TRANSFORMASI PENDIGITALAN Pembangunan Laman Web / Blog

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

TRANSFORMASI PENDIGITALAN Pembangunan Laman Web / Blog.

Scene 2 (40s)

PENDAHULUAN. 1. Kemajuan komunikasi dan teknologi maklumat pada masa kini merupakan satu bentuk ledakan transformasi teknologi yang telah memberi impak positif kepada individu , masyarakat dan negara. Hampir setiap orang akan menggunakan teknologi komunikasi untuk mendapatkan pelbagai maklumat . Penerokaan dunia digital telah mencorakkan kecenderungan pelbagai sektor perkhidmatan dan perniagaan dalam mengaplikasikan teknologi digital ke dalam pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi . Manusia dan teknologi tidak dapat dipisahkan , proses globalisasi juga menjadi semakin pantas , perolehan maklumat menjadi lebih mudah dan berkesan , pengurusan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur , pengurusan kewangan menjadi lebih pantas , interaksi tanpa sempadan dengan dunia luar dapat dilakukan pada bila-bila masa melalui pelbagai aplikasi video seperti Skype, Microsoft Teams, Google Meet, WhatsAPP , Cisco Webex Meeting, Zoom dan lain-lain lagi . Perkembangan teknologi digital menjadi pencetus kepada transformasi pendigitalan di sektor awam di Malaysia..

Scene 3 (2m 4s)

Data Points Digital background. OBJEKTIF. 2. MEMPELAJARI TRANSFORMASI PENDIGITALAN. MEMBINCANGKAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENDIGITALAN. MENGETAHUI FUNGSI TRANSFORMASI PENDIGITALAN. TRANSFORMASI MENERANGKAN PERKEMBANGAN TRANSFROMASI PENDIGITALAN SEKTOR AWAM Dl MALAYSIA. MENGENALPASTI CABARAN TRANSFORMASI PENDIGITALAN..

Scene 4 (2m 28s)

SKOP TOPIK/ APAKAH TRANSFORMASI DIGITAL ?. Definisi Maksud Kefungsian Kebaikan Keburukan Perkataan 'digital' berasal daripada bahasa Latin 'digitlis,' yang berasal daripada 'digitus,' yang bermaksud digit (jari atau kaki). D efinisi awal digital termasuk semua yang dilakukan dengan jari, definisi yang lebih terkini membayangkan teknologi berasaskan binari. Semua yang disertakan dengan cip disenaraikan di sini. 'Transform' terdiri daripada dua perkataan: 'trans', yang bermaksud menyilang atau mengubah, dan 'shape,' yang bermaksud 'bentuk.' Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi membawa maksud mengubah bentuk, rupa, sifat atau keadaan. Manakala digital pula bermakna beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data. Mencipta proses perniagaan , budaya dan pengalaman pelanggan yang baharu , mengubah suai sedia ada untuk memenuhi keperluan perniagaan dan pasaran yang berubah-ubah . Perubahan yang berkaitan dengan aplikasi teknologi digital dan integrasi ke dalam segala aspek kehidupan , sebuah langkah dari era fizikal ke era digital. Mengubah analog menjadi digital supaya proses kerja tersebut menjadi lebih berkesan dan sistematik . Langkah atau cara untuk memudah dan membolehkan proses memanfaatkan teknologi digital dan data digital dilakukan . Meningkatkan proses perniagaan sedia ada tanpa memerlukan perubahan . Kesedaran usahawan yang tinggi mengenai kepentingan ekonomi Penerangan manfaat kepada masyarakat kenapa perlunya Transformasi Digital. Maklumat awal berkenaan teknologi yang akan digunakan . Penyediaan pasukan yang mahir digitalisasi . Latihan dan sokongan berterusan tentang proses digitalisasi . Proses penilaian digitalisasi Mengoptimakan hasil penilaian Meningkatkan Kecekapan Pentadbiran Organisasi Mewujudkan Ekonomi Digital Mengurangkan Kos Pengurusan Peningkatan Kerjasama Merentas Jabatan Peningkatan Kecekapan Memberi Perkhidmatan Yang Lebih Baik Pengoptimuman Proses Sebagai Alat Bantu Pelajaran/Pendidikan Pembelajaran secara maya berasaskan internet telah menjimatkan kos perbelanjaan kepada pelajar dan ibu bapa . Pengembangan operasi ekonomi menjimatkan lebih banyak wang dan tenaga , mengurangkan perbelanjaan modal untuk sewa kedai dan perbelanjaan lain. Kaedah PdPR juga telah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam kekangan PKP dari sudut masa, tempat dan kondisi semasa . Menghasilkan golongan muda yang lebih berpendidikan . Mampu meningkatkan kecekapan proses perniagaan sedia ada tanpa perlu mengubahnya iaitu mengambil alih proses dilaksanakan oleh tenaga manusia kepada proses yang dilaksanakan melalui kecekapan perisian . Keselamatan data peribadi terancam tolak balik yang dilakukan oleh banyak organisasi perusahaan dalam industri sensitive data ialah kebimbangan privasi dan keselamatan siber . Pertukaran daripada manual ke digital sudah tentu mengurangkan kos organisasi , kos buruh adalah antara yang terjejas dengan adanya sitem transformasi digital Masalah keselamatan siber serta privasi hadir dengan mengetengahkan isu jenayah siber mencari mangsa dengan mudah menerusi pendigitalan data samada perbankkan,urusan membeli belah online dan sebagainya ..

Scene 5 (7m 28s)

METHODOLOGI Menggunakan aplikasi wix.com http://www.wix.com yang menyediakan perkhidmatan membangunkan laman web serta m emilih model pengajaran ADDIE sebagai panduan . Terdapat lima fasa pengajaran ADDIE iaitu , Fasa Analisis , Fasa Rekabentuk , Fasa Pembangunan, Fasa Perlaksanaan dan Fasa Penilaian . Berikut merupakan penerangan tentang setiap fasa ;.

Scene 6 (8m 7s)

PAUTAN URL LAMAN WEB. Berikut merupakan pautan URL laman web yang telah dibangunkan oleh kumpulan kam i mengenai Apakah Transformasi Digital ? : https://rosnihastrinahelena.wixsite.com/k-i-t-a-s-a-h-a-b-a.

Scene 7 (8m 17s)

KESIMPULAN. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memang diakui memberi kesan yang mendalam kepada seluruh masyarakat sama ada dari sudut negatif atau positif . Namun perkara ini adalah bergantung kepada sejauhmana kebijaksanaan masyarakat dalam menggunakan medium itu sendiri . Ini kerana penggunaan teknologi tanpa had dalam kalangan masyarakat untuk kepentingan peribadi dapat memberikan kesan yang buruk kepada mereka . Namun , perkara ini boleh diatasi jika masyarakat menggunakan teknologi dengan baik seperti tempat mencari maklumat , bahan rujukan dan sumber pengetahuan kerana ini akan mendatangkan kebaikan kepada seluruh masyarakat yang menggunakannya . Oleh itu , masyarakat kini haruslah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis kemahiran dan pengetahuan . Ini kerana dorongan desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang . Masyarakat juga perlulah m enyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan pada masa kini supaya setanding dengan masyarakat dari negara luar ..

Scene 8 (9m 32s)

SEKIAN TERIMA KASIH. Data Points Digital background.