KP C04 (1-10)

Published on
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

KOD DAN NAMA PROGRAM A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN TAHAP 3 KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI A016-001-3:2016-C04 PENYELENGGARAAN TANAMAN NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA 1. PASANG JUNJUNG TANAMAN (SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, TANAMAN HIASAN) 2. CANTAS TUNAS AIR/ DAUN/ DAHAN 3. PEMANGKASAN TANAMAN (PEMBENTUKAN, PENJAGAAN, PEMULIHAN) 4. PENJARANGAN PUTIK, BUAH, BUNGA DAN TANAMAN HIASAN 5. RANGSANG PERTUMBUHAN TANAMAN 6. PASANG SISTEM PENCAHAYAAN 7. BUAT PENDEBUNGAAN BERBANTU 8. MENYAMPUL BUAH DAN BUNGA 9. MENGAWAL RUMPAI 10. MEMBAJA TANAMAN (SAYUR-SAYURAN, BUAH- BUAHAN, TANAMAN HIASAN, RUMPUT HIASAN) NO. KOD A016-001-3:2016-C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 1/24 TAJUK: PEMASANGAN JUNJUNG TUJUAN Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang junjung tanaman sayur-sayuran, tujuan dan fungsi junjung, jenis-jenis junjung tanaman sayur-sayuran, pelan rekabentuk junjung, peralatan dan bahan junjung jenis berpara, kaedah memasang junjung jenis berpara dan langkah-langkah keselamatan. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN.

Scene 2 (49s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 2/24 JUNJUNG TANAMAN SAYUR-SAYURAN Setiap tanaman sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau merimbun dan mempunyai batang yang lemah serta mempunyai dahan yang rapuh. Tanaman yang memanjat seperti kacang panjang, kacang buncis, peria, petola dan timun memerlukan junjung, sementara tanaman yang berbatang lemah seperti pokok, lada dan terung dan tanaman yang mempunyai buah yang lebat seperti tomato memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. Definisi junjung – Junjung ialah struktur yang dipasang untuk menyangga atau menyokong tanaman yang menjalar, melilit dan tanaman yang berbatang lemah supaya jangan rebah dan buahnya tidak terkena tanah. Waktu pemasangan junjung tanaman sayur-sayuran Bagi tanaman sayur-sayuran yang memanjat seperti timun batang dan peria, junjung perlukan disediakan sebelum menanam atau selewat-lewatnya 2 minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur-sulur paut. Kacang buncis adalah sayur jenis memanjat, junjung perlu disediakan selewat-lewatnya dua minggu selepas menanam. Tali rafia diikatkan pada pangkal batang manakala hujung yang satu lagi diikat pada junjung di bahagian atas. TUJUAN DAN FUNGSI JUNJUNG Supaya tanaman boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk proses fotosintesis. Memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, membalut buah dan memungut hasil. Menggelakkan buahnya menjadi kotor apabila terkena tanah. Menjimatkan ruang dan menambahkan pengudaraan di antara pokok. Pokok dapat dapat dilatih supaya tumbuh tegak dan tidak menjalar diatas tanah Untuk menggelakkan anak pokok tumbang . Menggelakkan dahan patah pabila ditiup angin atau berbuah lebat..

Scene 3 (1m 51s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 3/24 JENIS-JENIS JUNJUNG TANAMAN SAYUR-SAYURAN Junjung jenis pancang Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai menggunakan junjung kaedah satu pancang ialah sayur-sayuran yang berbatang lembut dan berdahan rapuh seperti cili, terung dan tomato Rajah 1: Tanaman lada menggunakan pancang Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai menggunakan pancang bersilang ialah tanaman melilit seperti kacang panjang dan kacang buncis. Rajah 2: Pancang bersilang pada tanaman kekacang.

Scene 4 (2m 14s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 4/24 Junjung jenis trelis Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai menggunakan junjung jenis trelis ialah dari jenis menjalar dan mempunyai sulur paut (Contoh: tanaman timun batang), sayuran jenis kekacang (Contoh: kacang panjang, kacang buncis dan kacang buncis) dan tanaman yang berbatang lembut serta berbuah lebat (Contoh: Tomato dan cili). Rajah 3: Bentuk junjung jenis trelis bagi tanaman timun Junjung jenis berpara Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai menggunakan junjung jenis berpara ialah dari jenis menjalar dan mempunyai sulur paut. Contoh Peria, Kundur, petola dan kacang parang. Biasanya pokok ditanam berhampiran dengan tiang dan dibiarkan memanjat melalui tiang. Seterusnya pokok akan merayap di bahagian atas para. Rajah 4: Junjung jenis berpara.

