan selepas tamat pengajian pada tahun 2018 adalah 96%. Peratusan kebolehpasaran graduan bagi Program Diploma Teknologi Maklumat meningkat ke 97% di tahun 2019 manakala mengalami penurunan kepada 94 % pada tahun 2020.

Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 18 Mac 2020, semua pekerja sektor awam dan swasta terpaksa bekerja dari rumah kecuali untuk mereka yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.

Banyak aplikasi dan perisian terkini telah dicipta untuk memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu melibatkan banyak pergerakan fizikal .

Untuk terus kekal berdaya saing seharusnya graduan Diploma Teknologi Maklumat perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran penggunaan aplikasi dan perisian yang dapat membantu mereka menguruskan tugasan harian sepanjang tempoh bekerja dari rumah di norma baharu ini .

Scene 6 (2m 53s)

Penyataan Masalah

Menentukan kadar kebolehpasrasan G raduan Diploma Teknologi Maklumat .

Mendapatkan ketepatan maklumat diterima dan pengumpulan data yang lebih sistematik dijalankan . Platform Google form digunakan .

Pengumpulan maklumat alumni yang diperlukan oleh Malaysian Digital Economy Corporation(MDEC) bagi meneruskan pensijilan semula pengiktirafan sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang bertaraf Primer Digital Tech IHL (PDTI ).

Scene 7 (3m 29s)

Objektif Kajian

Mengenal pasti kebolehpasaran graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di era pandemik COVID-19 melalui analisis soal selidik alumni.

Scene 8 (3m 47s)

Kajian ini adalah untuk melihat sama ada graduan Diploma Teknologi Maklumat yang dihasilkan mampu berdaya saing di era pandemik COVID-19 ataupun sebaliknya . Hasil dapatan kajian ini adalah bagi mendapatkan input penambahbaikan kualiti program Diploma Teknologi Maklumat supaya graduan yang akan memasuki alam pekerjaan di pasca COVID-19 nanti telah dilengkapkan dengan kemahiran yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan industri .

Kepentingan Kajian

Scene 9 (4m 19s)

2

Sorotan Kajian

COUID-IÉ CORONAVIRU

Pandemik Covid-19

Faktor Kebolehpasaran Graduan

Scene 10 (4m 27s)

Berdasarkan Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia (2020), coronavirus merupakan sejenis virus yang boleh mengakibatkan jangkitan saluran pernafasan . Pandemik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) merupakan wabak penyakit yang disebarkan dengan begitu meluas ke seluruh wilayah, benua atau dunia. Semua sektor mendapat kesan yang buruk ekoran daripada pandemik ini . Sektor ekonomi telah beralih kepada komunikasi dalam talian bermula daripada aspek pengurusan dan pentadbiran hingga kepada urusan perniagaan

Pandemik Covid-19

Scene 11 (5m 6s)

Ciri-ciri kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran komunikasi , kemahiran menggunakan teknologi , kemahiran merancang & mengelola aktiviti , kemahiran bekerja dalam kumpulan , kemahiran menyelesaikan masalah , kemahiran mengurus , memilih dan menganalisa maklumat . ( Azyani , Sheerad , & Aida Hanim , 2019) Teknologi ialah merujuk kepada alat yang digunakan dalam penyelesaian tugas pekerja di mana ia dikaitkan dengan sistem informasi dan pengkomputeran (Wan Idros , Noorzihidayah , Ali, & Maizatul Haizan , 2017). Kemahiran penggunaan teknologi maklumat oleh graduan perlulah menepati kehendak majikan ( Zaliza , Yong, Zuraifah , & Tee, 2018).

F aktor Kebolehpasaran Graduan

Scene 12 (5m 58s)

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd Azilan, Ramlee, & Roszelina (2018), nilai kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran yang paling dikuasai oleh pelajar kolej kemahiran. Menurut Azyani et al. (2019) lagi , kemahiran mengurus , memilih dan menganalisa maklumat dalam era teknologi masa kini , dengan sumber maklumat yang sangat mudah diperolehi di mana para graduan perlu mengetahui kemahiran mencari sumber maklumat bercetak dan elektronik ( buku , Google dan Internet) sebagai sumber rujukan agar berupaya mencari dan mengolah maklumat yang tepat . Menurut Zaliza et al. (2018) pula, industri memerlukan graduan yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah namun graduan pada hari ini didapati mempunyai kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang tidak selari dengan kehendak majikan dan industri sekaligus menunjukkan keupayaan graduan masih di tahap sederhana.

