HINO Way Awareness Training

Published on
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

[Audio] HINO Way Awareness Training. Building a Culture of Integrity, Contribution & Empathy. Latihan Kesedaran Cara HINO. Membina Budaya Integriti, Sumbangan & Empati..

Scene 2 (18s)

[Audio] "The HINO Way is our shared guide on how we think, decide, and act at work. It brings together the HINO Credo, Sustainability Policy, and Code of Conduct. So everyone in Hino follows the same values and standards across all levels of the company. In simple terms, the HINO Way is 'how we work, behave, and make decisions as one Hino team.'". Example. "When we face a decision, we don't just ask what is faster. We ask what is correct according to the HINO Way." "Cara HINO ialah panduan bersama tentang bagaimana kita berfikir, membuat keputusan dan bertindak di tempat kerja. Ia menyatukan Kredo HINO, Polisi Kelestarian dan Kod Tatakelakuanv supaya semua warga Hino mengikut nilai dan piawaian yang sama di semua peringkat organisasi. Secara ringkas, Cara HINO ialah 'cara kita bekerja, berkelakuan dan membuat keputusan sebagai satu pasukan Hino'". Contoh. "Apabila membuat keputusan, kita bukan tanya apa yang paling cepat tetapi apa yang paling betul mengikut Cara HINO"..

Scene 3 (1m 41s)

[Audio] The HINO Way is important because it guides us to do the right thing in our daily work. It helps us build customer and community trust, ensure safety, quality, and compliance, prevent mistakes and misconduct & support long-term sustainability. It reminds us that safety, integrity, and doing the right thing always come first. Even when we are busy or under pressure. Example. If a shortcut saves time but puts safety or accuracy at risk, we do not take it. Cara HINO penting kerana ia membimbing kita untuk melakukan perkara yang betul dalam kerja seharian. Ia membantu kita membina kepercayaan pelanggan dan masyarakat, memastikan keselamatan, kualiti dan pematuhan, mencegah kesilapan dan salah laku dan menyokong kelestarian jangka Panjang. Ia mengingatkan kita bahawa keselamatan, integriti dan buat perkara yang betul adalah paling utama. Walaupun kita sibuk atau berada dalam tekanan. Contoh. Jika ada jalan pintas yang jimat masa tetapi berisiko kepada keselamatan atau ketepatan, kita tidak melakukannya..

Scene 4 (3m 17s)

[Audio] The HINO Way Triangle shows how three key elements work together in our daily work. 1. HINO Credo. Our purpose & values. It guides how we think, decide, and contribute to society. It reminds us why our work matters. Example. We do our work safely, with integrity and responsibility. 2. HINO Sustainability Policy. Our responsibility to society & environment. It guides us to work safely, protect people, and reduce negative impact. Example. We perform maintenance and operations safely because it affects customers, road users, and the environment. 3. HINO Code of Conduct. Our behavior at work. It sets standards for how we act every day. Follow rules and procedures, protect data and company assets, • avoid conflicts of interest and speak up if something is unsafe or wrong. Example. If there is an error or issue, we report and fix it early. Not hide it. How they connect. The Credo gives us our purpose and values. The Sustainability Policy guides our responsibility to society. The Code of Conduct guides our daily behavior. Together, they form the foundation of how we work as One Hino. Segi Tiga Cara HINO menunjukkan bagaimana tiga elemen utama saling berkaitan dalam kerja harian kita. 1. Kredo HINO. Tujuan dan nilai kita. Ia membimbing cara kita berfikir, membuat keputusan dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Ia mengingatkan kita mengapa kerja kita penting. Contoh. Kita bekerja dengan selamat, berintegriti dan bertanggungjawab. 2. Polisi Kelestarian HINO. Tanggungjawab kepada masyarakat & alam sekitar. Ia membimbing kita bekerja dengan selamat, melindungi manusia dan mengurangkan impak negatif. Contoh. Kita pastikan kerja penyelenggaraan dan operasi dibuat dengan selamat kerana ia memberi kesan kepada pelanggan, pengguna jalan raya dan alam sekitar. 3. Kod Tatakelakuan HINO. Tingkah laku di tempat kerja. Ia menetapkan panduan cara kita bertindak setiap hari. Patuh prosedur dan peraturan, lindungi data dan aset Syarikat, elakkan konflik kepentingan dan bersuara jika ada perkara tidak selamat atau tidak betul. Contoh. Jika ada ralat atau isu, kita lapor dan betulkan awal, bukan sembunyikan masalah. Bagaimana ketiga-tiganya saling berkaitan. Kredo memberi hala tuju dan nilai. Polisi Kelestarian menunjukkan tanggungjawab kita kepada masyarakat dan Kod Tatakelakuan membimbing tingkah laku harian kita. Kesemuanya menjadi asas cara kita bekerja sebagai Satu Hino..