Scene 5 (2m 49s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 5/24 PELAN REKABENTUK JUNJUNG Pelan rekabentuk junjung jenis berpara Pelan junjung berpara – pandangan atas Rajah 5: Pandangan atas Pelan junjung berpara – pandangan sisi Rajah 6: Pandangan sisi Pelan junjung berpara – pandangan keseluruhan Rajah 7: Pandangan keseluruhan junjung jenis berpara.

Scene 6 (3m 7s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 6/24 Pelan rekabentuk junjung jenis trelis Pelan junjung jenis trelis – pandangan atas Rajah 8: Pandangan atas Pelan junjung jenis trelis – pandangan sisi Rajah 9: Pandangan sisi pelan rekabentuk junjung jenis pancang Pelan junjung jenis pancang – pelan keseluruhan Rajah 10: Pelan keseluruhan junjung jenis pancang.

Scene 7 (3m 26s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 7/24 Pelan junjung jenis pancang – pandangan sisi Rajah 11: Pandangan sisi PERALATAN DAN BAHAN JUNJUNG JENIS BERPARA Jadual 1: Peralatan dan bahan memasang junjung sayur-sayuran jenis berpara dan kegunaannya PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN Pita ukur Untuk mengukur kedalaman lubang tiang penyokong Untuk mengukur jarak di antara tiang Untuk mengukur junjung Tali nyilon Untuk mengukur dan menanda titik tiang junjung Untuk meluruskan kedudukan tiang junjung Kayu penanda Bersaiz 1" X 1" X 2'- 3 Berbentuk tajam dihujung Untuk menanda titik tiang junjung.

Scene 8 (3m 55s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 8/24 PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN Ragum/ playar Untuk membengkok dawai Untuk mengerat dawai kecil Penggali Digunakan untuk menggali lubang tiang penyokong Parang Membersih kawasan tiang Memotong kayu Menajam kayu Tukul Tukul besi – untuk menanam kayu penanda Gunting dawai Untuk memotong dawai kasar Alat peregang dawai Untuk menegang dawai junjung.

Scene 9 (4m 20s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 9/24 PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN Dawai Dawai kasar ( saiz no. 10) Dawai sederhana ( Saiz 14 ) Dawai kasar (saiz no 10) – untuk dipasang di bahagian atas menghubungi kayu-kayu junjung. Dawai sederhana (No. 14) – untuk dipasang di antara dawai kasar di atas tiap-tiap batas Tali junjung – tali rafia Untuk tanaman memanjat Tali junjung (tali rafia) biasanya diikat pada dawai sederhana yang terletak di atas setiap batas Alat penimbang air Untuk mengukur tiang junjung yang ditanam supaya betul-betul tegak Auger bermotor Digunakan untuk menggali lubang tiang penyokong bersaiz 4” x 4” Auger manual Digunakan untuk membuat lubang tiang junjung yang bersaiz kecil (bergaris pusat 2.5 -3 cm).

Scene 10 (4m 56s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 10/24 PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN Penghentak Untuk menghentak pemancang supaya masuk ke dalam tanah Tiang junjung Untuk dipacak (ditanam) di atas batas dengan jarak lebih kurang 4 m persegi. Pemancang Untuk menguatkan tiang penyokong Tempat mengikat hujung dawai junjung Paku Untuk melekatkan dawai junjung kepada tiang junjung KAEDAH MEMASANG JUNJUNG JENIS BERPARA Mengukur dan menanda tapak struktur junjung jenis berpara Mula-mula sekali pekerja hendaklah mendapatkan pelan lakar pembinaan junjung jenis berpara daripada penyelia. Pekerja hendaklah faham dengan jelas isi kandungan pelan lakar yang diperolehi dan pastikan tempat dan luas sebenar struktur yang akan di pasang..

