KONSEP INSAN

Published on
Scene 1 (0s)

KONSEP INSAN

KULIAH 4

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\j0233018.wmf

Scene 2 (9s)

Hasil Pembelajaran

Menjelaskan faham-faham utama tentang asal usul insan dan konsep-konsep utama yang mencirikan keinsanan enje as an a at an Sl at Insan secara ebilfåiiénye uru berbanding dengan dualisme dan pemisahan minda-raga dan roh- asad Menghuraikan konsep insan sejahtera melalui perlembagaan insan JERI iaitu potensi individu dan perkembangan psikologi manusia, jasmani,/fizikal, emosi/afektif, rohani/spiritual dan intelek/kognitif Menganalisis faham insan sejahtera dalam mendepani cabaran cabaran kemanusiaan di peringkat lokal, nasional dan global

Scene 3 (33s)

4.1 Asal Usul Insan 4.2 Hakikat dan Sifat Insan 4.3 Potensi Insan 4.4 Faham Insan Sejahtera Dalam Krisis Kemanusiaan

Subtopik

Scene 4 (44s)

PELBAGAI FAHAM DAN PENDEKATAN

Ahli falsafah mengupas persoalan asal kejadian manusia merujuk kepada dua kaedah; akal rasional (pengalaman) pengamatan pancaindera Antara ahli falsafah barat yang memberi pandangan tentang asal kewujudan manusia ialah Plato (427-347 SM), Aristotle (384-322 SM), La Mettrie (1709-1751M), dan Karl Marx (1818-1883M).

4.1 ASAL USUL INSAN

Scene 5 (1m 4s)

Hakikat segala yang wujud sebenarnya adalah alam idea (intelectual world ), dan lawannya adalah alam indera ( sensual world ). Di alam idea terdapat semua benda di alam nyata termasuk sifat-sifatnya, hubungan antara satu sama lain, nilai-nilai dan sebagainya. Apa yang ada di alam dunia idea ialah contoh idea, sifatnya tetap, kekal tidak berubah, universal dan benar-benar wujud.

(i) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT PLATO

Scene 6 (1m 26s)

Dalam d unia idea ada tingkatan-tingkatan antara idea. Idea yang tinggi ialah idea ‘kebaikan’ tetapi sebaliknya, dunia pengalaman atau alam indera adalah berubah-ubah, tidak tetap dan merupakan bayang-bayang daripada dunia idea. Plato masih mengakui wujudnya kepelbagaian alam dunia, tetapi tidak menganggapnya sebagai realiti sebenar.

sambungan

Scene 7 (1m 44s)

Asal kewujudan manusia; wujud di alam idea dan di alam nyata. Manusia sebenarnya berasal daripada dunia idea, tujuan hidupnya di dunia tidak terus-menerus ada melainkan harus kembali kepada asalnya bersama dengan idea tertinggi. Di sanalah manusia memperolehi kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna. Namun, manusia harus terlebih dahulu membebaskan jiwanya daripada kongkongan jasad dan pengaruh-pengaruh dunia yang pelbagai.

sambungan

Scene 8 (2m 5s)

Manusia yang berjaya semasa hidupnya adalah mereka yang mampu sampai ke alam asalnya (alam) idea. Mereka itulah orang yang bijaksana dan layak menjadi pemimpin negara

sambungan

Scene 9 (2m 17s)

Apa yang wujud sebenarnya adalah alam indera, iaitu dunia nyata. Pandangan ini berlawanan dengan Plato yang mendokong teori dunia idea. Aristotle menentang teori dunia idea dan tidak menerimanya sebagai realiti kerana ia tidak mampu dibuktikan secara empirikal. Realiti seseorang manusia adalah mereka yang sedang berada di alam nyata ini.

(ii) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT ARISTOTLE

Scene 10 (2m 36s)

Manusia adalah makhluk yang istimewa yang terangkum padanya sifat benda wujud sama ada vegetatif, sensitif, dan rasional. Semua benda yang wujud akan mati, kecuali yang rasional kerana ia merupakan roh yang akan terus ada setelah manusia meninggal dunia. Aristotle tidak membincangkan dari mana dan bagaimana roh berada dalam badan, serta bagaimana keadaannya setelah meninggalkan badan.

sambungan

Scene 11 (2m 56s)

Menurut Aristotle lagi, manusia hidup mencari kebahagiaan, kekayaan, kesenangan material, kemuliaan dan lain-lain bukanlah kebahagiaan sejati. Hal ini demikian kerana manusia sering dipengaruhi oleh banyak kecenderungan material. Manusia yang bijaksana ialah yang selalu bertindak mengikut akal budi dalam mengendalikan kehendak jasadnya.

sambungan

Scene 12 (3m 14s)

Begitu juga halnya dengan binatang sehingga tiada bezanya antara manusia dan binatang. Bahan tanpa jiwa boleh bergerak tetapi jiwa tanpa bahan tidak mungkin bergerak. Manusia hanyalah bahan benda atau material semata-mata.