Scene 5 (6m 47s)

[Audio] HINO Corporate Mission. "We make a better world and future by helping people and goods get where they need to go.". Our work supports people travelling, working, and living their daily lives, businesses and logistics operations, transportation, mobility, and communities, society that depends on safe and reliable movement. Simple Example. A reliable truck is not just a vehicle. It keeps a business running and ensures goods reach customers on time. "This mission reminds us that our work is bigger than just vehicles. When we support transportation and logistics, we support people, businesses, and communities. Every task we do maintenance, safety, support, operations has a real impact on society." MISI KORPORAT HINO. "Kami membina dunia dan masa depan yang lebih baik dengan membantu orang dan barangan sampai ke destinasi mereka.". Kerja kita menyokong pergerakan orang dalam kehidupan seharian & kerja, operasi perniagaan dan logistic dan pengangkutan dan mobility, komuniti, masyarakat yang bergantung pada pergerakan yang selamat dan boleh dipercayai. Contoh Ringkas. Sebuah trak yang boleh dipercayai bukan sekadar kenderaan. Ia membantu perniagaan terus beroperasi dan memastikan barangan sampai tepat pada masa. "Misi ini mengingatkan bahawa kerja kita memberi kesan kepada ramai orang. Apabila kita menyokong pengangkutan dan logistik, kita sebenarnya menyokong perniagaan, komuniti dan masyarakat.".

Scene 6 (8m 37s)

[Audio] Three Core Values of HINO Way. First. Integrity. Honest, ethical, and compliant in all actions. We act with sincerity, honesty, and responsibility. Compliance and doing the right thing always come first even under pressure. Simple Example. If data, reports, or inspection results are incorrect, we correct and report them — not hide or ignore the issue. Second Contribution. Providing value to customers and society. We support our customers' business and logistics needs by delivering quality, reliability, professionalism, and continuous improvement. Simple Example. When a customer faces a vehicle or operational issue, we respond sincerely, find the root cause, and help them continue their operations. Third Empathy. Respecting and understanding others. We value people, respect differences, and create a workplace that is open and supportive. We listen, collaborate, and work together to solve problems. Simple Example. When a colleague makes a mistake, we do not blame. We discuss, guide, and improve together. Why these values matter. These three values shape how we think, behave, and make decisions every day. They help us build trust with customers, colleagues, and society. Tiga Nilai Teras Cara HINO. Pertama. Integriti. Jujur, beretika dan patuh dalam semua Tindakan. Kita bertindak dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab. Pematuhan dan buat perkara yang betul sentiasa diutamakan — walaupun dalam tekanan. Contoh Ringkas. Jika terdapat ralat pada data atau laporan, kita lapor dan betulkan bukan sembunyikan atau abaikan. Kedua Kedua. Sumbangan. Memberi nilai kepada pelanggan dan Masyarakat. Kita menyokong perniagaan dan operasi pelanggan melalui kualiti, kebolehpercayaan, profesionalisme dan penambahbaikan berterusan. Contoh Ringkas. Apabila pelanggan menghadapi isu kenderaan atau operasi, kita tangani dengan serius, cari punca dan bantu mereka terus beroperasi. Ketiga. Empati. Menghormati dan memahami orang lain. Kita menghargai manusia dan perbezaan pendapat. Kita mewujudkan tempat kerja yang terbuka, selamat dan saling menyokong. Contoh Ringkas. Jika rakan sekerja melakukan kesilapan, kita tidak menyalahkan kita bincang, bimbing dan perbaiki bersama. Mengapa nilai-nilai ini penting. Nilai ini membimbing cara kita berfikir, bertindak dan membuat keputusan setiap hari, serta membina kepercayaan pelanggan, rakan sekerja dan masyarakat..

