LAPORAN PROJEK INOVASI IDEA MM 2026

Published on
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

[Audio] LAPORAN PROJEK iDEA'26 KATEGORI BIDANG TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK TAJUK PROJEK : SMART BMI NAMA KUMPULAN : CREWZSTUDIO NAMA AHLI KUMPULAN 1. MUHAMAD AMIN BIN MOHD NORDDIN – KETUA KUMPULAN 2. ADAM AZREN TEGJEU BIN JEFERY JOSEPH 3. ABDUL WAFI SOBIR BIN MOHD NOR PENASIHAT PROJEK MOHAMAD SAIFUDDIN BIN MAT ALI NAMA SEKOLAH/ IPT/ ILK INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA(IKBN) KEMASIK i.

Scene 2 (40s)

[Audio] Visi Kami beraspirasi untuk mencipta produk yang berkualiti, selamat dan mesra pengguna untuk menembusi pasaran dunia. Misi Mencipta satu produk daripada peralatan yang berkualiti dan mampu membantu menjimatkan masa bagi memudahkan urusan seharian. Logo Kumpulan Ahli Kumpulan MUHAMAD AMIN BIN MOHD NORDDIN KETUA KUMPULAN ADAM AZREN TEGJEU BIN JEFERY JOSEPH AHLI ABDUL WAFI SOBIR BIN MOHD NOR AHLI Penasihat Projek MOHAMAD SAIFUDDIN BIN MAT ALI ii.

Scene 3 (1m 23s)

[Audio] ISI KANDUNGAN LAPORAN PROJEK REKA CIPTA/ INOVASI 1. SINOPSIS/ RINGKASAN PROJEK 2. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG 3. OBJEKTIF REKA CIPTA/ INOVASI 4. KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN 5. METODOLOGI DAN PROSES PELAKSANAAN i. Peralatan/ mesin yang digunapakai ii. Senarai komponen/ bahan yang terlibat iii. Reka bentuk/ lakaran/ simulasi/ CAD iv. Pemasangan/ penghasilan v. Perbandingan proses sebelum dan selepas (JIKA ADA) 6. APLIKASI KREATIVITI & INOVASI (NYATAKAN) i. Produk/ projek; atau ii. Proses; atau iii. Penggunaan Teknologi IR4.0 7. IMPAK REKA CIPTA/ INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN 8. PENGIKTIRAFAN YANG TERIMA (JIKA ADA) 9. SUMBER DAN IMPLIKASI KEWANGAN (JIKA ADA) 10. RUMUSAN DAN PENUTUP 11. LAMPIRAN (APPENDIX) i. Lukisan Teknikal ii. Graf iii. Testimoni iv. Gambar dan lampiran berkaitan. iii.

Scene 4 (2m 52s)

[Audio] 1. SINOPSIS/ RINGKASAN PROJEK SMART BMI ialah peralatan sistem pemantauan kesihatan automatik yang direka khas untuk mengukur berat badan, ketinggian dan mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) badan manusia secara cepat dan efisien. Sistem ini menggunakan gabungan Arduino ESP32, load cell dan sensor ultrasonik untuk memperoleh data fizikal pengguna secara automatik. Alat ini berfungsi dengan load cell untuk mengukur berat badan dan sensor ultrasonik untuk menentukan ketinggian pengguna. Data berat dan ketinggian diproses oleh Arduino ESP32 untuk mengira BMI secara automatik. Semua maklumat ini dipaparkan pada skrin LCD, memudahkan pengguna untuk mendapatkan bacaan dengan segera. Dengan reka bentuk yang ringkas dan mesra pengguna, Smart BMI sesuai digunakan di mana sahaja terutama di institut kesihatan, pejabat, rumah untuk tujuan pemantauan fizikal berkala. Projek ini diharapkan dapat mempermudah proses pemeriksaan asas, meningkatkan kecekapan saringan kesihatan, dan menyokong pengurusan data fizikal bagi memastikan kesejahteraan individu. 2. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG Pengukuran berat dan tinggi adalah dua aspek yang berbeza namun penting dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan, dan keselamatan. Dalam konteks kesihatan, pengukuran yang tepat terhadap berat dan tinggi seseorang individu adalah penting untuk menilai kesihatan umum. Namun, kaedah konvensional untuk mengukur ketinggian seperti pita ukur atau alat manual lain sering kali menghasilkan data yang kurang tepat dan konsisten. Selain itu, pengukuran berat dan tinggi biasanya dilakukan secara berasingan, yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha, serta meningkatkan risiko kesilapan manusia. Dengan kemajuan teknologi, terdapat keperluan untuk membangunkan alat pengukuran yang lebih efisien, tepat, dan mudah digunakan untuk mengukur kedua-dua berat dan tinggi secara serentak. Sensor ultrasonik, yang biasanya digunakan untuk mengukur jarak, menawarkan satu penyelesaian inovatif iv untuk mengukur ketinggian dengan ketepatan yang tinggi. Apabila.