(iii) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT LA METTRIE

Scene 13 (3m 29s)

Manusia tidak bererti tanpa masyarakat manakala yang sebenarnya bererti adalah masyarakat. Kekuatan-kekuatan material adalah faktor yang mendorong dan menentukan sejarah masyarakat manusia. Kekuatan itu ialah kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang didorong oleh kecenderungan untuk hidup.

(iv) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT KARL MARX

Scene 14 (3m 45s)

Manusia hidup ditentukan oleh keadaan ekonomi. Segala hasil tindakannya; ilmu, seni, agama, kesusilaan, hukum, politik adalah hanya merupakan hasil daripada keadaan tersebut. “Agama adalah candu masyarakat”. Kata-kata ini sangat besar pengaruhnya terhadap gerakan yang anti agama dan non agama di Eropah pada abad pertengahan, sehingga menjadi antara faktor lahirnya fahaman komunisme dan sekularisme.

sambungan

Scene 15 (4m 6s)

Teori Freud yang paling terkenal adalah mengenai adanya alam bawah sedar yang mengendalikan sebahagian besar perilaku. Berpandangan bahawa tingkah laku manusia didorong oleh hasrat seksualiti yang permulaannya dialami manusia semenjak kecil ketika disusui ibunya. Menurut Freud, jiwa memiliki tiga peringkat kesedaran; sedar ( conscious ), prasedar ( preconscious ), dan tidak sedar ( unconscious ).

(v) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT SIGMUND FREUD

Scene 16 (4m 26s)

Freud mengatakan bahawa satu-satunya kecenderungan manusia adalah asmara (seks) yang menjadi pendorong kepada segala perkembangan manusia dan tingkah lakunya. Ia boleh meningkat ke arah keagamaan dan manusia tidak berbeza daripada kumpulannya yang semuanya diarahkan kepada asmara atau kekuasaan.

sambungan

Scene 17 (4m 41s)

Manusia pada asal kejadiannya terdiri daripada dua unsur utama; jasad dan roh. Kedua-dua unsur ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri yang akhirnya akan membentuk personaliti seseorang manusia itu sendiri.

(vi) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM

Scene 18 (4m 56s)

Di samping dua unsur ini, manusia juga dibekalkan oleh Allah S.W.T. dengan beberapa elemen lain seperti hati, akal, dan nafsu. Oleh itu, dalam membicarakan tentang asal kejadian manusia, adalah penting bagi kita untuk mengetahui dan memahami kelima-lima unsur yang terdapat pada diri seorang manusia.

sambungan

Scene 19 (5m 15s)

4.2.1 Fizikal-Material

4.2 HAKIKAT DAN SIFAT INSAN

4.2.2 Spiritual-Rohani

Scene 20 (5m 25s)

Proses penciptaan Adam a.s bermula daripada tanah kepada kejadian dan sifat fizikal manusia dengan kuasa (kudrat) Pencipta (kun fayakun)

4.2.1.1

Proses penciptaan Hawwa (pasangan Adam a.s) dan penciptaan anak cucu Adam a.s.

4.2.1.2

Proses biologi iaitu manusia berkembang biak melalui hubungan jantina (perkahwinan)

4.2.1.3

utm-logo-transparent-background-2

4.2 HAKIKAT DAN SIFAT INSAN 4.2.1 Fizikal-Material

Scene 21 (5m 54s)

4.2 HAKIKAT DAN SIFAT INSAN 4.2.2 Spiritual-Rohani (Menurut al-Ghazali)

Roh ialah sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu yang membawa kepada pelbagai pengertian. Ia termasuk urusan bersifat ketuhanan (latifah rabbaniyyah ).