Scene 7 (12m 2s)

[Audio] Expected Behaviors. First. Be honest and precise. Act truthfully and record information accurately. No falsifying data, results, or reports. Example. If a test or inspection result is wrong — correct and report it, don't hide it. Second. Follow procedures and regulations. Work safely and comply with laws, standards, and company rules. Procedures exist to protect people, customers, and society. Example. Even when rushing, we still follow safety checks and approval processes. Third. Speak up if something is wrong. Raise concerns early when you see risks, mistakes, or non-compliance. Speaking up protects the company, customers, and colleagues. Example. If you notice unsafe work or incorrect data — report it to your supervisor or hotline. Fourth. Respect everyone. Treat others fairly, without discrimination or harassment. Value differences, listen, and work together as a team. Example. When a colleague struggles, we support and guide — not blame or embarrass them. Fifth. Protect company assets. Use company assets and information responsibly and only for work purposes. Keep confidential data secure and prevent misuse. Example. Do not share internal documents or customer data outside approved channels. Why these behaviors matter. They help us act with integrity, build trust, and ensure. safe, responsible and professional work as One Hino. Tingkah Laku Yang Diharapkan. Pertama. Bersikap jujur dan tepat. Bertindak dengan jujur dan rekod maklumat dengan tepat. Tiada pemalsuan data, keputusan atau laporan. Contoh. Jika keputusan ujian atau pemeriksaan tidak tepat lapor dan betulkan, jangan sembunyikan. Kedua. Ikut prosedur dan peraturan. Bekerja dengan selamat dan patuh undang-undang, piawaian dan peraturan syarikat. Prosedur wujud untuk melindungi manusia, pelanggan dan masyarakat. Contoh. Walaupun dikejar masa, kita tetap ikut semakan keselamatan dan proses kelulusan. Ketiga. Bersuara jika ada perkara tidak betul. Laporkan awal jika nampak risiko, kesilapan atau ketidakpatuhan. Bersuara membantu melindungi syarikat, pelanggan dan rakan kerja. Contoh. Jika nampak kerja tidak selamat atau data tidak tepat — maklumkan kepada penyelia atau talian aduan. Keempat. Hormati semua. Layan semua orang dengan adil, tanpa diskriminasi atau gangguan. Hargai perbezaan, dengar pandangan dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Contoh. Jika rakan sekerja lakukan kesilapan, kita bimbing dan bantu — bukan menyalahkan. Kelima. Lindungi aset Syarikat. Guna aset dan maklumat syarikat secara bertanggungjawab untuk urusan kerja sahaja. Pastikan maklumat sulit dilindungi. Contoh. Jangan kongsi dokumen dalaman atau data pelanggan tanpa kebenaran. Mengapa tingkah laku ini penting. Ia memastikan kita bekerja dengan integriti, selamat, bertanggungjawab dan profesional sebagai Satu Hino..

Scene 8 (16m 2s)