F aktor Kebolehpasaran Graduan

Scene 13 (6m 57s)

3

Metodologi Kajian

Bentuk kajian Kajian tinjauan berbentuk deskriptif . Tujuan kajian Mengenalpasti kebolehpasaran Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di era pandemik COVID-19 melalui analisis soal selidik alumni. Kaedah pemilihan responden Menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu melibatkan alumni bagi tahun 2018-2020.

Scene 14 (7m 21s)

Instrumen Kajian

Soal selidik dilaksanakan dengan menggunakan platform Google Form bagi mengumpul maklumat alumni berkaitan : pekerjaan ciri-ciri kemahiran kebolehgajian .

Cómo crear una encuesta en Google? -

Soal selidik terdiri kepada tiga bahagian iaitu : Bahagian A: Maklumat Demografi Responden Bahagian B: Soal Selidik tahap pencapaian hasil pembelajaran mengikut ciri-ciri kemahiran kebolehgajian . Bahagian C: Kesan Pandemik COVID – 19 kepada graduan .

0990

Scene 15 (7m 35s)

4

Dapatan Kajian

Bahagian A Maklumat latar belakang responden (121 orang responden ). Bahagian B Tahap pencapaian hasil pembelajaran mengikut ciri-ciri kemahiran kebolehgajian Bahagian C Kesan Pandemik COVID – 19 kepada graduan

Scene 16 (7m 59s)

Analisis Latar Belakang Responden Responden yang menjawab kaji selidik 121 orang. Majoriti responden yang menjawab soal selidik ini terdiri daripada graduan yang tamat pengajian pada tahun 2018 iaitu 56 orang . Dapatan kajian menunjukkan majoriti daripada alumni telah bekerja dengan peratusan sebanyak 61.2% iaitu 52.1% berkerja dengan majikan manakala 9.1% adalah berkerja sendiri .

Cómo crear una encuesta en Google? -

Maklumat Latar Belakang Responden Pilihan Bilangan Peratusan (%) Jantina Lelaki 48 39.7 Perempuan 73 60.3 Tahun tamat pengajian 2018 56 46.3 2019 45 37.2 2020 20 16.5 Status Pekerjaan Bekerja 63 52.1 Bekerja sendiri 11 9.1 Melanjutkan pelajaran 31 25.6 Tidak bekerja 16 13.2 Pengalaman Kerja 3-5 tahun 10 8.3 Kurang dari 3 tahun 63 52.1 Lebih dari 5 tahun 1 0.8 Tiada 47 38.8 Pendapatan RM1000 ke bawah 12 9.9 RM1001-RM2000 51 42.1 RM2001-3000 7 5.8 RM3001-RM4000 2 1.7 RM4001 ke atas 2 1.7 Tiada 47 38.8

Scene 17 (8m 35s)

Tahap Pencapaian Hasil Pembelajaran mengikut Ciri-Ciri Kemahiran Kebolehgajian . Dapatan ini diperolehi daripada 74 orang responden yang telah berkerja . Item yang mendapat skor min yang paling rendah adalah berkait dengan kemahiran mengurus , merancang dan mengelola aktiviti . Ini kerana mereka memerlukan pengalaman yang lebih luas dalam memimpin sesuatu organisasi .

