PowerPoint Presentation

1 of
Published on Video
Go to video
Download PDF version
Download PDF version
Embed video
Share video
Ask about this video

Page 1 (0s)

KEBEBASAN INDIVIDU DALAM BATASAN UNDANG-UNDANG DAN AGAMA Nama Pelajar : Wan Suhaila Athirah Binti Wan Muhamad Puad No Matrik : 23DBS21F1023.

Page 2 (14s)

P ENGENALAN.

Page 3 (21s)

PENGENALAN. Perlembagaan Malaysia secara rasminya ialah undang-undang utama di Malaysia yang mengandungi 183 perkara . Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957..

Page 4 (40s)

PEMBAHAGIAN KEBEBASAN DALAM PERKARA KEBERAPA.

Page 5 (48s)

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual , setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.Dan Kebebasan Individu dalam Batasan Undang-undang dan Agama termasuk dalam bahagian 2 yang mengandungi perkara 5 hingga 13..

Page 6 (1m 9s)

M AKSUD KEBEBASAN INDIVIDU DALAM BATASAN UNDANG-UNDANG DAN AGAMA.

Page 7 (1m 18s)

Untuk mendapat kefahaman yang tepat tentang hak asasi manusia di Malaysia, merujuk kepada undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, adalah suatu kemestian . Meskipun Perlembagaan tidak memberikan definisi jelas kepada terma hak asasi manusia , namun terdapat beberapa peruntukan di dalamnya yang menyentuh prinsip hak asasi manusia secara langsung iaitu perkara 5 hingga 13. Peruntukan-peruntukan ini dirujuk sebagai kebebasan asasi atau ‘fundamental liberties.

Page 8 (1m 44s)

KANDUNGAN PERUNTUKAN DI DALAM PERKARA 5-13 ADALAH SEPERTI BERIKUT.

Page 9 (1m 53s)

. Kebebasan diri . ( Tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasannya melainkan mengikut undang-undang .) Perkara 5.

Page 10 (2m 46s)

. Kesamarataan . ( Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang ). Perkara 8.

Page 11 (3m 22s)

Hak berkenaan dengan pendidikan ( Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, keturunan atau tempat lahir — (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam , dan, khususnya , kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di manamana institusi pendidikan ( sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan)..

Page 12 (4m 17s)

MAKSUD DAN ISI TENTANG KEBEBASAN BERAGAMA.

Page 13 (4m 25s)

Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka . Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam " Perkara 11 Perlembagaan.

Page 14 (5m 20s)

Isu kebebasan agama Isu ini seringkali dikaitkan dengan fahaman liberalisme dan pluralisme yang antara menganggap semua agama adalah sama . Fahaman ini adalah bercanggah dengan akidah Islam yang berpegang dengan prinsip Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah.Di dalam Perlembagaan negara telah dengan jelas memperincikan perihal kebebasan beragama ini sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 11. Perlembagaan mengiktiraf hak untuk setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing tertakluk kepada limitasi-limitasi yang telah ditetapkan . Justeru , isu kebebasan beragama ini perlu dilihat pada jaminan hak asasi manusia kepada setiap warga Malaysia untuk mempunyai agama dan bebas mengamalkannya dalam konteks dan kerangka yang dibenarkan Perlembagaan ..

Page 15 (6m 16s)

Dalam Islam, terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menekankan konsep ‘ tiada paksaan dalam agama’ (Al-Baqarah: 256) dan ‘ bagi kamu agama kamu , bagi kami agama kami’ (Al- Kaafirun : 6) yang secara umumnya bermaksud tiada non-Muslim yang boleh dipaksa untuk memeluk Islam. Setiap penganut agama berhak mengamalkan agama masing-masing sebagaimana umat Islam juga berhak untuk mengamalkan agamanya . Bahkan Islam melarang umatnya menghina sembahan agama lain, sepertimana yang difirmankan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan ” (Al An’am : 108). Sikap yang ditekankan oleh Islam ini bukan bermaksud Islam mengiktiraf kebenaran agama selain Islam, tetapi menghormati hak beragama penganut agama-agama lain dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing..

Page 16 (7m 24s)

KESIMPULAN.

Page 17 (7m 31s)

KESIMPULAN. Berdasarkan perbincangan di atas , dapatlah disimpulkan bahawa kekeliruan yang berlaku di dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam dalam memahami konsep hak asasi manusia adalah kerana kegagalan untuk membezakan hak asasi manusia ala Barat dan Islam. Hakikatnya terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua versi hak asasi manusia ini kerana masing-masing berdiri di atas asas pertimbangan yang berbeza . Apa yang penting , kefahaman yang jelas tentang hak asasi manusia menjadi kunci utama untuk mencegah polemik berterusan berkaitan isu ini manakala penguatkuasaan undang-undang mampu menjadi platfrom untuk menangani penularan fahaman hak asasi manusia bercanggah dengan prinsip agama dan undang-undang negara..

Page 18 (8m 10s)

Terima Kasih.