[Audio] Doing the Right Thing (Tadashii-shigoto). First. Before making a decision or taking action, ask yourself. Is it legal?. Are my actions compliant with laws, regulations, and company rules?. If the answer is uncertain stop and confirm first. Example. Submitting incorrect data "to meet deadline" is not acceptable compliance comes first. Second. Is it consistent with the HINO Way? Does it reflect our values of Integrity, Contribution, and Empathy? Even if something is possible it must still be ethical and responsible. Example. If a shortcut saves time but risks safety or quality, we choose the safe and correct way. Third. Will my family be proud? Would I feel confident if my decision was seen by my family or community? This helps us reflect on responsibility and personal integrity. Example. If the action feels embarrassing or "not right," it is a sign we should not proceed. Key Message. These questions help us act with integrity especially in situations where rules may not clearly state what to do. Doing the right thing protects our customers, our colleagues, our company and our own reputation. Melakukan Perkara Yang Betul (Tadashii-shigoto) Sebelum membuat keputusan atau bertindak, tanya diri anda. Pertama. Adakah ia sah dari segi undang-undang? Adakah tindakan saya mematuhi undang-undang, peraturan & dasar syarikat? Jika anda ragu-ragu berhenti dan dapatkan pengesahan dahulu. Contoh. Menghantar data yang tidak tepat demi "kejar masa" tidak dibenarkan. Kedua. Adakah ianya selaras dengan Cara HINO? Adakah tindakan ini mencerminkan Integriti, Sumbangan & Empati? Walaupun sesuatu boleh dibuat. Ia tetap mesti beretika dan bertanggungjawab. Contoh. Jika jalan pintas menjimatkan masa tetapi menjejaskan kualiti atau keselamatan, kita pilih cara yang betul dan selamat. Ketiga. Adakah keluarga saya akan berbangga? Adakah saya yakin jika tindakan ini dilihat oleh keluarga atau masyarakat? Soalan ini membantu kita menilai integriti diri. Contoh. Jika rasa "tidak betul di hati", itu tanda kita perlu hentikan dahulu. Mesej Utama. Tiga soalan ini membantu kita membuat keputusan yang betul, mengelakkan risiko & salah laku, menjaga kepercayaan pelanggan & masyarakat. Melakukan perkara yang betul adalah asas kepada integriti HINO..

Scene 9 (19m 12s)

[Audio] Integrity in Daily Work means doing the right thing, even when no one is watching. It protects our customers, our colleagues, and our company. Record information accurately. Enter data, reports, test results, and records correctly no guessing or adjusting numbers. Example. If a measurement is out of spec, record the actual value. Do not change it to look correct. Do not falsify data or records. Never modify, delete, or create false entries to meet deadlines or targets. Example. If testing is incomplete, report it honestly instead of marking it as "completed". Report issues honestly. Raise problems early. Quality, safety, or process issues must not be hidden. Example. If a mistake is discovered, inform your supervisor so corrective action can be taken immediately. Correct mistakes promptly. When errors happen, fix them quickly and learn from them. Example. Update the correct record, explain what happened, and take steps to prevent repeat issues. Avoid shortcuts. Shortcuts may save time. But they risk safety, quality, and trust. Example. Skipping inspection steps or signatures is not acceptable, even during rush jobs. Transparency builds trust. Being open and truthful creates trust with customers, colleagues, and society. Simple message. Integrity means do the right thing, record the truth, and speak up when something is wrong. Integriti Dalam Kerja Harian. Integriti dalam kerja harian bermaksud melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa melihat. Ia melindungi pelanggan, rakan sekerja dan syarikat. Rekod maklumat dengan tepat. Catat data, laporan, keputusan ujian dan rekod dengan betul — tanpa mengubah angka. Contoh. Jika bacaan tidak ikut spesifikasi, rekod nilai sebenar. Jangan ubah supaya nampak betul. Jangan memalsukan data atau rekod. Jangan ubah, padam atau cipta rekod palsu walaupun dikejar masa atau sasaran. Contoh. Jika ujian belum siap, laporkan sebagai belum siap. Jangan tanda "siap". Laporkan isu secara jujur. Maklumkan masalah dengan segera jangan sembunyikan isu kualiti, keselamatan atau proses. Contoh. Jika kesilapan ditemui, segera maklumkan kepada penyelia untuk tindakan pembetulan. Betulkan kesilapan dengan segera. Jika berlaku ralat, perbetulkan segera dan ambil pengajaran. Contoh. Kemas kini rekod yang betul, jelaskan punca, dan ambil langkah pencegahan. Elakkan jalan pintas. Jalan pintas mungkin jimat masa tetapi boleh menjejaskan keselamatan dan kualiti. Contoh. Melangkau langkah pemeriksaan atau tandatangan tidak dibenarkan walaupun dalam keadaan tergesa-gesa. Ketelusan membina kepercayaan. Bersikap telus dan jujur membina kepercayaan pelanggan dan rakan kerja. Mesej ringkas. Integriti bermaksud buat perkara yang betul, rekod perkara yang benar, dan bersuara jika ada yang tidak betul..