Scene 5 (5m 32s)

[Audio] digabungkan dengan load cell untuk pengukuran berat, Alat pengukuran ini dapat menyediakan cara yang lebih efisien dan tepat untuk mengukur keduadua parameter penting ini. Projek ini bertujuan untuk membangunkan satu alat yang mampu memberi bacaan BMI badan manusia segera dengan mengukur berat dan tinggi serentak dengan menggunakan sensor ultrasonik dan load cell. Alat pengukuran ini akan direka untuk memberikan hasil pengukuran yang dapat digunakan dalam pelbagai aplikasi. Di samping itu, alat pengukuran ini akan dilengkapi dengan antara muka yang mesra pengguna untuk memudahkan interpretasi data oleh pengguna akhir. 3. OBJEKTIF REKA CIPTA/ INOVASI 3.1 Merekabentuk alat pengukuran BMI secara automatik menggunakan kawalan Arduino. 3.2 Menghasilkan alat pengukuran BMI yang dilengkapi dengan fungsi pengukuran berat badan dan tinggi dengan harga yang lebih murah, kurang daripada harga pasaran. 3.3 Menghasilkan alat pengukuran tinggi, berat badan dan BMI yang mampu mengukur dengan cepat dibawah 20 saat. 4. KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN Kumpulan sasaran merujuk kepada individu atau pihak yang akan menggunakan dan menerima manfaat langsung daripada alat ini iaitu individu/orang awam sebagai pengguna yang ingin memantau kesihatan fizikal secara kendiri di rumah, kakitangan pejabat iaitu pekerja yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan berkala di tempat kerja untuk menyokong gaya hidup sihat, pesakit/pelawat di Institut Kesihatan iaitu individu yang memerlukan saringan kesihatan asas (berat, tinggi, BMI) dengan cepat sebelum berjumpa doktor atau untuk rekod peribadi dan Pengurus Data Kesihatan iaitu pihak yang memerlukan kecekapan dalam pengumpulan data fizikal individu bagi tujuan rekod atau analisis kesejahteraan. v.

Scene 6 (7m 44s)

[Audio] Skop liputan pula merujuk kepada had, fungsi teknikal dan lokasi di mana projek ini diaplikasikan. Projek ini mengukur berat badan menggunakan load cell, mengukur ketinggian menggunakan sensor ultrasonik, memproses data melalui Arduino ESP32, mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) secara automatik dan seterusnya memaparkan maklumat secara visual melalui skrin LCD. Kawasan Liputan (Lokasi Penggunaan) meliputi Institut Kesihatan seperti klinik, hospital, atau pusat saringan komuniti. Bagi kegunaan di pejabat pula seperti di ruang kerja atau gimnasium syarikat. Projek ini sangat senang digunakan di rumah bagi penggunaan domestik untuk pemantauan peribadi secara berkala. Melalui projer Smart BMI untuk sangat memudahkan pemeriksaan asas, meningkatkan kecekapan saringan, dan menyokong pengurusan data fizikal individu secara digital (automasi). vi.

Scene 7 (8m 54s)

[Audio] 5. METODOLOGI DAN PROSES PELAKSANAAN Dalam menghasilkan projek SMART BMI ini, satu perancangan kerja telah kami lakukan dan perlaksanaan adalah berpandukan perancangan yang telah dibuat. i. Peralatan/ mesin yang digunapakai Jadual 1 : Senarai peralatan membuat projek Bil Komponen Kuantiti Gambar 1 Soldering Iron + soldering 1 set lead + soldering paste 2 Screw Driver 1 3 Hand grinder machine 1 set 4 Cutter 1 5 Pita pengukur 1 6 Test pen 1 vii.