Roh ialah sifat yang halus yang bersumber daripada rongga hati dalam jasad manusia

Scene 22 (6m 12s)

Elemen Utama Dalam Diri Manusia

IIVH nsgvN nvyv HOB

Scene 23 (6m 19s)

PERINGKAT/ALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Scene 24 (6m 26s)

Hakikat Insan & Sifat Insan Manusia terdiri daripada jasad dan roh. Manusia akan menempuh lima tahap atau alam secara berperingkat-peringkat, iaitu; i.Alam Ghaib (tempoh tidak diketahui) ii.Alam Rahim (9 bulan 10 hari) iii.Alam Dunia (mengikut tempoh umur masing-masing) iv.Alam Barzakh (dari mula kematian sehingga dibangkit semula selepas dunia kiamat) v. Alam Akhirat (kekal di syurga ataupun neraka) Tahap ketiga/alam dunia adalah tahap yang amat menentukan keputusan akhir nasib seseorang.

Scene 25 (6m 51s)

Manusia secara filosofi adalah hayawan al-Nathiq (makhluk yang mampu berfikir), di mana terdiri atas jasmani dan rohani. Kedua unsur ini harus dikembangkan fungsinya dan dijaga melalui pendidikan. Islam memberikan penjelasan yang lengkap mengenai pendidikan jasmani dan kesihatan manusia ini. Konsep Islam dalam pendidikan jasmani tidak dapat dipisahkan dengan rohani, karena ianya merupakan satu kesatuan ( integrated ) yang tidak boleh dipisahkan

4.3POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 26 (7m 14s)

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 27 (7m 21s)

4.3.1 Jasmani Unsur jasmani adalah dimana individu hendaklah menyedari tentang: kepentingan kesihatan fizikal boleh mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial mampu menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 28 (7m 36s)

Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (2006), menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 29 (7m 52s)

4.3.2 Emosi Emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan kuat yg berpunca dari psikologi (mental) seseorang kerana emosi dpt berlaku secara naluri bergantung kpd situasi. Manusia mempunyai pelbagai emosi. Emosi menggambarkan perasaan yang kuat tentang sesuatu yang: Sangat menyenangkan; atau Sangat mengganggu

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 30 (8m 9s)

Jenis-Jenis Emosi; antaranya Gembira Tenang Bimbang Marah Sedih Pilu

Suka

Takut

Scene 31 (8m 19s)

Kepentingan emosi • Kelangsungan hidup • Membuat keputusan • Membuat jangkaaan/meramal tingkahlaku • Menentukan batasan • Komunikasi • Kegembiraan Penyatuan

Scene 32 (8m 28s)

4.3.3 Rohani Pengukuhan aspek kerohanian Al ghazali mendefinasikan roh sebagai “aspek yang halus yang mengetahui dan merasa” Selaras dengan firman allah yang maksud “ jawablah roh itu termasuk dalam urusan tuhanku” al isra:85 Roh makhluk ciptaan tuhan yang sangat menakjubkan melemahkan kebanyakan akal dan fahaman manusia dari mengetahui hakikatnya. Sedangkan ia merupakan nadi kepada kehidupan manusia

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 33 (8m 49s)

Menerusi perspektif islam pengisian roh adalah hanya melalui sumber al-Quran dan hadis. Pengisian terhadap roh bermula dari saat di rahim ibu, selepas dilahirkan sehinggalah seseorang dewasa. Amalan amalan retual seperti membaca al quran, berdoa berzikir serta beribadat merupakan keperluan utama roh.

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 34 (9m 6s)

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

4.3.4 Intelektual Al- Ghazali menjelaskan akal adalah sumber ilmu tempat timbul dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku dari akal sebagaimana terhasilnya buah buahan dari pohon kayu, sinar matahari dan penglihatan dari mata” Akal merupakan alat terpenting proses mendapatkan ilmu Sesuai hadis nabi yang bermaksud “Yang mula pertama dijadikan oleh allah ialah akal” riwayat Abu Hurairah

Scene 35 (9m 27s)

Dalam pengisian akal kebebasan perlu diberikan untuk manusia menggunakan daya berfikir, daya kreatif dan daya usaha dalam meneroka alam yang akhirnya dapat menjelmakan manifestasi sifat pencipta dan kebesaran-nya. Namun pengisian ini perlu dikawal dan diselia selaras oleh ilmu wahyu sebagaimana disepakati ole ulama islam

4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Scene 36 (9m 45s)

Kegagalan mewujudkan perpaduan masyarakat Malaysia

Neoliberalisme dalam sistem pendidikan

Insan sejahtera dari perspektif psikologi dan sosial

utm-logo-transparent-background-2

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 37 (10m 2s)