Scene 11 (5m 28s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 11/24 Pelan junjung berpara – pandangan atas Rajah 12: Pandangan atas pelan junjung berpara Pelan junjung berpara – pandangan sisi Rajah 13: Pandangan sisi pelan junjung berpara Pelan junjung berpara – pandangan keseluruhan Rajah 14: Pandangan atas pelan junjung berpara.

Scene 12 (5m 46s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 12/24 Tentukan garisan asas di bahagian yang terpanjang AB Pacak satu batang kayu penanda sebagai point asas (0) yang jaraknya jangan terlalu rapat dengan parit atau jalan kemudian pacak satu batang kayu yang seterusnya (A) dengan jarak 3 kaki Rajah 15: Kayu penanda O, A dan B dipacak di tepi parit bagi membentuk tanda asas untuk membentuk satu garisan asas (pandangan sisi) Rajah 16: Kayu penanda A – B dipacak di tepi parit bagi membentuk tanda asas untuk membentuk satu garisan asas (pandangan atas) Ikat hujung tali nyilon (tali penanda) pada kayu penanda O dan tarik hujung tali nyilon yang satu lagi ke kayu penanda B sehingga tegang dan ikat pada kayu penanda B. Pastikan tali nyilon menyentuh kayu penanda A. Ini menunjukkan kayu pancang O. A dan B berada dalam satu garisan yang lurus Rajah 17: Tali nyilon diikat pada kayu penanda bagi membentuk satu garisan asas di sepanjang jalan (pandangan sisi).

Scene 13 (6m 26s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 13/24 Rajah 18: Tali nyilon direntang pada kayu penanda OB bagi membentuk satu garisan asas. (pandangan sisi) Mencari garis tepat AD dengan menggunakan sistem pythagoras teorem 3,4,5 Kayu penanda dipacak pada point P. Di mana OP = 5 kaki, AP= 4 kaki dan OA= 3 kaki. Ini bermakna garis AP adalah bergaris tepat dengan OAB. Rajah 19: Cara mendapatkan garis tepat (pandangan sisi) Hujung tali nyilon diikat pada kayu penanda A dan seterusnya tali ditarik dan diikat ke kayu penanda D melalui kayu penanda P. Rajah 20: Meluruskan kedudukan garis tepat AD.

Scene 14 (6m 55s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 14/24 Mencari garis tepat pada BC. Mula-mula kayu penanda R dipacak dengan jarak 3 kaki dari kayu penanda B di atas garisan OB Rajah 21: Kayu penanda R berjarak 3’ dari B (pandangan sisi) Rajah 22: Kayu penanda R dari pandangan atas Kemudian seterusnya kayu penanda dipacak pada point S. Di mana RS = 5 kaki, BS = 4 kaki dan BR = 3 kaki. Ini bermakna garis BRA Rajah 23: Cara mendapatkan garis tepat BS Hujung tali nyilon diikat pada kayu penanda B dan seterusnya ditarik melalui kayu penanda C dan diikat ke kayu penanda C.

Scene 15 (7m 23s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 15/24 Rajah 24: Meluruskan garis BC Mengukur semua point tiang dan pemancang jujung struktur berpara Seterusnya hujung tali nyilon diikat pada kayu penanda C dan tali nyilon ditarik dan diikat kekayu penanda D. Rajah 25: Tali nyilon diikat dari Y ke C dan dari C ke D Kemudian point pemancang diukur dan di tanda disekeliling kawasan struktur berpara. Rajah 26: Point pemancang dikeliling struktur diukur dan di tanda Kerja membaris seterusnya disambung hingga selesai. Di mana tali nyilon direntang di antara satu kayu penanda dengan kayu penanda yang bertentangan..

Scene 16 (7m 51s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 16/24 Rajah 27: Membaris dengan menggunakan tali nyilon Semua point tiang struktur berpara kemudian diukur dan ditanda dengan menggunakan kayu pancang penanda.Jarak diantara tiang ialah 4 meter. Dan jarak diantara tiang dan pemancang ialah 1.5 meter Rajah 28: Menunjukkan semua point tiang ditanda dengan kayu pancang penand Membuat lubang tiang junjung Ukuran lubang bagi tiang junjung jenis berpara ialah seperti rajah dibawah Rajah 29: Ukuran lubang tiang junjung Alat untuk membuat lubang tiang junjung Earth Auger – Sesuai untuk lubang yang besar Penggali – Sekiranya tidak menggunakan Auger bermotor Auger manual – Sesuai untuk menggali lubang tiang yang kecil.

