[image]. "Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tetapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut mampu menyakiti, mampu membunuh, mampu menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Oleh itu berbicaralah sesedikit mungkin, tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya".
[image] WIOO'4 VIV6ZJ. BAB 8: TALAK (PERCERAIAN).
[image]. PENGERTIAN TALAK:. Bahasa: Melepaskan ikatan. Istilah: Melepaskan ikatan perkahwinan dari pihak suami dengan lafaz (perkataan) yang tertentu seperti talak atau sebagainya. Contoh: Suami berkata: “Aku ceraikan / lepaskan engkau”.
[image]. DALIL AL-QURAN:. “Talak (yang boleh diruju’ hanya) dua kali. Maka (sesudah itu suami) bolehlah (meruju’nya dan) memegang terus (isterinya selama isteri itu masih dalam ‘iddah) dengan cara baik atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik pula”. Surah al-Baqarah: 229.
[image]. DALIL HADITH:. “Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah selain dari talak” Riwayat Abu Daud.
[image]. HIKMAH TALAK:. 1. 2. 3. 4. 5. Menghentikan gejala buruk yang memudharatkan diri dan keluarga supaya tidak berterusan jika suami isteri terus dilanda krisis rumahtangga Memberi pengajaran dan keinsafan setelah bercerai agar memperbaiki kesilapan dan kesalahan masing-masing Memberi kesedaran beragama akan pentingnya penghayatan ajaran agama dalam keluarga Memberi peluang setiap pasangan untuk memulakan hidup baru setelah bercerai dan mencari pasangan yang lebih sesuai Mengurangkan tekanan akibat perselisihan masalah yang tidak dapat diselesaikan 6. Merupakan rahmat serta menepati fitrah manusia yang ingin bebas daripada sebarang masalah.
HUKUM TALAK:. WAJIB Terjadi perselisihan di antara suami isteri, sedangkan kedua-dua hakim (dari pihak suami dan isteri) yang menghakimkan perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai Hikmah: Untuk melindungi isteri daripada tekanan jiwa dan pelbagai kemudharatan yang lain.
HUKUM TALAK:. SUNAT Suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup. Isteri tidak menjaga kehormatan dirinya seperti mempunyai akhlak yang buruk. Hadith riwayat Nasa’ie: ….
HUKUM TALAK:. HARAM (Bid’ie) Dalam dua keadaan: Menjatuhkan talak di waktu isteri dalam haid atau nifas. Menjatuhkan talak sewaktu isteri yang disetubuhi itu di waktu suci itu. (Jika hendak diceraikan, jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci dari haid) Hikmah: Memanjangkan waktu ‘iddah (haid itu tidak dikira sebagai sekali quru’) Berkemungkinan isteri akan hamil selepas jima’ (terpaksa melalui ‘iddah hamil).
HUKUM TALAK:. MAKRUH Suami menceraikan isteri yang baik tingkah lakunya, taat kepada agama dan tidak terdapat apa-apa kesalahan..
[image]. RUKUN TALAK :. Orang yang menjatuhkan talak (Suami/Mutalliq) Orang yang dijatuhkan talak (Isteri/Mahal) Lafaz talak (Sighah) Niat/tujuan (Qasad) Milik kuasa suami ke atas isteri (Walayah).
1. SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MENJATUHKAN TALAK:. Baligh Suami yang masih kanak-kanak Berakal Suami yang gila / hilang akal kecuali yang disengajakan Dengan kehendak sendiri Paksaan.
[image]. Orang-orang yang TIDAK SAH menjatuhkan Talak:.
2. SYARAT-SYARAT ISTERI YANG DITALAK:. Hendaklah isterinya yang sah. Hendaklah isteri masih dalam kekuasaan suami walaupun dalam ‘iddah raj’ie (Talak 1 dan 2)..
3. SYARAT-SYARAT LAFAZ TALAK:. Hendaklah menggunakan sighah yang jelas (sorih) atau sindiran (kinayah) atau isyarat. Hendaklah suami memahami bahasa yang diucapkannya walaupun bukan bahasa Arab. Hendaklah menyebut nama isteri atau menunjukkan ke arahnya ketika jatuh talak. Dengan sengaja..
CARA LAFAZ SORIH & KINAYAH:. Lafaz Sorih: Kata-kata yang digunakan itu adalah talak atau cerai sahaja, seperti kata Suami: “Aku ceraikan engkau” Lafaz Kinayah: Kata-kata yang mengandungi makna talak dan makna lain berdasarkan niat orang yang melafazkan seperti kata suami: “Berambus awak dari sini!” atau “Get out!!” atau “Pergi mampus!” Lafaz kinayah ini memerlukan Niat.
4. SYARAT-SYARAT QASAD:. Niat atau tanpa niat menjatuhkan talak bagi lafaz sorih Niat menjatuhkan talak bagi lafaz kinayah Hadith: “ Tiga perkara yang disungguh-sungguhkan menjadi sungguh dan dipermain-mainkan pun menjadi sungguh, iaitu NIKAH, TALAK dan RUJU’ ”.
5. SYARAT MILIK KUASA SUAMI KE ATAS ISTERI:. Suami yang merdeka TIGA talak (isteri merdeka / hamba) Suami yang hamba DUA talak (isteri hamba / merdeka) Hadith: “Talak itu diambil kira dengan lelaki dan iddah diambil kira dengan perempuan”.