JKA 419 Budaya Dan Epidemiologi Penyakit

Published on
Scene 1 (0s)

JKA 419 Budaya Dan Epidemiologi Penyakit. Rawatan Tradisional Atau Alternatif (Pusat Rawatan Islam).

Scene 2 (13s)

Pengenalan. Terdapat pelbagai jenis pusat rawatan alternatif sama ada yang bersifat rawatan Islam atau tradisional . Setiap pusat rawatan mempunyai matlamat dan tujuan yang sama . Matlamat yang dititikberatkan bagi pusat rawatan adalah untuk merawat dan berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang di alami atau ditanggung oleh setiap pesakit ..

Scene 3 (26s)

Pusat Rawatan Islam. Perkembangan rawatan tradisional atau alternatif di Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan di beberapa negara maju . Rawatan tradisional atau alternatif ini di lihat amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan bagi penyakit yang mereka hidapi . Perkembangan dalam ilmu rawatan Islam dan kelahiran tokoh-tokoh yang mahir dan bidang rawatan alternatif berasaskan doa dan ruqyah telah membawa kepada penubuhan dan kelahiran pusat-pusat rawatan Islam..

Scene 4 (39s)

Dasar utama dalam perlaksanaan perubatan Islam adalah menitikberatkan syariat sering menjadi keutamaan masyarakat beragama islam dalam mendapatkan rawatan . Rawatan yang menitikberatkan penjagaan aurat seperti tidak membenarkan pesakit wanita bersendirian dengan perawat lelaki merupakan faktor rawatan islam menjadi pilihan orang ramai kerana dirasakan selamat . Perkembangan pusat rawatan islam juga disebabkan fungsinya yang bukan hanya memberi rawatan seperti rasukan makhluk halus malahan turut dibolehkan bagi pesakit yang mengalami penyakit fizikal antaranya ialah seperti barah , patah , batu karang , darah tinggi , strok dan kencing manis ..

Scene 5 (52s)

Lazimnya rawatan islam menjadi pilihan sehingga kini disebabkan rawatan yang tidak memerlukan bayaran yang tinggi dan hanya mengikut kemampuan pesakit . Perkembangan pusat rawatan Islam turut dibantu oleh inisiatif pusat rawatan islam seperti darul syifa mengadakan kelas pengajian khusus tentang ilmu pengubatan Islam, seminar, kursus dan praktikal rawatan kepada ahlinya dan kepada masyarakat awam yang berminat dengan rawatan Islam. Selain itu , pusat rawatan islam ini juga dilihat memberikan kesan kepada bidang perubatan apabila terdapat usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menintegrasikan atau menggabungkan perubatan alternatif dengan perubatan moden ..

Scene 6 (1m 5s)

Amalan Salah Dalam Perubatan Tradisional Dan alternatif.

Scene 7 (1m 18s)

Rumusan ZULFITRI BIN SHAHRIN ( JK/12611/18). Melalui Tugasan ini saya boleh membuat kesimpulan bahawa peranan agama dan budaya memainkan faktor penting dalam perkembangan rawatan tradisional dan alternatif khususnya di Malaysia. Sebagai contoh masyarakat islam di Malaysia akan lebih memilih rawatan seperti pusat rawatan islam mengikut kepercayaan agamanya dalam memulihkan penyakit yang dialami . Walau bagaimanapun , tidak dinafikan ia turut dipilih berlainan agama kerana matlamat yang sama bagi menyembuh penyakit . Selain itu , wujud amalan salah dalam rawatan tradisional dan alternatif yang dipilih pesakit berdasarkan budaya turun temurun ..

Scene 8 (1m 31s)

Rumusan MOHD DARUS BIN MOHD SAMSUDIN (JK/12329/18).