Cómo crear una encuesta en Google? -

Item Kekerapan Peratusan (%) Skor Min SS S TS STS Saya menggunakan pengetahuan asas penggunaan komputer dan matematik yang telah didedahkan semasa pengajian di politeknik dalam urusan seharian kerjaya . 41.89 48.65 6.76 2.70 2.88 Saya memerlukan kemahiran dalam bidang IT dalam kerjaya sekarang. 40.54 45.95 9.46 4.05 3.23 Saya mampu menggunakan teknologi yang sangat baik untuk urusan kerja saya . 50.00 44.59 1.35 2.70 3.39 Saya berupaya membuat keputusan dan pertimbangan terhadap sesuatu situasi dengan efektif . 41.89 51.35 2.70 1.35 3.28 Saya mampu menunjukkan motivasi dengan hasil kerja yang baik serta merangsang ahli kumpulan / individu 43.24 50.00 4.05 0.00 3.31 Saya mampu untuk menjadi ketua yang professional untuk mencapai matlamat organisasi . 28.38 55.41 13.51 0.00 1.39 Saya mempunyai hubungan yang amat baik dengan rakan sekerja , institusi , kumpulan kerja dan komuniti di tempat kerja . 62.16 32.43 1.35 2.70 3.51 Saya sentiasa mempengaruhi , memotivasi dan memberi inspirasi yang sepenuhnya kepada individu atau kumpulan . 41.89 48.65 6.76 1.35 3.28 Saya berkebolehan menyampaikan idea dengan sangat jelas , petah dan menyakinkan kepada organisasi . 36.49 52.70 8.11 0.00 3.20 Saya berkebolehan menulis idea dengan sangat jelas, baik dan sistematik. 35.14 48.65 12.16 0.00 3.11

Scene 18 (9m 0s)

Kesan Pandemik COVID-19 kepada Graduan . Graduan yang terjejas pendapatan akibat wabak COVID – 19 adalah 57%. Manakala dapatan 43% graduan yang tidak terjejas pendapatan adalah majoriti daripada kalangan graduan yang menyambung pengajian dan tidak berkerja . Daripada hasil dapatan ini , telah terbukti bahawa majoriti graduan adalah terkesan dengan pandemik COVID-19 ini .

Cómo crear una encuesta en Google? -

Tidak Ya 52 69

Scene 19 (9m 25s)

5

Kesimpulan

Secara kesimpulanya kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu pihak Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dalam mengenalpasti kebolehpasaran graduan JTMK pada era pendamik COVID-19.

G raduan terpaksa diberhentikan kerja sehingga menyebabkan pendapatan mereka terjejas . Pendapatan bulanan graduan dikurangkan sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan seharian . Graduan JTMK, PSMZA terkesan dengan pandemik COVID –19.

Scene 20 (9m 55s)

5

Kesimpulan ( samb …)

Graduan disarankan untuk lebih kreatif dalam mencari peluang pekerjaan . Perniagaan atas talian yang mendapat permintaan yang tinggi menyebabkan munculnya peluang pekerjaan baharu dalam perkhidmatan dan kurier .

Kesan daripada pendamik COVID-19 menghadkan segala aktiviti secara fizikal termasuklah membeli belah pada masa ini . Graduan JTMK boleh menggunakan kemahiran penggunaan teknologi digital selari dengan bidang pembelajaran . Graduan perlu mempersiapkan diri dan sentiasa peka akan perkembangan teknologi terkini dengan menguasai kemahiran dalam penggunaan aplikasi serta perisian yang dapat membantu dalam menjalankan tugas-tugas harian .

Scene 21 (10m 24s)

5

Kesimpulan ( samb …)

'"iiiäÄliiiiÄi

Graduan yang mempunyai kemahiran dan kompetensi , mempunyai suatu kelebihan dalam kebolehpasaran pekerjaan . Graduan perlu berusaha untuk mengadaptasi situasi semasa dengan mengenal pasti kemahiran-kemahiran baharu yang diperlukan oleh industri . Graduan perlu menonjolkan keunikan kepakaran bidang mereka sebagai nilai tambah untuk dipilih sebagai pekerja . Graduan perlu mengambil peluang untuk memperkayakan pengetahuan dengan sumber-sumber terbuka menerusi program latihan dalam talian .

ASPIRASI GURU — Frog Teacher Awards 2019

Pengetahuan Ikon Buku gambar unduh gratis_imej 500369838_Format JPG_my.lovepik.com

Scene 22 (10m 58s)

MALAYSIA TVET ON RESEARCH via EXPOSITION 2021

Sekian ,

Terima Kasih