Scene 10 (23m 13s)

[Audio] Respect, Safety & Voice. A healthy workplace means everyone feels safe, respected, and heard. This supports teamwork, dignity, and trust as One Hino. Respect differences and diversity. We treat everyone fairly and with dignity regardless of role, background, or beliefs. We value different perspectives because teamwork needs every voice. Simple example. When colleagues think differently, we listen and discuss. Not criticize or exclude. Ensure a safe workplace. Safety comes first for both physical and mental wellbeing. We prevent hazards, follow safety rules, and look out for one another. Simple example. If equipment, tools, or work conditions seem unsafe, stop work and report immediately. Speak without fear. Employees should feel confident to ask questions, raise concerns, or highlight risks without feeling embarrassed, blamed, or pressured. Simple example. If a process or data does not look right, we are encouraged to speak up early. No retaliation against whistleblowers. Those who report issues in good faith are protected. No punishment, harassment, demotion, or unfair treatment is allowed. Simple example. If someone reports a safety or compliance problem, we thank them, not penalize them. Key message. Respect, Safety and Voice creates a workplace where people feel valued, issues are raised early and problems are solved together. This is how we build a safe, fair, and supportive Hino workplace. Hormat, Keselamatan & Bersuara. Tempat kerja yang sihat ialah tempat di mana semua orang rasa selamat, dihormati dan boleh bersuara. Ini menyokong kerjasama, maruah, dan kepercayaan sebagai Satu Hino. Hormati perbezaan dan kepelbagaian. Kita layan semua orang dengan adil dan bermaruah tanpa diskriminasi. Pandangan berbeza dihargai kerana kerja dilakukan sebagai satu pasukan. Contoh ringkas. Jika rakan sekerja mempunyai pandangan berbeza, kita dengar dan berbincang bukan mengecam. Pastikan tempat kerja selamat. Keselamatan sentiasa diutamakan fizikal dan mental. Kita cegah risiko, patuh peraturan keselamatan dan saling menjaga. Contoh ringkas. Jika peralatan atau keadaan kerja tidak selamat — hentikan kerja dan laporkan segera. Bersuara tanpa rasa takut. Pekerja digalakkan bertanya, melapor atau menegur risiko. tanpa rasa takut dipersalahkan. Contoh ringkas. Jika proses atau data kelihatan tidak betul, kita digalakkan melaporkannya awal. Tiada tindakan balas terhadap pelapor. Mereka yang melapor secara jujur adalah dilindungi. Tiada hukuman, gangguan atau layanan tidak adil dibenarkan. Contoh ringkas. Jika seseorang melaporkan isu keselamatan atau pematuhan. Kita ucap terima kasih, bukan menghukum. Mesej utama. Hormat, Keselamatan, Suara membina tempat kerja yang menghargai setiap individu mengesan isu lebih awal menyelesaikan masalah secara Bersama. Inilah asas kepada persekitaran kerja Hino yang selamat dan saling menyokong..

Scene 11 (27m 15s)