Neoliberalisme dalam sistem pendidikan Neoliberalisme: satu bentuk ideologi ekonomi-politik. Ia juga merupakan rasional pemerintah yang menyebarkan nilai pasaran dan metrik untuk setiap bidang kehidupan dan menganggap manusia itu sendiri secara eksklusif sebagai “homo economicus” Menurut Chang D.W, Neoliberalisme; mempunyai pengaruh kuat dalam “mengekonomikan” semua sfera dan aktiviti, termasuk dalam pendidikan. meresapi sistem pendidikan negara; bertentangan dengan FPK

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 38 (10m 23s)

Pengaruh neoliberalisme terhadap konsep asas pendidikan; Sudut ekonomi; pendidikan mempunyai manfaat serampang dua mata-untuk pelajar dan masyarakat Sudut teori modal insan; faedah pendidikan kepada individu-individu yang kompeten lebih berketerampilan dan terpelajar, yang telah menerima pendidikan dan latihan, berupaya memperolehi gaji yang lumayan, tinggi kualiti kehidupan dalam masyarakat

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 39 (10m 40s)

(ii ) Kegagalan mewujudkan perpaduan masyarakat Malaysia Kegagalan penyatupaduan linguistik di Malaysia(Peranan bahasa dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum) Kegagalan sistem pendidikan Malaysia dalam menyatukan kaum; kewujudan sekolah pelbagai aliran, persekitaran pendidikan anak-anak dipisahkan dari arus kebangsaan sejak tahap tadika. Polarisasi kaum, bermula di sekolah- pengasingan etnik sejak tadika Penyelesaian; Kaedah Makro; Persekolahan satu aliran Kaedah Mikro; Mata pelajaran Bahasa Melayu

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 40 (11m 0s)

(iii) Insan Sejahtera dari Perspektif Psikologi Manusia mesti melibatkan diri dalam persekitaran dengan hubungan timbal balik. Dalam kehidupan, individu menghadapi pelbagai masalah serta alternatif atau pilihan. Konsep manusia sebagai kreatif,memilih dan membuat keputusan sendiri membuatnya memilih matlamat yang dia sukai. Dia boleh memilih matlamat yang berguna, konstruktif dan memberi faedah kepada masyarakat ataupun memilih matlamat yang tidak berguna dalam kehidupan dan menjadi neurotik (gangguan kejiwaan).

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 41 (11m 23s)

Kebebasan memilih telah memperkenalkan konsep nilai dan makna dalam psikologi. Nilai yang paling penting ialah minat sosial. Ini kerana manusia berkeupayaan untuk wujud bersama dan berhubungan dengan manusia lain. Manusia bertanggungjawab memperkembangkan minat sosialnya. Oleh kerana kita hidup bersama dan berhubungan dengan manusia lain, maka kita bertanggung jawab terhadap orang lain. Jika seseorang cuba mengasingkan diri daripada masyarakat , maka dia boleh dianggap neurotik dan menimbulkan kesusahan dalam dirinya iaitu mengelak daripada melaksanakan keinginan yang baik. b

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 42 (11m 48s)

Kehidupan memberi beberapa cabaran dalam bentuk tugas hidup ( life task ). Adler telah menyentuh tentang masyarakat, tugas dan seks sebagai 3 bentuk tugas hidup yang asal. Masyarakat: Sungguhpun kita bebas daripada pengaruh orang lain, tetapi masing-masing bergantung kepada sumbangan orang lain. Tugas; Perlu melaksanakan tugas spiritual dan kosmologi serta tugas mengurus diri sendiri. Seks; Mempelajari cara menjalankan peranan jantina mengikut definisi kehidupan dan kebudayaan dan juga stereotaipnya serta melatih diri dalam berhubungan orang lain. Jantina yang berlainan bukan musuh, tetapi mesti belajar bekerjasama dengan mereka.

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 43 (12m 15s)

Teori Kemanusiaan Malik Badri (1980: 132); “ Pakar psikologi Islam boleh membandingkan pandangan kemanusiaan ini dengan konsep fitrah dalam Islam; sifat semulajadi manusia yang baik yang diberikan kepadanya oleh Tuhan dan konsep Islam bahawa manusia bertanggungjawab atas pilihannya dalam kehidupan ini.”

4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Scene 44 (12m 31s)

Aktiviti 1: e-learning “ Bagaimana mewujudkan keseimbangan JERI dalam kehidupan seorang pelajar?” Aktiviti 2: “Bincangkan pemahaman tentang asal usul kejadian manusia dari perspektif pelbagai agama”

Aktiviti pelajar