sejarah depan. KAJIAN KES SEJARAH BAB 10. NUR ANIS SUFIAH BINTI ANWAR 504.
Pengisytiharan Deklarasi Langkawi dibuat untuk memelihara alam sekitar. Deklarasi Langkawi diadakan pada Oktober 1989 bersempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel. Deklarasi Langkawi dilaksanakan sebagai usaha menangani isu alam sekitar terutama kesan rumah hijau, kerosakan dan penipisan ozon serta pencemaran yang disebabkan aktiviti manusia yang tidak terkawal..
Tindakan negara Malaysia ketika menyertai Sidang Kemuncak Bumi ialah megeluarkan deklarasi Agenda 21. Agenda 21 merupakan satu dokumen umum yang penting bagi pengurusan aktiviti manusia dalam sesebuah negara. Agenda ini menyentuh tindakan pembangunan abad ke-21 bagi mengatasi masalah kemiskinan, kebuluran dan kemorosotan ekosistem. Antara objektif Agenda 21 ialah mengguna pakai pendekatan dan pelaksanaan di setiap PBT..
Usaha-usaha Malaysia memperjuangkan Antartika sebagai warisan sejagat adalah dengan mencadangkan penerokaan terhadap Antartika boleh didominasi oleh hanya sebahagian kecil negara. Pandangan Malaysia ini diutarakan sejak tahun 1983 melalui NAM. Dalam sidang kemuncak NAM ketujuh di Delhi, India, Malaysia mendesak PBB mengambil langkah pertama menjadikan Antartika sebagai warisan manusia sejagat. Oleh itu, kelestarian alam dapat dipelihara untuk dinikmati oleh generasi akan datang..
Cadangan saya untuk mengatasi isu pemanasan global adalah dengan menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Hal ini kerana sumber tenaga yang boleh diperbaharui tidak mengeluarkan gas rumah hijau, atau paling sedikit, berbanding dengan bahan bakar fosil seperti minyak dan arang batu. Contohnya kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk menggiatkan lagi pembangunan tenaga boleh diperbaharui, terutamanya biomas, sebagai bahan api 'kelima' di bawah Dasar Peleburan Bahan Api negara. Kesimpulannnya, pihak kerajaan perlu perbanyakkan penggunaan sumber boleh diperbaharui agar boleh menggantikan sumber tenaga yang semakin menyusut..
Cara menangani isu kemasukan pelarian dan pendatang tanpa izin (PATI) adalah dengan mengukuhkan pertahanan sempadan negara. Hal ini kerana, sempadan yang sering menjadi tumpuan kemasukan pendatang asing atau dikenali sebagai 'lubang tikus' dapat dikawal. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mengadakan operasi bersama tentera laut untuk menjaga sempadan kawasan perairan. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah cekap mengatur strategi agar dapat menyukarkan pergerakan pelarian dan pendatang asing..
sejarah background. SEKIAN TERIMA KASIH.