Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian.
PENGENALAN. Masyarakat dunia masa kini dicirikan oleh kepelbagaian → dari segi etnik, agama, taraf sosio-ekonomi, gender, dsbnya. Contoh negara multicultural – Malaysia, USA, Canada, UK, UAE, Indonesia, Jepun, China, India, dll. Kepelbagaian yang semakin rencam pada masa kini perlu diurus dengan baik demi kesejahteraan rakyat sesebuah negara. Di Malaysia, sepanjang 56 tahun merdeka, yang dihightlight adalah konflik. Namun hubungan etnik yang positif sebenarnya lebih banyak..
Konsep “Perpaduan dalam Kepelbagaian”. Maksud “perpaduan”: Psikologi Sosial - rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal. Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka. Ontologikal (berkaitan tanggapan kita tentang keadaan dan bagaimana sesuatu berlaku) – keperluan mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material..
Ringkasnya, perpaduan adalah:. Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Unity is uniformity atau 'perpaduan‘ ialah keSAMAan atau keSATUan → satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan . Hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak mungkin menjadi kenyataan Yang lebih realistik adalah “kesepaduan” atau cohesion ..
Konsep “Kesepaduan Sosial”. Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan..
Paradigma “kesepaduan sosial” lebih memberi tumpuan kepada takrifan dari interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat (takrifan harian atau everyday-defined ) berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti (takrifan autoriti atau authority-defined )..
Global Peace Index (2011). Kedudukan Negara Paling Aman di Dunia Negara Kedudukan Negara Paling Aman di Dunia Negara 1 New Zealand 11 Ireland 2 Iceland 12 Qatar 3 Jepun 13 Sweden 4 Denmark 14 Belgium 5 Republik Czech 15 Jerman 6 Austria 16 Switzerland 7 Findland 17 Portugal 8 Kanada 18 Australia 9 Norway 19 Malaysia 10 Slovenia 20 Hungary.
Dinamika hubungan etnik – Perbandingan antara Malaysia & Sri Lanka (1945-2011).
Fasa-fasa dalam hubungan etnik di Malaysia. Era Konflik (1945-60).
A | ERA KONFLIK (1945 – 60). Pasca Perang Dunia Kedua - Selepas perang tamat, keadaan hidup rakyat sangat sukar → membuka kepada potensi negatif dan masalah. Konflik etnik Cina dan Melayu – Bintang Tiga memburu orang Melayu yang berkerja dengan Jepun. Banyak nyawa terkorban. Pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946 – ketidakpuasan hati orang Melayu. Pada 31 Januari 1948 – Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan Malayan Union dibubarkan. Berlaku rusuhan pekerja2 ladang , didalangi oleh Bintang Tiga. Kemuncaknya tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput dibunuh. Darurat diisytiharkan selama 12 bulan, tamat pada 31 Julai 1960..
Usaha pihak British meredakan ketegangan yang berlaku:.
B | ERA TEGANG TAPI STABIL (1961 – 70). Pembentukan Malaysia 1963 – Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Tidak disenangi oleh Soekarno, Presiden Indonesia → berlaku konfrontasi Malaysia-Indonesia. Pada 21 Julai dan 3 September 1964 – berlaku rusuhan kaum antara etnik Cina dan Melayu di Singapura (yang masih anggota Malaysia pada waktu itu). Singapura dan Malaysia berpisah pada 9 Ogos 1965. 13 Mei 1969 – Rusuhan kaum di Kuala Lumpur, selepas pilihanraya. Etnik Melayu tidak puas hati dengan keadaan ekonomi mereka. Cara menangani oleh kerajaan Malaysia: Majlis Perundingan Rakyat. Jabatan Perpaduan, Rukun Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB)..
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971- kini). 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa Kg. Medan – orang India & Melayu → lebih disebabkan faktor ekonomi dan bukan etnik. Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada. Masyarakat Malaysia semakin matang: Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan – Malaysians prefer tongue wagging to parang wielding . Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan..
MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA. SEME N ANJUNG.
Potret Hubungan Etnik di Malaysia. Malaysia dengan kerencaman demografinya terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting..
Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik:.
Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan Sosial:.
PENUTUP. Terdapat dinamik dalam corak hubungan etnik di Malaysia (dan di mana-mana negara lain). Adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan hubungan etnik di Malaysia sebagai “ kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in diversity) dan bukan “ perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity). Fenomena yang menghasilkan everyday-defined lebih memberi erti kepada hubungan etnik berbanding authority-defined . Pencairan batas etnik dan hubungan saling terkait dan kebergantungan membantu menyuburkan kesepaduan etnik di Malaysia..