Scene 17 (8m 23s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 17/24 Kaedah mengendalikan earth auger Mula-mula bahan api hendaklah diperiksa samada mencukupi/ penuh dalam tangki Sekiranya bahan api tidak mencukupi, minyak pelincir (2 T) hendaklah dicampurkan ke dalam minyak petrol mengikut nisbah 1:25 (minyak 2T: petrol di dalam bekas penyukat campuran. Tujuannya ialah bagi menyejukkan enjin. (Nota: Setiap 1000 ml Petrol + 25 ml minyak pelincir) Rajah 30: Campuran petrol dan minyak pelincir Campuran bahan api dituangkan ke dalam tangki minyak selepas penutup tangki bahan api dibuka. Akhirnya penutup tangki bahan api ditutup dengan kemas supaya bahan apai tidak keluar semasa digunakan. Membuat lubang tiang junjung Mesin auger bermotor yang telah diperiksa dan diisi dengan bahan api didapatkan dari setor. Gambar 31: Auger bermotor yang sedia untuk digunakan.

Scene 18 (8m 58s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 18/24 Switch (suis) pada mesin di buka kan. Gambar 32: Suis mesin auger bermotor Kemudian kedudukan tuil choke diselaraskan pada kedudukan close Gambar 33: Kedudukan choke Pastikan tuil keselamatan ditolak ke depan, supaya mata tidak berpusing Gambar 34: Menolak tuil keselamatan ke hadapan Kemudian seterusnya tali penghidup ditarik secara merentap, beberapa kali Gambar 35: Menghidupkan mesin.

Scene 19 (9m 21s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 19/24 Apabila enjin telah hidup, choke ditolakkan balik ke kedudukan open. Enjin kemudian dibiarkan hidup selama 2- 3 minit dalam kelajuan rendah dan kemudian kelajuannya ditingkatkan. Kemudian kayu penanda (pancang) dialihkan dan mata auger diarahkan ke titik tiang yang telah ditanda. Kemudian tuil keselamatan ditarik ke dalam untuk memusingkan mata auger. Seterusnya lubang digali dengan cara menekan pemegang sambil enjin ditingkatkan kelajuan. Apabila telah sampai kepada kedalaman yang dikehendaki. (2 kaki), mesin diangkat ke atas di mana mata auger masih berpusing Pusingan mata auger kemudian dimatikan dengan menolak tuil keselamatan ke hadapan. Kemudian enjin dimatikan dengan menekan suis pemati. Proses mengali lubang di keliling sistem berpara diulangi sehingga selesai. Gambar 36: Mematikan enjin Kemudian mesin auger bermotor hendaklah disimpan di dalam setor dengan cara yang berikut: Sebelum disimpan mesin perlu dibersihkan dari sebarang kekotoran Untuk simpanan sementara - cock bahan api hendaklah ditutup Untuk simpan lama, tangki bahan api hendaklah dikosongkan dan piston hendaklah diletakkan di kedudukan atas Gambar 37: Kedudukan enjin secara betul Mesin hendaklah disimpan di tempat yang selamat/ setor.

Scene 20 (10m 7s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 20/24 Gambar 38: Mesin disimpan di dalam setor Membuat lubang untuk kayu pemancang (pating) dan menanam pemancang. Pemancang perlu ditanam secara condong sedalam 90 cm. Lubang pemancang digali sedalam 60 cm. Kemudian pemancang dimasukkan ke dalam lubang yang telah digal dan dihentak dengan dengan alat penghentak sehingga pemancang masuk ke dalam tanah sedalam 90 cm. (Rujuk rajah 39) Rajah 39: Cara menanam pemancang Mendirikan tiang junjung Kaedah mendirikan tiang struktur junjung tanaman Menegakkan tiang Tiang junjung diukur dan di tanda pada paras dalam yang akan di tanam Tiang dimasukkan ke dalam lubang sedalam 60 cm. dan pastikan tiang yang ditanam adalah lurus di antara satu sama lain Tanah dipangkal tiang kemudian dipadatkan dengan menggunakan hulu penggali supaya tiang yang ditanam adalah kemas Langkah-langkah keselamatan Pakai pakaian ladang yang selesa dan sesuai untuk aktiviti kerja pemasangan. Berhati-hati semasa mengangkat tiang..

