J-iiii.iA3g1 UnlPSAS UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH apg.-.ugl 1 11 SULTAN AHMAD SHAH PAHANG ISLAMIC UNIVERSITY.
PELAKSANAAN PENGHAKIMAN. JIKA PENGHAKIMAN TIDAK DILAKSANAKAN OLEH PIHAK DEFENDAN SEBAGAIMANA YANG DIHAKIMKAN OLEH MAHKAMAH.
AKTA PENGHUTANG 1957.
PENANGKAPAN SEBELUM PENGHAKIMAN. Mengikut seksyen 15 Akta Penghutang 1957, Mahkamah berkuatkuasa mengeluarkan perintah menangkap seorang defendant dan di bawa ke Mahkamah pada mana-mana peringkat suatu tindakan atau guaman itu . Ertinya perintah itu boleh dikeluarkan walau pun sebelum perbicaraan selesai , dan sebelum plaintif mendapat penghakiman ..
SYARAT-SYARAT:-. Tindakan itu bukan tindakan untuk mendapat milikan harta tak alih ; Defendan biasanya berniaga atau tinggal dalam bidangkuasa Mahkamah ; Plaintif memuaskan Mahkamah melalui keterangan bersumpah bahawa dia mempunyai suatu kes yang kukuh terhadap defendan ; Defendan , dengan tujuan untuk memprejudis plaintif atau mengelak proses Mahkamah atau menghalang atau melengah-lengahkan pelaksanaan penghakiman yang dibuat terhadapnya – a) telah melarikan diri keluar dari negeri itu ; b) hendak melarikan diri dari negeri itu ; atau c) telah melupuskan atau memindahkan hartanya dari negeri itu ..
SAMBUNGAN….. Defendan tidak akan ditangkap jika ia membayar jumlah yang ditetapkan untuk menjelaskan tuntutan plaintif . Jumlah yang dibayar itu akan dipegang oleh Mahkamah sebagai deposit sehingga kes itu selesai , atau perintah selanjutnya . Apabila defendan ditangkap dan dibawa ke Mahkamah dia dikehendaki menunjuk sebab mengapa dia tidak patut diperintahkan untuk memberi jaminan untuk kehadirannya dalam perbicaraan tuntutan plaintif itu . Jika dia tidak dapat menunjuk sebab , Mahkamah akan memerintahkannya untuk mendeposit ke dalam Mahkamah wang atau lain-lain harta yang cukup untuk menjelaskan tuntutan plaintif , atau memberi jaminan untuk kehadirannya apabila diarahkan hadir . Penjamin juga diperlukan ..
SAMBUNGAN…. Prosedur ini jarang dipakai di Mahkamah Rendah . Peguam-peguam lebih gemar menggunakan prosedur “ Mareva Injunction” di Mahkamah Tinggi untuk menghalang defendan mengeluar wang daripada akaun-akaun bank, melupuskan atau memindahkan harta lain. Prosedur itu lebih mudah . Ia boleh dibuat secara ex- parte . Tidak perlu cari defendan untuk ditangkap ..
SEKIAN, TERIMA KASIH.