COMPLIANCE TRAINING 2022

Published on Slideshow
Static slideshow
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Scene 1 (0s)

[Audio] Selamat datang ke sesi Compliance Training..

Scene 2 (9s)

[Audio] Sesi kali ini akan menerangkan tentang Anti Money Laundering atau dikenali sebagai anti Pengubahan Wang Haram, Counter Terrorism Financing atau Pembiayaan Keganasan dan Proliferation Financing atau Pembiayaan Proliferasi.

Scene 3 (25s)

[Audio] Undang-undang yang berkaitan dengan Perniagaan Perkhidmatan Wang. Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (MSBA) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AML/CFT and TFS for FIs).

Scene 4 (45s)

[Audio] BAHAGIAN 1: PENGUBAHAN WANG HARAM ATAU MONEY LAUNDERING Apa itu Pengubahan Wang Haram? Pengubahan Wang Haram adalah Proses menukar wang yang diperolehi melalui cara yang tidak sah menjadi kepada sumber yang sah.. Cara yang tidak sah adalah melalui aktiviti-aktiviti yang menyalahi atau haram di sisi undang-undang Kenapa "Cuci Wang"? Ini adalah untuk MENUTUP asal-usul dana yang diperolehi secara haram…...

Scene 5 (1m 20s)

[Audio] Contoh aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah Rasuah, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, pemerasan, pelacuran dan pelarian cukai.

Scene 7 (5m 9s)

[Audio] Terdapat 3 Proses dalam Pengubahan Wang Haram Proses Pertama adalahPenempatan atau Placement Proses mengasingkan dana daripada sumber yang tidak sah dan dimasukkan kedalam sistem kewangan yang (sah) Contohnya adalah seperti Dana yang diperolehi dihantar melalui MSB yang berbeza sama ada ke bank atau ke institusi kewangan lain seperti Perniagaan Perkhidmatan Wang (Money Changer atau Remittances provider).

Scene 8 (5m 40s)

[Audio] Proses Kedua adalah Pelapisan atau Layering Ialah Proses membuat lapisan dalam transaksi untuk menjadikan dana atau sumber yang diperolehi sukar dikesan Contohnya adalah Keluar Dan Masuk Wang Dari Satu Negara Ke Satu Negara dengan melibatkan ramai penerima atau ramai penghantar Membuat banyak transaksi dalam 1 hari yang sama.

Scene 9 (6m 8s)

[Audio] Proses Ketiga adalah Proses Penyerapan atau Integration Iaitu Menampakkan seolah wang itu diperoleh dengan cara yang sah Contohnya dengan membeli asset mewah atau melakukan percutian secara mewah dan membuat urus niaga dalam bentuk tunai.

Scene 10 (6m 29s)

[Audio] BAHAGIAN 2: PEMBIAYAAN KEGANASAN ATAU Counter Terrorism Financing Apa itu Pembiayaan Keganasan? Proses membiayai aktiviti-aktiviti keganasan menggunakan dana yang sah atau tidak sah Terdapat 2 sumber hasil yang diperolehi iaitu sah dan tidak sah Contoh SUMBER WANG DARI HASIL YANG TIDAK SAH Memeras ugut Merompak Pengedaran dadah Penculikan Penyeludupan Contoh SUMBER WANG DARI HASIL YANG SAH Kutipan Derma Pembiayaan dari badan-badan berkanun Sumbangan daripada penyokong Pengeboman, Rampasan, Pembakaran dengan sengaja, penculikan, Serangan, Pembunuhan dan Serangan biologi adalah contoh aktiviti pembiayaan keganasan Selain itu, Menyalurkan atau mengumpul hartanah dengan tujuan keganasan. Membantu atau menyediakan perkhidmatan kepada pengganas. Mengawal atau menjaga harta benda pengganas Berurusan dengan mengenai harta pengganas. juga adalah contoh aktiviti yang melibatkan pembiayaan keganasan.

Scene 11 (7m 53s)

[Audio] Terdapat PERBEZAAN ANTARA PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMBIAYAAN KEGANASAN Pertama dari segi tujuan.. Tujuan Pengubahan Wang Haram adalah Untuk membersih keuntungan yang diperolehi dari hasil haram bagi menutupi puncanya manakala Pembiayaan Keganasan lebih kepada tujuan Kegiatan pengganas yang menyalahi undang-undang Kedua dari sebab penglibatan Pengubahan wang haram lebih kepada untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri manakala pembiayaan keganasan disebabkan berbeza pendapat dari segi politik, agama, sebab-sebab ideologist dan lain-lain Perbezaan ketiga adalah daripada sumber dana Sumber dana Pengubahan wang haram adalah dari yang tidak sah dan pembiayaan keganasan dari sumber yang sah mahupun tidak sah.

Scene 12 (8m 45s)

[Audio] BAHAGIAN 3: PEMBIAYAAN PROLIFERASI ATAU PROLIFERATION FINANCING Proses Menyediakan dana atau perkhidmatan kewangan yang digunakan, secara keseluruhan atau sebahagian, untuk pengilangan, pengambilalihan, pemilikan, pembangunan, eksport, penghantaran, pembrokeran, pengangkutan, pemindahan, penumpukan atau penggunaan nuklear , senjata kimia atau biologi dan sarana penyerahan dan bahan berkaitannya dengan melanggar undang-undang negara, antarabangsa atau berkenaan dengannya..

Scene 13 (9m 20s)

[Audio] Contoh-contoh ITEM STRATEGIK yang terlibat dalam Pembiayaan Proliferasi.

Scene 14 (9m 40s)

[Audio] Pemantauan terhadap negara-negara yang dikategorikan sebagai negara berisiko tinggi dan category GreyList Apa yang perlu dilakukan? Lakukan EDD dan tingkatkan pemantauan bagi pelanggan dan transaksi yang terlibat dengan negara-negara ini.

Scene 15 (10m 6s)

[Audio] Sekian, terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan atau kesulitan boleh hubungi Compliance Department..