Scene 21 (10m 47s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 21/24 Kasut boot ladang yang dipakai melindungi kaki dari tercedera semasa menggunakan alat kerja. Pakai sarung tangan terutama sekali ketika memasang tiang menggunakan alat-alat yang tajam. Keletihan dalam menjalankan aktiviti kerja memungkinkan sebarang kecederaan. Ambil masa dan lakukan aktiviti kerja dengan selesa. Jangan merokok atau makan semasa melakukan aktiviti kerja. Merentang tali/ dawai junjung Spesifikasi Dawai kasar No.10 – dipasang di bahagian atas menghubungi tiang-tiang junjung. Dawai sederhana (No. 14) – diikat pada dawai kasar dan direntang memanjang di atas setiap batas. Tinggi dawai dari tanah ialah 2 meter Regang dawai menggunakan alat peregang dawai. Dawai kasar hendaklah berada dibahagian atas tiang dan dipaku Cara merentang tali/ dawai junjung Pakai pakaian kerja dan sarung tangan. Dawai kasar dipotong sepanjang 3.5 meter Hujung dawai kasar diikat pada tiang junjung di bahagian luar dan hujung yang satu lagi diikat pada bahagian hujung pemancang. Rajah 40: Mengikat dawai kasar pada tiang dan pemancang Gulungan dawai junjung saiz kasar dibuka dan dirantang di atas tanah sepanjang jarak di antara tiang pepenjuru dan dilebihkan hujungnya 1 meter panjang..

Scene 22 (11m 35s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 22/24 Kemudian dawai tersebut dikerat dengan menggunakan alat pemotong dawai mengikut panjang yang telah ditetapkan. Kemudian dawai dililit dan diikat pada tiang. Seterusnya hujung dawai yang satu lagi diketatkan dengan alat peregang dawai dan dawai peregang pada alat peregang dililit pada tiang junjung dan seterusnya dicakuk dengan bahagian pencakuk. Kemudian dawai diregang dengan memulas bahagian pelaras sehingga dawai tegang dengan sempurna.. Apabila dawai betul-betul tegang baharulah hujung dawai dililit beberapa kali dan diikat kuat menggunakan playar. Kaedah yang sama diulang pada setiap tiang junjung di bahagian tepi kawasan. Seterusnya rentang dawai sederhana kasar pada dawai kasar yang berada dikeliling struktur di atas setiap batas tanaman. Dan akhirnya pasang tali rafia pada dawai sederhana kasar ke bahagian tanah. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Pakai pakaian ladang yang selesa dan sesuai untuk aktiviti kerja pemasangan. Kasut boot ladang yang dipakai melindungi kaki dari tercedera semasa menggunakan alat kerja. Pakai sarung tangan terutama sekali ketika meregang dawai dan menggunakan alat-alat yang tajam. Keletihan dalam menjalankan aktiviti kerja memungkinkan sebarang kecederaan. Ambil masa dan lakukan aktiviti kerja dengan selesa. Jangan merokok atau makan semasa melakukan aktiviti kerja..

Scene 23 (12m 23s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 23/24 SOALAN 1. Apakah definisi junjung? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 2. Senaraikan 5 fungsi junjung. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 3. Nyatakan 3 jenis junjung sayur-sayuran. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 4. Senaraikan alat dan bahan untuk membuat junjung jenis berpara. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 5. Nyatakan teknik membuat lubang junjung. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 6. Senaraikan alat dan bahan untuk membuat junjung berpara. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 7. Senaraikan langkah-langkah keselamatan dalam membuat junjung berpara. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________.

Scene 24 (12m 48s)

NO. KOD A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) MUKA SURAT: 24/24 RUJUKAN 1. Pakej teknologi tanaman peria, Keluaran jabatan pertanian Semenanjung Malaysia (1997) , ISBN-983 – 039 -3 2. Pakej teknologi Tanaman Cili, Keluaran Jabatan Pertanian (1997), ISBN-983-047- 042-3 3. Kemahiran hidup bersepadu Elektif (1991), Utusan publication & Distributors Sdn. Bhd, ISBN-967-61-0189-3 4. Aziah Arshad (2001), Menanam secara hidroponik, DBP, ISBN-983-62-5509-5.