[Audio] HINO Way supports sustainability by ensuring that our work benefits people, society, and the future not only business results. It guides how we act, make decisions, and create value responsibly. First. Safety and health. We prioritize physical and mental safety in all work activities. A safe workplace allows people to work confidently and continue contributing to society. Simple example. Fix hazards, follow safety rules, and stop work if conditions are unsafe. Second. Human rights and fairness. We treat everyone with dignity and respect differences in background, culture, and opinions. No discrimination, harassment, or unfair treatment is tolerated. Simple example, We work as one team valuing people for their contribution, not their position. Third. Environmental responsibility. We reduce environmental impact in our operations and products and support a future society that is safe and sustainable. Simple example. Use resources wisely, prevent waste, and support eco-friendly practices. Third. Long-term trust. We build trust with customers, colleagues, partners, and the community through transparency, integrity, and responsible actions.. Simple example. Deliver quality work, keep our promises, and act in the best interest of society. Key message. Sustainability in HINO Way means protecting people, respecting human dignity, caring for the environment, earning trust for the long term. This ensures that our work contributes to a better future for customers, communities, and society. Cara HINO & Kelestarian. Cara HINO menyokong kelestarian dengan memastikan kerja kita memberi manfaat kepada manusia, masyarakat dan masa depan bukan hanya keputusan perniagaan. Ia membimbing cara kita bertindak, membuat keputusan dan mencipta nilai secara bertanggungjawab. Pertama. Keselamatan dan Kesihatan. Keselamatan fizikal dan mental sentiasa diutamakan. Tempat kerja yang selamat membolehkan kita bekerja dengan yakin dan terus menyumbang kepada masyarakat. Contoh ringkas. Baiki bahaya, ikut peraturan keselamatan, dan hentikan kerja jika keadaan tidak selamat. Kedua. Hak asasi dan keadilan. Kita menghormati maruah setiap individu dan perbezaan pandangan serta latar belakang. Tiada diskriminasi, gangguan atau layanan tidak adil dibenarkan. Contoh ringkas. Kita bekerja sebagai satu pasukan — menilai sumbangan, bukan jawatan. Ketiga. Tanggungjawab alam sekitar. Kita mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dalam operasi dan produk serta menyokong masa depan yang selamat dan lestari. Contoh ringkas. Guna sumber secara berhemah, elakkan pembaziran dan sokong amalan mesra alam. Ketiga. Kepercayaan jangka Panjang. Kita membina kepercayaan dengan pelanggan, rakan sekerja, rakan niaga dan komuniti melalui ketelusan, integriti dan tindakan yang bertanggungjawab. Contoh ringkas. Hasilkan kerja berkualiti, tepati janji, dan bertindak demi kebaikan masyarakat. Mesej utama. Kelestarian dalam Cara HINO bermaksud melindungi manusia menghormati maruah insan memelihara alam sekitar, membina kepercayaan jangka Panjang supaya kerja kita menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk pelanggan, komuniti dan masyarakat..

Scene 12 (31m 30s)

[Audio] The HINO Way guides how we think, make decisions, and act every day. It helps build trust, safety, quality, and long-term sustainability. It is based on three core values Integrity, Contribution, and Empathy and supported by the Corporate Mission, Sustainability Policy, and Code of Conduct. Employees are expected to act honestly and follow rules, record information accurately and avoid shortcuts, respect others and ensure a safe workplace & speak up if something is wrong, without fear of retaliation. Key message. The HINO Way starts with me. I am responsible for my actions, my decisions reflect Hino, I must act with integrity every day, and if in doubt, I must ask. Cara HINO membimbing cara kita berfikir, membuat keputusan dan bertindak setiap hari. Ia membantu membina kepercayaan, keselamatan, kualiti dan kelestarian jangka panjang. Ia berasaskan tiga nilai teras. Integriti, Sumbangan dan Empati serta disokong oleh Misi Korporat, Polisi Kelestarian dan Kod Tatakelakuan. Pekerja adalah diharapkan untuk bertindak jujur dan mematuhi peraturan, merekod maklumat dengan tepat dan mengelakkan jalan pintas, menghormati orang lain dan memastikan tempat kerja selamat dan bersuara jika ada perkara tidak betul, tanpa rasa takut tindakan balas. Mesej utama. Cara HINO bermula dengan diri saya, saya bertanggungjawab atas tindakan saya, keputusan saya mencerminkan Hino, saya mesti bertindak dengan integriti setiap hari, dan jika ragu, saya mesti bertanya..

Scene 13 (33m 32s)

[Audio] Congratulations!. You Have Completed This Module. Key Message. The HINO Way starts with me. I will practice the HINO Way in my daily work. Tahniah!. Anda Telah Menyelesaikan Modul Ini. Mesej Utama. Cara HINO bermula dengan diri saya. Saya akan mengamalkan Cara HINO dalam kerja harian saya..