Scene 8 (9m 49s)

[Audio] ii. Senarai komponen/ bahan yang terlibat Jadual 2 : Senarai komponen utama projek beserta fungsi Bil Komponen Kuantiti Gambar Fungsi Litar kawalan utama yang 1 Arduino ESP32 1 mengawal semua komponen dan memproses data dari sensor. 1 Ukur ketinggian. Mengira 2 Sensor Ultrasonic jarak antara sensor dan kepala pengguna. 3 Load Cell 4 biji Ukur berat badan. Menukarkan tekanan (berat) kepada isyarat elektrik. Alat bagi penyambungan 4 Adaptor 1 bekalan tenaga elektrik kepada keseluruhan sistem. 1 Litar bagi menguatkan 5 Hx711 Amplifier Module isyarat load cell. Supaya data berat boleh dibaca oleh ESP32. 1 Paparkan maklumat. 6 LCD Display 2004 I2C Menunjukkan bacaan berat & tinggi dan BMI kepada pengguna. 7 Dupont untuk menyambung 1 Cable komponen elektronik dengan (female cepat dan to Male) mudah. 8.

Scene 9 (11m 29s)

[Audio] Bil Komponen Kuantiti Gambar Fungsi 8 LED Light 4 LED digunakan sebagai indikator tahap BMI pengguna. Kotak untuk letakkan litar 1 kawalan dan LCD. 9 PVC JUNCTION BOX 12 X 16CM Buat kerangka tapak 10 BESI HOLO 1 X 1 2 batang projek dan tiang bagi mengukur tinggi. 1 Untuk membuat tapak projek. 11 PAPAN PLYWOOD 50 X 50 1 Untuk membalut kabel 12 HEAT SHRINK TUBE 5mm bagi kekemasan dan keselamatan. 1 Tapak letak sensor. 13 CASING SENSOR ULRASONIC 14 SKRU Untuk memasang 1 pek kerangka projek. Untuk memasang 15 BLIND RIVET 1 pek kerangka projek. 9.

Scene 10 (12m 55s)

[Audio] Bil Komponen Kuantiti Gambar Fungsi 16 CABLE TIE 1 pek Untuk mengikat semua kabel bagi nampak kemas. Untuk memasang 17 SKRU 5MM 1 pek bahagian projek. Untuk membuat tapak 1 projek. 18 STAINLESS STEAL PLATE 30 X 30 iii. Reka bentuk/ lakaran/ simulasi/ CAD Berikut reka bentuk projek Smart BMI Rajah 1 : Gambarajah pandangan atas produk 10.

Scene 11 (13m 41s)

[Audio] Rajah 2 : Gambarajah pandangan sisi produk Rajah 3 : Gambarajah padangan hadapan produk 11.

Scene 12 (13m 51s)

[Audio] Rajah 4 : Gambarajah padangan keseluruhan produk 12.

Scene 13 (13m 59s)

[Audio] Rajah 5 : Gambarajah litar skematik projek Smart BMI.

Scene 14 (14m 6s)

[Audio] iv. Pemasangan/ penghasilan Membuat lakaran projek untuk memastikan rekabentuk terbina. Rekabentuk ini akan menggabungkan sistem pengukuran tinggi dan berat secara automatik menggunakan sensor serta sistem pengiraan BMI. Lakaran telah dihasilkan menggunakan perisian SketchUp 2024 bagi memastikan setiap komponen disusun dengan tepat dan praktikal. Pada masa yang sama, proposal pertama ditunjukkan untuk dibentangkan kepada penyelia projek. Rajah 6 : Gambarajah aktiviti membuat lakaran projek Proses penandaan perlu dibuat mengikut susunan dan kedudukan komponen seperti sensor dan paparan skrin berdasarkan lakaran projek yang telah dibuat. Kawalan kualiti perlu memastikan setiap penandaan adalah tepat bagi memudahkan proses pemotongan. Penandaan ini penting bagi memastikan pemotongan bahan dibuat mengikut saiz dan posisi yang betul. Susunan penandaan harus dibuat dengan kemas supaya dapat memudahkan kerja-kerja pemotongan dan pemasangan komponen. Rajah 7 : Gambarajah Penandaan pada stainless steel plate sebelum pemotongan 14.