KP C04 (1-10)

Published on
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

[Audio] Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 5 & 6, Blok E-1-4--, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia Kertas Penerangan Kod Dan Nama Program A016-001-3:2016 Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 Kod Dan Tajuk Unit Kompetensi A016-001-3:2016-c04 Penyelenggaraan Tanaman No. Dan Penyataan Aktiviti Kerja 1. Pasang Junjung Tanaman (sayur sayuran, Buah buahan, Tanaman Hiasan) 2. Cantas Tunas Air/ Daun/ Dahan 3. Pemangkasan Tanaman (pembentukan, Penjagaan, Pemulihan) 4. Penjarangan Putik, Buah, Bunga Dan Tanaman Hiasan 5. Rangsang Pertumbuhan Tanaman 6. Pasang Sistem Pencahayaan 7. Buat Pendebungaan Berbantu 8. Menyampul Buah Dan Bunga 9. Mengawal Rumpai 10. Membaja Tanaman (sayur sayuran, Buahbuahan, Tanaman Hiasan, Rumput Hiasan) No. Kod A016-001-3:2016-C04/KP(1/10) Muka Surat: 1/24 Tajuk: Pemasangan Junjung Tujuan Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang junjung tanaman sayur sayuran, tujuan dan fungsi junjung, jenis jenis junjung tanaman sayur sayuran, pelan rekabentuk junjung, peralatan dan bahan junjung jenis berpara, kaedah memasang junjung jenis berpara dan langkah langkah keselamatan..

Scene 2 (1m 8s)

[Audio] No. Kod A016-001-3:2016 C04/KP(1/10) Muka Surat: 2/24 Junjung Tanaman Sayur sayuran Setiap tanaman sayur sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau merimbun dan mempunyai batang yang lemah serta mempunyai dahan yang rapuh. Tanaman yang memanjat seperti kacang panjang, kacang buncis, peria, petola dan timun memerlukan junjung, sementara tanaman yang berbatang lemah seperti pokok, lada dan terung dan tanaman yang mempunyai buah yang lebat seperti tomato memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. Definisi junjung – Junjung ialah struktur yang dipasang untuk menyangga atau menyokong tanaman yang menjalar, melilit dan tanaman yang berbatang lemah supaya jangan rebah dan buahnya tidak terkena tanah. Waktu pemasangan junjung tanaman sayur sayuran Bagi tanaman sayur sayuran yang memanjat seperti timun batang dan peria, junjung perlukan disediakan sebelum menanam atau selewat lewatnya 2 minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur sulur paut. Kacang buncis adalah sayur jenis memanjat, junjung perlu disediakan selewat lewatnya dua minggu selepas menanam. Tali rafia diikatkan pada pangkal batang manakala hujung yang satu lagi diikat pada junjung di bahagian atas. Tujuan Dan Fungsi Junjung Supaya tanaman boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya untuk proses fotosintesis. Memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, membalut buah dan memungut hasil. Menggelakkan buahnya menjadi kotor apabila terkena tanah. Menjimatkan ruang dan menambahkan pengudaraan di antara pokok. Pokok dapat dapat dilatih supaya tumbuh tegak dan tidak menjalar diatas tanah Untuk menggelakkan anak pokok tumbang . Menggelakkan dahan patah pabila ditiup angin atau berbuah lebat..